Part 15.

Romance Completed 18103

Humaira mengeluh panjang.

" Mama, Maira baru balik daripada universiti kan. Penat. Maira nak rehat. Lagipun Ashraf tu tetamu mama dengan papa bukannya Maira. Lainlah kalau dia tu tetamu Maira, Maira kena lah layan dia " .

Datin Suraya merenung tajam anaknya itu.

" Ashraf tu datang sini nak jumpa Maira bukannya mama dengan papa".

" Maira tak kenal dia. Buat apa Maira nak jumpa? " .

" Maira dengar sini, mama dengan papa dah setuju nak kahwinkan Maira dengan Ashraf " .

Humaira terus berdiri.

" Apa ni mama? Maira masih muda. Mama tak ada hak nak atur hidup Maira. Maira bukan budak kecil lagi yang semua benda mama nak atur " bantah Humaira.

" Maira jangan nak melawan cakap mama boleh tak? Ingat sikit dengan siapa Maira bercakap. Jangan jadi anak derhaka. Mama tak kira, apa pun terjadi mama tetap nak Maira kahwin dengan Ashraf " Datin Suraya terus berlalu meninggalkan Humaira sendirian di dalam bilik.

Humaira duduk semua di birai katilnya. Wajahnya diraup kasar. Bertambah kusut fikirannya.

Mana mungkin dia mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Dia juga masih muda. Baru sahaja berumur 21 tahun. Belajar pun masih belum habis.

Mama dan papa nya gemar membuat keputusan tanpa persetujuannya terlebih dahulu. Bagi mereka keputusan Humaira tidak penting. Apa sahaja yang telah diatur harus Humaira ikut tanpa sebarang bantahan.

Terkadang Humaira merasakan dirinya bagai patung mainan yang boleh dibuat sesuka hati. Dunia ini memang benar-benar tidak adil baginya.

Fatin memandang pelik ke arah Humaira. Sejak dari tadi gadis itu diam. Selalunya ada sahaja cerita yang keluar daripada bibirnya.

" Maira, kau okay tak ni? " soal Fatin.

Humaira menganggukkan kepalanya perlahan.

" Betul ke ni? Aku nampak kau macam tak okay jer " soal Fatin lagi.

Humaira menghela nafasnya seketika.

" Mama aku. Dia paksa aku kahwin dengan lelaki yang aku langsung tak kenal " cerita Humaira.

Pada awalnya dia tidak mahu menceritakannya pada Fatin. Tetapi dia rasa lebih ringan masalahnya jika dikongsi bersama sahabat baiknya itu.

Terbuntang mata Fatin kerana terkejut.

" Seriously Maira? Kahwin? " soalnya seakan tidak percaya.

" Iya Fatin. Aku tak boleh terima semua ni. Aku muda lagi " .

" Kau tak try pujuk dia orang? " .

" Fatin kau macam baru kenal parents aku pulak kan. Kalau hitam kata dia orang, hitam lah. Jangan sesiapa berani bantah. Aku serabut lah " .

" Sabar Maira. Setiap masalah ada penyelesaian. Kau jangan risau ea. Aku tak suka lah tengok kau macam ni " Bahu Humaira diusap perlahan.

Humaira mengangguk kecil. Senyuman kelat terukir di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience