Bab 6 Seru

Fantasy Completed 1714

Nad POV

"Hais budak perempuan sekarang ni tak reti-reti lagi ke cara nak hapuskan pempes deorang ni? Tengoklah bersepah merata tak reti-reti nak cuci elok-elok pastu bungkus buang dalam tong sampah takkan tu pun nak kena ajar ." Aku cukup geram dengan manusia yang tak reti nak uruskan barang peribadi deorang elok-elok.

" Lek Nad aku pun geram jugak dengan perangai orang macam ni . Takpe lepas ni kita maklum dekat pihak sekolah soal kebersihan ni biar semua budak perempuan kat sekolah ni kena ceramah dengan Ustazah barulah tahu nak jaga kebersihan sikit." Ain si gadis pendek itu juga bersuara .

Aku dengan Ain keluar dari tandas pelajar perempuan di tingakat 2 bangunan C dekat sekolah ni. Kami berjalan menuruni anak tangga tiba-tiba aku terhidu bau seauatu seolah-olah bau lilin terbakar.

"Ain kau bau tak apa aku bau ni?"

"Bau Nad bau macam lilin."

"Hoi siapa yang bakau lilin ni oi." Aku menjerit.
Secara tiba-tiba tiga orang pelajar perempuan lari lintang-pukang keluar dari bawah anak tangga.

" Apalah yang deorang buat dekat bawah tangga tu kan gelap bawah tu ?" Ain tertanya-tanya.

"Jom Ain kita expose apa yang budak-budak tu buat."

"Jom ."

Punyalah terkejut kitorang bila sampai je bawah tangga tu . Terdapat lingkaran lilin yang mana ditengah-tengahnya terdapat simbol bintang dengan enam penjuru dan di tengah-tengan ukiran tersebut terdapat beberapa titisan darah.
"Hanat punya budak siang-siang pun nak main benda-benda khurafat ni apa nak jadi dengan budak-dudak sekarang .?" Aku dah betul-betul geram .

"Memang nak kena report deorang ni siaplah kalau dapat siapa dia punya kerja ni tahulah dia hadap bilik disiplin lepastu sumbat dia dekat bilik kaunsling biar kasi jadi orang yang berguna."
Sebagai pemakai uniform coklat cair dekat sekolah ni dah semestinya tugas aku untuk pastilan pelajar tidak langar peraturan dan menjaga nama baik sekolah.

***

Alip Pov

Aku macam biasa time rehat ni kerja aku akan lepak bilik komputer sebelah library degan dua member baik aku ni Haris dengan Min . Masa rehat sudah hampir habis jadi kitorang bertiga pun keluar dari bilik komputer.

"Arrrr..." Seakan suara jerit perempuan histeria dapat di tangkap oleh kuping telinga aku.

Dari dari bangunan tingkat 3 aku menjeguk dari koridor kebawah . Dapat aku lihat seorang perempuan yang agak gempal namun mampu berlari pantas sambil mejerit histeria satu sekolah.

"Min , Haris kau nampak tak ada budak hiteria cepat-cepat kita kena tangkap moment epic ni."

"Haris kamera cepat ambik". Min mengarah Haris . Budak tu pun berlari kearah kelas yang berada tidak jauh dari library cuba mendapatkan camera.

***

Haris POV

Jeritan perempuan tu sampai kat dalam kelas ni masih kedengaran . Aku dengan pantas keluarkan camera yang aku sembunyi bawah meja lalu berlari kearah Alip dan Min.

"Guys dah dapat ."

"Ok Haris kau dari sini rakam apa yang jadi Kau Alip jom ikut aku pergi tolong angkap perempuan tu ."

Dari atas ni aku dapat lihat pelajar dah mula berkerumun melihat apa yang terjadi cikgu-cikgu serta pelajar seolah jakun melihat tragedi ini.

Kini budak perempyan itu terjerit-jerit di kawasan perhimpunan. Kelihatan kelibat lebih kurang 10 orang lelaki cuba mengepung perempuan itu. Terlihat juga Ustaz Kamal cuba memberi arahan kepada 10 lelaki tersebut .

Seorang budak lelaki cuba menerkam budak perempuan itu namun usahanya agal kerana tindakanya tewas tubuh lelaki itu berjaya di tumbangkan oleh budak perempuan itu. Kini dia dengan pantas berlari mengelilingi tapak perhimpunan dan dikerja oleh 10 budak lelaki yang ada di situ.

Pegerakannya kelihatan lincah . Kini tanganya dapat di cengkam oleh budak lelaki yang bertubuh gempal namun lenganya dicakar mengakibatkan cengkamnya terpaksa dilepaskan.

Alip dan Min kelihatan turut telibat sekali dalam usaha menangkap budak yang di rasuk itu.
Secara tiba-tiba entah dari mana muncul seorang lelaki berjalan mengampiri budak perempuan itu. Tindakan budak itu terhenti lalu merenung lelaki itu tepat pada matanya.

Kelihatan dari jauh lelaki itu cuba berkata sesuatu lalu kesemua budak lelaki yg berada di situ menerkam budak wanita itu.

Ustaz Kamal kini mengarah 4 budak lelaki untuk berada di 4 tiang bumbung yang mengeliling tapak perhimpunan tersebut lalu keempat-empat lelaki tersebut pun melaungkan Azan budak perempuan itu meronta-ronta sambil kedua tangan serta kedua kakinya di cengkam erat oleh 10 orang lelaki di situ.

Kini tubuh budak perempuan itu pun tidak bergerak seolah pengsan. Kelihatan Ustaz Kamal mengarahkan pelajar lelaki di situ membawa budak itu ke surau untuk rawatan lanjut.

"Jap mana pergi lelaki yang tiba-tiba muncul tu ?" Aku kehairanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience