Part 13.

Romance Completed 18103

Fatin memegang lengan Humaira. Bimbang jika Humaira mengamuk di situ.

" Perempuan murahan " Diana tersenyum sinis sebelum berlalu.

" Tak guna! " jerit Humaira.

" Sabar Maira. Sabar. Jangan layan dia tu. Pedulikan dia. Biarkan dia nak cakap apa pun. Jangan dilayan " pujuk Fatin.

Beberapa orang pelajar berdekatan mereka memandang mereka.

" Aku tak suka orang hina keluarga aku Fatin " .

" Iya Maira aku tahu. Tapi kalau kau balas apa yang dia buat, kau dengan dia sama jer. Tak ada beza. Biarkan dia nak cakap apa pun " bahu Humaira diusap perlahan.

" Jom kita pergi makan " ajak Fatin.

Humaira hanya mengikut. Mereka berdua terus melangkah ke kafe.

" Petang ni nak ikut aku tak Maira? " soal Fatin.

" Pergi mana? " .

" Masjid. Ada ceramah khas sempena maulidur rasul " jelas Fatin.

" Boleh jugak. Tapi aku tak janji tau. Nanti apa-apa aku beritahu kau balik. Masjid hari tu ke? " .

" Ha'ah. Ustaz Zaed Amir pun ada " Fatin ketawa kecil.

" Tak habis-habis kau kan. Aku dah move on lah " .

" Yeke dah move on ni? Dah tak suka lagi? " .

" Entahlah Fatin. Aku bukannya apa. Aku cuma sedar diri. Aku ni tak layak untuk lelaki macam dia. So baik aku lupakan jer perasaan aku pada dia " .

" Kenapa pulak? Aku tengok cara dia macam suka kat kau jer " .

" Mengarutlah. Dia cuma tolong aku jer hari tu. Memanglah aku pernah imagine nak dapat lelaki macam tu untuk dijadikan suami, supaya dia boleh bimbing aku. Tapi bila tengok diri aku, aku rasa aku tak layak pun untuk dia " .

Humaira menyedut jus oren di hadapannya.

" Insya Allah kalau ditakdirkan dia memang jodoh kau, kau akan bersatu juga dengan dia " .

Humaira menyuapkan roti ke dalam mulutnya.

Malas dia mahu memikirkan soal ustaz itu lagi. Dia sedar dirinya siapa. Ramai lagi perempuan yang solehah di luar sana. Pasti menjadi pilihan ustaz itu.

Sebaik sampai di rumah, Humaira melihat sebuah kereta BMW berwarna hitam di hadapan rumahnya.

" Siapa punya kereta pulak ni? " soal Humaira sendirian.

Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

" Haa dah balik pun anak dara mama ni " tegur Datin Suraya.

Humaira tersenyum kelat. Di ruang tamu ada seorang lelaki muda bersama mama dan papa nya.

" Mari sini Maira " panggil Datuk Razali.

Humaira melangkah ke arah mereka. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Datin Suraya.

" Ashraf, inilah anak uncle Humaira ".

Ashraf tersenyum memandang Humaira.

" Maira, ni anak kawan papa. Nama dia Ashraf " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience