Bab 8 Aku nak balik.

Fantasy Completed 1714

Ain POV

Banyak betul orang berkerumun dekat surau. Sebabnya ada budak kena rasuk kat dalam tu.

"Nad tengok tu , wow... ramai orang bertandang dekat surau tu. Sebelum ni takde lah ramai macam tu bila ada budak hiteria habis penuh orang ." Aku bersuara dengan nada memerli.

"Betul-betul tu Ain aku sokong hehehe..."

"Ain alang-alang dah ramai tu moh le kita menyelit tengok apa yang kecoh-kecoh tu."

"Hais... member aku sorang ni ..." Aku mengelengkan kepala lalu mengikuti gerak langkah Nad yang dah mula menuju ke arah surau.

Kawasan luar Surau di penuhi ramai orang aku dengan Nad mula menyelit diantara tubuh-tubuh manusia yang ada disitu sampailah dekat tingkap surau tersebut.

Nad dah mula berjengket cuba melihat apa yang berlaku di dalam tapi malang bagi aku yang dilahirkan dengan tubuh kecil ini tidak terjangkau perlihatan aku untuk melihat menerusi tingkap Surau yang terletak agak tinggi bagi aku tu.

Walau pun macam tu segala Conversation diantara Ustaz dengan budak dirasuk tu jelas kedengaran di luar surau . Kuping telinga aku dapat memancing perbulan mereka.

"Kenapa kau gangu budak ni ?" Suara Ustaz Kamal jelas kedengaran.

"Aku tak gangu dia." Suara agak garau dapat kedengaran dari budak perempuan itu.

"Habis kenapa kau dekat dalam badan dia?" Kedengaran Ustaz seolah-olah melibas sesuatu.

"Arrr...(suara menjerit) deorang yang pangil aku ."

"Siapa deorang ? budak ni ke?"

"Bukan budak ni." Terdengar bunyi tapak tangan di hentak kuat . Suara makluk itu mula lantang.

"Kalau bukan dia habis siapa?"

"Aku tak tahulah... Aku cakap akau tak tahu... faham tak..." Dia menjerit lantang. kedengaran lagi bunyi libasan.

"Sakit lah.... Bodoh .... " Suaranya lantang lalu diikuti suara tangisan.

"Kalau kau tak tahu siapa pangil kau tapi kenapa kau rasuk budak ni?"

"Sebab dia kotor... Hahahaha... dia datang bulan tapi tak reti basuh darah dia elok-elok jadi aku rasuklah dia hahaha... dekat luar tu aku dapat bau budak yang sama kotor dengan dia hahahaha." Suara dia menyeringai ketawa . Lalu wajahnya berpaling ke arah tingkap surau lalu tersenyum .

"Ustazah tutup semua tingkap dan suruh semua pelajar dekat luar pergi jauh.." Ustaz memberi arahan. Ustazah Fauziah cepat-cepat berlari kearah Tingkap surau.

"Pelajar Ustazah pinta untuk beredar dari sini kosongkan kawasan ni supaya kerja-kerja rawatan dapat di laksnakan." Ustazah Fauziah menutup tingkap.

Kini telah beberapa minit berlalu tiada sebarang suara kedengaran di dalam surau .

Aku memandang seorang budak perempuan yang berdiri tidak jauh dari aku. Entah kenapa perasaan aku tidak senang apa bila melihatnya.

"Nad aku rasa tak sedap hatilah bila tengok budak kat sana tu?" Aku menunjuk.

"Budak tu ke?"

"Haah kau rak rasa gerak laku dia pelik ke dari tadi dia asyik termenung tengok bawah lepas tu dia dok tersenyum sorang dari tadi aku rasa tak sedap hatilah."

"Ain relex jagan pandang dia buat tak tahu je."

"Tapi kan aku rasa mamang ada yang tak kena dengan budak tu aku rasa nak kasi tahu Ustaz dekat dalam." Kata aku kegusaran.
Budak tu tiba-tiba menoleh kearah aku sambil tersenyum lebar .

"Nad kau nampak tak ." Aku dah ketakutan.
Aku cuba untuk lari tetapi kaki aku tidak dapat bergerak budak itu tiba-tiba berlari kearah aku lalu menolak aku rapat kedinding . Nad yang cuba menghalang di tolaknya kuat sampai jatuh di sisi aku.

Orang ramai yang tadi mengerumi kawasan itu mula menjauhkan diri dan ada yang melarikan diri jauh dari kawasan itu.

"Kau nampak budak tu ? Aku tahu kau nampak budak-budak tu." Budak tu bersuara garau.

"Aku tak nampak apa-apalah." Aku menjawab walaupun aku tidak tahu apa yang dia maksudkan.

"Ahhh... Kau tipu aku tahu kau nampak." Dia masih menuduh aku.

" Apa kau nak sebanarnya?" Aku bertanyaketakutan.

"Aku nak balik lah...(dia menjerit) deorang dah pangil aku tak reti nak hantar aku balik." Budak tu merenung mata aku tajam seolah-olah mahu memakan aku.

"Betul aku tak nampak deorang, Nanti jap ." otak aku mula memproses memory dalam otak aku.

"Ohhh... Dah ingat . Ok-ok aku ada nampak deorang tapi aku tak nampak muka deorang . Betul aku tak tipu."

"Hahaha...hihihihi..." Dia meyeringai ketawa kuat di hadapan aku.

Waktu itu jugalah Ustaz Kamal menghampiri budak tu lalu melibas kan sejadah di belakang badan budak itu.

"Arrhhh... " Dia menjerit kuat lalu di ikuti suara tangisan.

"Baik kau keluar dari badan budak ni . Kalau tidak aku terpaksa bunuh kau." mulut Ustaz Kamal mula terkumat kamit membaca sesuatu lalu ibu jarinya mulan mencalit pada umbun-umbun kepala budak itu.

Kini tubuh budak tersebut rebah tidak sedarkan diri di atas lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience