Bab 16 A.P.A.M

Fantasy Completed 1714

Alip POV

Macam tak percaya apa yang aku tengah lihat ni bangunan bak Kallie’s Castle berdiri megah di hadapan aku sekarang ni tapi ini lagi besar dan lebih banyak bangunan tersusun di belakangnya. Aku menoleh belakang jelas dua tiang terpacak di belakang aku membentuk pintu gerbang bermakna aku keluar dari situ tadi.Beberapa saat selepas itu mereka yang lain turut menembusi keluar dari situ.

“Korang aku macam tak percaya kot kita ada dekat tempat macam ni… Sesiapa tolong tampar aku sekarang kot-kotlah aku tengah mempi sekarang ni.” Aku terlalu teruja.

“Slapp.” Satu tamparan hinggap tepat dekat pipi aku.

“Nah ambik nak sangat kan?” Nad bersuara setelah menampar aku namun riaksi aku.

“Swag…. Ohsem aku bukan dalam mimpi huhu…” aku dah berlari-lari macam orang tak betul dah.

“Dah macam budak-budak lah kau.” Nad bersuara jengkel degan perangai aku.

“Alah akak kaca Mata bukan selalu dapat peluang macam ni kan maka enjoy jelah….”

“Dah korang tak payah nak gaduh ye kita ada misi ni ha behave ok adik-adik sekalian.” Farid mencelah.

Kami berjalan samailah kami di hadapan Pagar hitam besar yang merupakan pintu masuk ke dalam istana itu.

“Farid ni istana siapa?” Min bertanya.

“Ni bukan istana tapi sekolah ye adik-adik sekalian.” Mira disebelah hanya ketawa kecil mendengar jawapan dari abangnya itu.

“Ok ni ke Academy tempat kau mengajar tu?” Min bertanya lagi kini soalanya menarik perhatian yang lain memandang pelik kearah Farid mungkin disebabkan satu info yang menjelaskan bahawa Farid itu actually cikgu.

“Bukanlah ni rival sekolah kitaorang deorang digelar A.P.A.M.”

“What? Apam Balik ke? Haha...” Alip mencelah membuat joke.

“Bukan Apam balik ye dik tapi Academy Paranormal and Magic.” Farid menjelas.

“Wow manarik deorang belajar magik ke? boleh tak kalau aku nak apply sekolah ni?” aku beria nak masuk sekolah tu.

“Iya deorang belajar magik but kau boleh kot simpan harapan kau tu sebabnya deorang tak invite manusia macam kau.” Budak Mira tu mencelah.

“Habis tu deorang invite siapa je?” aku bertanya lagi.

“Deorang cuma terima ahli sihir je manusia macam korang and makhluk lain macam aku ni tak di terima belajar kat sini.” Kali ini budak Mira itu menjawab lagi bagi pihak abangnya.

“Ok macam mana kita nak masuk dalam ni sebenarnya?” Nad bersuara.

“Jap ya adik-adik abang nak mintak izin masuk dulu.”

Datangnya dari luar,
Bukan hendak berperang,
Mohon diminta bukakan pagar,
Harap dibenar masuk bertandang.

Tidak dibawa alat menyihir,
Tidak berniat membaling lembing,
Mohon di buka tuan penyihir,
Kami hanya mahu berunding.

Wow tak sangka mamat sebelah aku ni boleh bermain dengan ayat pantun-memantun macam gini. Tak di sangka pagar di hadapan kami terbuka dengan sendirinya. Kini terpapar laluan menuju kearah bangunan bak istana itu.

Perasaan dalam diri ni dah meronta-ronta teruja dengan pemandangan sekitar bangunan bak istana itu kini kami dapat lihat bebarapa orang berjubah penyihir berjalan-jalan di sekitar bangunan tersebut. Sudah pasti mereka adalah pelajar dari academy ini. Macam biasa kami menjadi perhatian pelajar-pelajar dekat sini.

Dapat dilihat mata-mata merenung kearah kami wajah di ballik huddy tersebut mula berbisik antara satu sama lain mungkin mereaka kehairanan akan kehadiran kami dari dunia luar.

Aku perhati je seragam pelajar dekat sini geram dibuatnya dalam otak aku dah terbayang aku mengenakan seragam sekolah seperti ini. Bagi pelajar lelaki mereka memakai seragam baju melayu hitam bercekak musang lalu di bahagian pingangnya dililit bengkung yang sama warna degan jubah penyihir berhud yang dipakainya di sini pelajar kelihatan memakai warna jubah yang berbeza bagi beberapa orang.Bahagian kepala pula dililit kain yang sama warna dengan bengkung di pingangnya . Kain itu di guna menutup bahagian dahi kini mereka kelihatanseperiti ninja dari kampung Konoha dari Anime Naruto.

Bagi pelajar perempuan pula berbaju kebaya hitam pendek digayakan sekali dengan seluar mengan dan sama seperti pakaian lelaki di kenakan bengkung dan berjubah penyihir serta mereka membawa cindai bersamanya.

***
Farid POV

Kehadiran kami di sini di sambut seorang lelaki berjubah hitam serta terdapat destar digayakan pada bahagian atas kepalanya.

"Farid putranya Penyihir Faruq lama tidak berjumpa" Lelaki itu kelihatan mesra seolah dia sudah pun mengenali aku.

"Uncle Alex Damien Darma lama tidak jumpa kali terakhir kita bertemu pun dua tahun lepas itu pun ayah yang bawa kesini.".

"Ayah mu Faruq bagai mana keadaanya sekarang lama juga aku tidak bertumu denganya."

"Ayahku sihat seperti biasa masih gagah seperti masa mudanya."

"Siapa geranganya pemuda serta anak gadis dibelakang kamu itu?"

"Perkenalkan ini adik perempuan ku Farah Amira dan yang lain itu para anak murid hasil didikan ku." Budak-budak di belakang itu hanya tersenyum palsu cuba mengiakan kenyataan aku.

"Oh itu puterinya penyihir Faruq kali terakhir aku melihatnya ketika itu masih anak kecil sekarang sudah tumbuh dewasa cantik seperti ibu mu Maryam. Tidak di sangka kau juga mengikut jejak ayahmu ketika muda dulu menjadi seorang pengajar." Mira dibelakang tersengih kecil mendengar pujian dari pakcik Alex.

Pakcik Alex merupakan rakan lama ayah aku masa muda dulu-dulu mereka berdua bertarung bersama dan banyak habislan masa bersama dan bila dewasa mereka mengambil haluan masing-masing.

"Apa sebenarnya tujuan kamu datang kemari?" Pakcik Alex mula bertanya.

"Iya lupa pula tujuan ku kemari ingin berjumpa dengan pengetua Darma ada benda ingin di bincangkan."

"Oh engkau mahu berjumpa ayahdaku itu boleh saja mari sini ikut aku akan ku bawa kau berjumpa dengannya."

"Terima kasih atas pelawaan mu itu." kami pun mengikut Alex dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience