Part 16.

Romance Completed 18103

Telefon bimbit Fatin berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama ' Ustaz Amir ' di skrin telefonnya.

" Kenapa ustaz call aku ea? " soal Fatin pelik.

Dia terus menjawab panggilan daripada Amir.

" Hello, Assalamualaikum ustaz. Kenapa ya? . "

" Waalaikumsalam. Maaf ganggu ya Fatin. Saya cuma nak beritahu, petang ni saya ada program di universiti awak " jawab Amir.

" Oh iya ke? Okay-okay. Jumpa nanti. Saya memang tahu ada program tapi tak tahu pulak ustaz rupanya tetamu jemputan tu " .

" Insya Allah petang nanti kita jumpa. Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " .

Panggilan terus ditamatkan. Fatin menggariskan senyuman di bibir. Dia harus memberitahu Humaira khabar gembira ini.

Matanya melilau mencari Humaira di dalam library yang besar dan luas itu.

" Maira! " Fatin terus ke arah Humaira.

" Fatin, bising lah. Ni library " .

Fatin tersengih. Menampakkan barisan giginya.

" Sorry. Aku ada benda penting nak beritahu kau ni " kerusi di sebelah Humaira ditarik.

Punggungnya dilabuhkan di situ.

" Apa dia? Kau dah jumpa jodoh ? " usik Humaira.

Fatin menampar perlahan lengan Humaira.

" Bukan aku. Tapi kau. Jodoh kau nak sampai petang nanti " .

Humaira mengerutkan dahinya.

" Aku tak faham. Kenapa? " soalnya.

" Ustaz Amir ada program dekat universiti kita petang ni. Dia baru jer lepas call aku beritahu " terang Fatin.

" Yeke? Eh jap, kenapa dia call kau? " .

" Dia call sebab nak beritahu lah " .

" Maknanya dia ada nombor kau lah ni ya? " .

Fatin mengangguk.

" Mestilah dia ada nombor aku. Selalunya dia akan call aku dulu beritahu berapa ramai tetamu yang akan hadir, senanglah aku nak sediakan makanan " .

" Oh ya jugak kan. Aku lupa kau sukarelawan sediakan makanan kat masjid " .

" Kau cemburu ea sebab dia call aku? Cemburu kan? " tebak Fatin.

Laju Humaira menggeleng.

" Eh tak ada makna lah aku nak cemburu " bibirnya dicebikkan.

" Maira tapi kan aku rasa ustaz tu memang betul-betul dah jatuh hati dengan kau. Masa aku pergi masjid hari tu dia tanya kau mana. Rindu kot nak jumpa kau " .

" Mengarutlah. Aku dengan dia pun baru jer kenal " .

" Baru kenal lah hati boleh terpaut. Orang putih kata love at the first sight. Haa gitu " .

" Banyaklah kau punya love at the first sight. Lelaki macam ustaz Amir tu mana pandang perempuan free hair macam aku ni lah " .

" Slow-slow berubah lah Maira. Kalau dia suka kau pun, bukannya salah. Dia boleh bimbing kau jadi lebih baik lepas ni kan " .

Humaira diam. Kenapalah tiap kali dia cuba untuk memulakan lelaki itu, setiap kali itu juga lelaki itu muncul kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience