Bab 11 Kau ni apa?

Fantasy Completed 1714

Mira Pov

Kenapalah abang aku tu campak aku satu team dengan budak sorang ni seperti apa yang aku sudah agak keadaan ni pastinya akan menjadikan situasi kelihatan jangal tengoklah sudah hapir 20 minit kami berjalan berdua satu patah perkataan pun tak keluar dari aku mahupun budak Fiqry tu.

"Fiqry aku nak tanya kau sesuatu family kau ada bela saka ke?" Aku tiba-tiba mulakan ayat bagi memecahkan kesunyian.

"Saka ? Kenapa awak tanya pasal tu?"

"Saja." Aku tersenyum jangal.

"Oh... tak tahu pulak saya. Tapi opah cakap arwah tokwan dulu pandai berubat adakah mustahil family saya tu ada saka?"

Keadaan dah jadi makin jangal aku tak tahu nak jawab apa dekat budak lelaki sebelah aku ni. Salah aku juga takde angin takde ribut pergi keluar topik Saka dah kenapa. Kalau aku cakap 'Ya' takut kang tak pasal-pasal kena panic attack maka aku memilih jawapan selamat.

"Saya pun tak pastilah tapi kalau awak nak kepastian baik awak tanya sendiri opah awak sebab tu family awak kan."

"Haah, betul jugak tu hal family saya manalah awak nak tahu." Di bermain-main dengan batang tengkoknya.

"Oklah jom kita cari dekat sana."

"Ok." Budak laki tu mengikut saja.

***
Farid POV

Aku tahu budak Min ni ada sesuatu nak tanyakan pada aku dari tadi aku perasan anak matanya cuba menjeling-jeling pada aku seolah-olah ada sesuatu yang hendak ditanyakan.

"Oi... budak Idiot tak payah nak curi-curi pandang aku . Aku tahu kau ada benda nak tanyakan?" Aku tersenyum.

"Ok iya , aku memang banyak... benda nak tanya."

"Ok ... Jadi apa yang kau nak tahu?"

"Ok first malam tu kau kan yang selamatkan aku. Second apa yang kau buat sebenarnya dekat sana. Third kenapa kau tiba-tiba muncul pastu boleh gerak laju,lompat dari bumbung ke bumbung macam tu je pastu apatu The Academy? Dan yang paling penting KAU NI APA?"

"Wow... lek-lek banyak betul soalanya. Ok bertenang bawak bersabar biar aku terang."

Aku cuba tenangkan budak tu dulu bila budak tu dah bertenang baru aku mula bercerita.

"Ok yes aku yang selamatkan kau malam tu. Untuk soalan apa aku buat dekat situ senang je malam tu kebetulan aku ada dekat kawasan korang berkumpul jadi aku ikutlah korang sampailah seorang budak idiot tu hilang dari kempulan jadi aku ikutlah dia and selamatkan dia."

"Kau ekori aku sah stalker."

"Kalau aku stalker pun so what nasiblah aku stalk kau kalau tak duduk lah kau kat kampung tu selamanya."

"Ok-ok aku salah and thanks sebab selamatkan aku."

"Ok apologize accepted ." Aku tersenyum sambil mengosok rambut budak Min tu.

"Ok untuk soalan nombor tiga tu aku muncul dekat sekolah kau atas dasar kerja."

"Kerja?" Dia jungkit keningnya.

"Ya aku work for The Academy dan Academy tu cam sekolah orang-orang macam aku tapi aku bukan pelajarlah kat sana tapi aku tenaga pengajar kalau nak detail cubalah apply study situ." Dia senyum sinis.

"So , kau ni cikgulah?"

"Hmmm... bolehlah lebih kurang but actually kat sana orang pangil aku Prof." Sekali lagi dia tersenyum tapi kali ni jelas senyuman dia tanda riak.

"So, kau ahli sihir macam dalam cerita Harry Potter tu ke?"

"Nope... "

"Habis tu kau apa?"

" Kalau aku cakap kau mesti takkan percaya punyalah."

"Try me."

"Ok aku ... Langsuir." Jelas pada kata-katanya itu dia kedengaran malu untuk meluahkan.

"Hahaha... Langsuir tak sama pun." budak tu dah terbahak-bahak gelak habis pecah kesunyian malam tu.

"Sshuu... Jagan buat bising nanti tertangkap pak guard kang nanya. Kan aku dah agak kau takkan percaya." Aku menutup mulut Min dengan telapak tangan aku lalu berbicara seolah berbisik.

"Yalah, mana orang nak percaya langsuir tu kan yang pakai baju putih labuh pastu rambut panjang dok mengilai atas pokok tukan?"

"Nilah aku pantang jangan samakan kitorang dengan makhluk tu kitorang tak sama. Nilah manusia suka hati label kitorang yang langsuir ni rupa macam tu habis jatuh martabat langsuir-langsuir sedunia tau."

"Habis kalau kau tak macam tu habis benda tu apa ."

"Tu cuma Jin entiti asing yang berkeliaran. Manusia ni jelas lagi bersuluh kot nama kitorang Lang (merujuk pada elang iaitu helang) dan Suir (merupakan Sial) jadi kitorang ni makhluk helang yang terkutuk mana rupanya helang pakai baju putih labuh rambut panjang tak logic kot."

"Ok kalau makhluk tu bukan langsuir atau Pontianak habis tu Pontianak rupa dia macam mana pulak?"

"Ok dik kita punya misi nak cari pintu bukan nak buat kelas kalau nak buat kelas hari lain ya... malam ni tak available ."

"Baik Prof ..." gelagat budak tu buat aku tersenyum sorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience