Part 19.

Romance Completed 18103

" Mana teksi ni? Time macam ni lah tak nak lalu " bebel Humaira sendirian.

Sudah hampir setengah jam dia menanti teksi tiba. Namun bayang teksi pun masih belum dilihat.

Hendak telefon Fatin, kasihan pula dengan gadis itu. Sudah banyak kali dia menyusahkan Fatin. Dia tidak mahu lagi menyusahkan

Tekaknya juga sudah kering. Mata Humaira melilau mencari restoran berhampiran.

Sebaik melihat sebuah gerai, Humaira terus melangkah ke sana. Dia terus duduk di meja kosong yang ada.

Seorang pelayan lelaki datang ke arahnya.

" Order kak? " .

" Bagi saya milo ais satu " pesan Humaira.

" Makan? " .

" Takpa. Saya nak minum jer " .

" Okay sekejap ya " pelayan lelaki itu terus berlalu.

Humaira meraup wajahnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak pulang ke rumah. Andai sahaja dia memandu sendiri, tidak perlu dia susah payah begini.

Telefon bimbitnya direnung. Bateri sudah tiada pula. Malang sungguh nasibnya hari ini.

" Assalamualaikum Humaira " .

Humaira berpaling.

" Waalaikumusalam " jawabnya.

" Boleh saya duduk? " soal Amir.

" Duduklah " .

Amir menarik kerusi di hadapan Humaira. Punggungnya dilabuhkan di situ.

" Awak tunggu siapa? " .

" Tak tunggu siapa-siapa pun. Tekak kering, saja minum kat sini " terang Humaira.

Amir mengangguk faham.

" Oh seorang jer lah ni? Fatin dah balik? " .

" Ha'ah dia dah balik. Awak buat apa kat sini? " .

" Saya ada program tadi. Tu yang saja singgah minum dulu sebelum balik ".

" Oh macam tu " Humaira mengangguk faham.

" Aina Humaira! " .

Serentak dengan itu Amir dan Humaira terus berpaling ke arah pemilik suara.

Pipinya yang masih terasa sakit dipegang. Air matanya mengalir deras.

Tiba-tiba sahaja tadi Datin Suraya muncul. Dia mengamuk di gerai itu apabila melihat Humaira bersama dengan Amir. Herdikan demi herdikan Humaira terima. Pipi mulus Humaira ditampar kuat.

Sungguh dia sangat malu. Lagi-lagi dengan ustaz muda itu. Datin Suraya bukan sahaja mengherdiknya tetapi juga mengherdik Amir. Tidak cukup dengan itu pelbagai kata-kata hinaan keluar daripada bibirnya.

" Kenapa Ya Allah?... Kenapa aku yang kau uji?... " rintih Humaira.

Dia sudah penat. Dia sudah letih. Susah sangat ke untuk mendapatkan kebahagiaan di dalam hidup?

Kepalanya dipegang. Terasa begitu sakit. Sejak beberapa hari lalu, dia kerap sakit kepala. Humaira hanya membiarkan sahaja. Mungkin dia terlalu tertekan.

Humaira perlahan-lahan bangun daripada katil. Kali ini kepalanya benar-benar sakit. Pandangannya semakin kabur. Humaira terus rebah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience