Part 8.

Romance Completed 18103

Humaira dibawa masuk ke dalam kereta milik Amir. Amir segera membawanya ke hospital berdekatan.

Amir menjeling sekilas ke arah gadis itu di tempat duduk belakang.

Wajah gadis itu seperti familiar di matanya. Dia cuba mengingati siapa gadis itu.

Puas Amir berfikir akhirnya dia ingat juga siapa gadis itu. Gadis itu adalah kawan kepada Fatin.

" Doktor, macam mana keadaan dia?" soal Amir.

" Alhamdulillah dia tak ada apa-apa. Cuma suhu badan dia agak tinggi sikit. Esok dia dah boleh discharge. Encik jangan risau " .

Amir mengangguk perlahan.

" Terima kasih doktor " .

" Sama-sama " doktor itu terus berlalu.

Amir duduk atas kerusi di sisi katil Humaira. Wajah redup Humaira ditenung seketika.

Lain benar wajah gadis itu jika tidak memakai tudung. Oleh kerana itu dia tidak dapat mengecam dari awal.

Amir terpandang kesan merah di pipi Humaira. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada gadis itu sejak kali pertama dia bertemu dengan gadis itu lagi. Seolah ada sesuatu yang tersirat di dalam kehidupan gadis itu.

Humaira membuka matanya perlahan-lahan.

Matanya melilau melihat sekeliling. Amir mengukirkan senyuman kepadanya.

Humaira terkejut melihat lelaki yang disukainya itu berada di hadapannya. Seperti mimpi sahaja.

" Humaira okay? " soal Amir lembut.

Humaira mengangguk perlahan.

" Apa yang dah jadi? Kenapa saya kat sini? " soal Humaira.

" Humaira pengsan tadi. Kebetulan saya ada dekat situ. Jadi saya tolong bawakan Humaira ke hospital " jelas Amir.

Humaira baru teringat. Dia rebah ketika ingin melangkah ke gerai yang menjual sarapan di tepi jalan itu.

" Terima kasih sebab tolong saya " .

" Sama-sama. Mula-mula tadi saya tak cam Humaira, sebab muka nampak lain sikit bila tak pakai... " .

Humaira tunduk. Dia terasa malu apabila Amir berkata begitu.

" Maafkan saya. Saya tak ada niat nak... " .

" Tak apa tak apa. It's okay " .

Amir rasa serba salah.

" Saya nak balik. Saya ada kelas sekarang ni " .

" Eh tak boleh. Humaira masih belum boleh discharge. Esok baru boleh " .

" Tapi saya ada kelas. Saya tak nak lah ponteng kelas. Lagipun saya dah sihat dah ni " .

" Humaira, tak boleh macam tu. Awak bukannya saja-saja nak ponteng kan. Suhu badan awak masih panas " .

" Tapi... " .

" Saya dah beritahu Fatin. Nanti dia akan sampaikan pada pensyarah awak. Awak jangan risau ya? " .

Humaira mengangguk perlahan. Dia akur jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience