Part 4.

Romance Completed 18103

" Suara sedap, muka hensem. Perfect sangat dia tu kan Fatin " puji Humaira.

" Aik lain macam jer cara kau cakap ni. Kenapa? Kau suka dia ea? " teka Fatin.

" Bukan lah suka. Cuma aku tertarik dengan cara dia. Lagipun aku manalah layak untuk lelaki macam dia. Jauh sangat beza Fatin " .

" Maira, kita semua ni sama jer. Sama-sama hamba Allah. Janganlah cakap macam tu " bahu Humaira diusap perlahan.

Humaira tersenyum kelat. Mana mungkin dia dapat memiliki lelaki sebaik Ustaz Zaed Amir. Bukankah lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik?

" Bukan senang untuk kita berubah. Banyak halangan. Tapi kita kena ingat, Allah itu maha kuasa. Dia akan bantu kita. Kita kena ingat, Allah akan selalu ada dengan kita " .

" ... Ingatlah, susah mana pun jalan kita lalui Allah swt akan ada di sisi kita. Dia akan membantu kita. Jangan risau bila semua membenci, Allah ada. Dia takkan pernah tinggalkan kita " .

Humaira khusyuk mendengar ceramah daripada seorang ustaz yang dijemput khas daripada Indonesia.

Ceramah pada malam ini tepat mengena dirinya.

" Janganlah kau bersedih, kerana Allah itu tidak akan membiarkan kau keseorangan. Mohon pada Allah agar dikuatkan hati untuk berubah " sambung Ustaz itu lagi.

Humaira rasa begitu tenang. Ketenangan yang dirasai tidak sama seperti sebelum ini.

Mungkin inilah yang dirasa oleh Fatin setiap kali dia berada di majlis ilmu.

Oleh kerana itu dia sanggup menjadi sukarelawan menguruskan makanan untuk di hidangkan pada tetamu.

Selepas solat Isyak berjemaah, majlis bersurai.

Humaira dan Fatin mengemas bekas-bekas makanan yang sudah kosong.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Eh Pak Said, tak balik lagi ke? " soal Fatin ramah.

" Belum lagi. Pakcik nak kemas sikit masjid tu " jawab Pak Said.

Fatin mengangguk faham.

" Terima kasih ya sebab sudi jadi sukarelawan untuk uruskan makanan. Besar pahala " .

" Alhamdulillah Pak Said. Saya cuba untuk kumpul pahala " .

" Baguslah macam tu. Sebelah ni siapa? Tak pernah nampak pun? " soal Pak Said.

Tidak pernah dia lihat gadis di sebelah Fatin itu.

" Oh ini kawan saya. Nama dia Aina Humaira. Baru hari ni dia ikut saya. Sebab tu Pak Said tak kenal " .

Pak Said mengangguk.

" Wah baguslah. Pakcik bangga dengan anak-anak muda macam kamu berdua ni " .

Fatin dan Humaira tersenyum kecil.

" Assalamualaikum " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience