Bab 15 Hutan Darma

Fantasy Completed 1714

Min POV

125 kuning aku bersama kerderaan yang lain hanya membontoti Gen 2 Merah milik Farid yang kini bergerak menerusi laluan yang agak sempit dan sunyi. Aku mengecam selok-belok jalan ini tak silap aku laluan ini menuju kearah tapak perkuburan.

“Wey seriouslah kita nak pergi kubur malam-malam macam ni?” Fiq yang membonceng dekat belakang aku dah menyoal ketakutan. Aku rasa bukan setakat Fiq sahaja tengok muka yang lain pun dapat lihat riak risau pada wajah deorang.

Fiq dah peluk tubuh aku erat hampir susah bernafas aku di buatnya. Jalan malam macam ni biasalahkan diselubungi wap panas berupa kabus makanya penglihatan aku agak terbatas. Pepohon di kiri kanan aku hanya berbaris suram cuba menyembunyi apa yang berada didalamya.

Kini Gen 2 merah itu memasuki sebuah terowong pendek lalu tembus di satu Kawasan yang dikelilingi hutan lalu dibeloknya ke kanan dan terlihatlah laluan yang menuju ke atas bukit.

Kenderaan kami mendaki laluan berbukit itu lalu berhenti dihadapan pagar hijau besar menutupi laluan.

Kelihatan Mira keluar dari Gen 2 tersebut lalu membuka pagar hijau tersebut. Sebaih sahaja pagar di buka kkami pun memasuki menerusi pagar tersebut mira di belakang menutupi pagar itu kembali kini Mira kembali kedalam Gen 2 merah itu.

Di kiri kanan kami sekarang ni berupakan tapak perkuburan jelas kelihatan batu nisan berbaris di segenap tapak tersebut. Gen 2 merah itu masih terus bergerak keatas jauh kedalam dan kini Kawasan ini sudah tidak kelihatan batu nisan serta tapak kubur yang hanya tingal laluan kosong yang di kiri kanannya hanyalah hutan.

Sesunguhnya takde siapa yang pernah memasuk sejauh ini kini jauh lagi kedalam sekali lagi laluan berbukit dihadapan kami tapi kini Gen 2 merah itu hnaya berhenti di bawah laluan itu. Farid dan Mira keluar dari kenderaan dan kami juga mula menuruni kenderaan kami.

“Ok korang sekali lagi aku nak tanya korang yakin nak ikut?” Farid bertanya.

“Iya Aku dengan Fiq ikut.” Aku jawap.
“Korang?” Farid menunjuk kerah rakan-rakan aku pula.

“Alang-alang dah kat sini ikut jelah.” Alip jawap untuk semua.

“Ok… Tapi ada syarat.”

“Apa syaratnya.” Aku bertanya.

“First korang kat sana nanti jagan sesekali keluar dari mulut korang yang korang ni manusia. Dua apa yang korang lihat kat dalam tu jagan sesekali beritahu dunia luar pasal apa yang korang nampak. Tiga jagan bersentuhan dengan apa yang ada di dalam sana. Jelas…?” Farid memberi syarat.

Kami berenam hanya menganguk tanda setuju. Apa yang dikatakan Farid jelas misi ini bukan perkara main-main jelas dari katanya marabahaya akan menimpa kami jika kami buat silap.

“Ok sini buku lali kaki korang”.

“Ok… nak buat apa?” aku ke hairanan.

Farid dan Mira mengikat buku lali kami dengan benang Merah untuk apa aku sendiri tak tahu mungkin untuk protection?

“Ok ni yang terakhir pastikan benang merah dekat buku lali korang tu tersembunyi balik seluar korang jangan sampai mereka dekat dalam sana lihat benang tu faham?” satu lagi syarat dari Farid dia asyik sebut deorang benda bagai kat dalam sana apa sebenarnya yang ada dekat dalam sana tu?

Kami semua sekarang berjalan mendaki jalan berbukit itu sampailah kami di atas dan di hadapat kami terlihat sebuah pintu gerbang batu tinggi berdiri di hadapan kami. Pada gerbang itu ada tertulis Hutan Darma dalam tulisan jawi.

“Ok guys let’s go…” Farid dan Mira mengetuai di hidapan. Kami dibelakang berjalan rapat berdua sambil tangan kami saling bersilang antara satu degan yang lain.

Dekat dalam ini tidaklah terlalu gelap dan tidak terlalu terang cukup-cukuplah mata kami dapat melihat laluan di dalam. Kiri kanan kami terdapat pelbagai jenis pokok besar kebanyakanya senis pokok Temponet dengan akar banir yang besar.

Lampu suluh kami halakan di setiap ruang supaya memudahkan lagi untuk kami berjalan.

“Wey Min lama lagi ke boyfried kau tu nak bawak kita ni.” Fiq berbisik menyakat aku.

“Kepala Hotak kau boyfriend.” aku menempeleng kepala supupu aku itu.

“Adoi… sakit hanat.”

“Tahu pun sakit sedap mulut kau je pasangkankan aku dengan dia.”

“Kau ingat aku ni buta nampak sangat cara dia tu pandang kau lain macam.”

“Hey eleh kau cakap aku habis tu kau ingat aku tak perasan ke tingkah laku kau dengan Mira tu…” muka budak tu dah merah. Aku dah panas duduk sebelah dia ni jadi aku percepatkan langkah meningalkan dia di belakang tersengeh sorang.

Beberapa minit berjalan sampailah kami dekat sebuah gua. Hairan dekat tempat macam ni ada gua. Langahkah kami terhenti di hadapan gua tersebut.

“Ok kita kana masuk gua tu dan ingat apa yang aku pesan.” kami menganguk setuju. Laluan dalam gua itu gelap hanya lampu suruh yang kami bawa sahaja menjadi panduan untuk kami bergerak di dalam gua tersebut.

“Wey Farid jauh lagi ke?” Alip bertanya.

“Dekat depan tu je.” Dia menunjuk ke arah dinding gua.

“Seriouslah tu dinding kot.” Alip bembentak.

“korang pernah tengok Harry Potter?” Farid tersenyum.

“Oh… Tak mungkin kita kena lari langar dinding ke?” Farid menganguk.

“Ohsem… aku ingat dalam movie je dekat reality pun ada benda macam ni. Ok aku nak cuba dulu.”

Alip begerak kebelakang sedikit lalu dengan exited berlari melangar dinding tersebut lalu tubuhnya jelas ditelan dinding tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience