Bab 19 Cincin transformasi

Fantasy Completed 1714

Farid POV

Aku sibuk berdrama bawah pokok besar ni tanpa sedar makhluk tu dah semakin hampir.Kalau di ikutkan boleh je aku bawak budak Min ni lari lagi jauh tapi tak berbaloi kalau lari pun sebabnya benda tu still akan kejar kitorang walau jauh mana kitorang lari.

Jadi baik aku face to face dengan makhluk tu kalau dia tumpas takdalah dia nak kejar kitorang dah. Budak sebelah aku tidak bersuara mungkin sebab aku cium dia tadi. Hiraukan pasal tu sekarang ni aku nak tewaskan makhluk tu.

Suara deraman makhluk tu sudah kuat kedengaran bermaknya dia dah dekat aku peluk Min merapat pada akar banir itu tindakan aku ini lagilah buat kan perasaan budak tu membuak-buak. Jelas telihat dari riak wajahnya malu bercampur keliru.

Aku mengintai dari balik akar tersebut memerhati sosok berbulu coklat perang itu. Jelas kelihatan makhluk itu sedang menjejak kedudukan kami mengunakan hidungnya.

"Min awak tunggu sini sembunyi saya nak berurusan dengan makhluk tu." Aku pegang wajahnya memberi pesan. Budak tu hanya menganguk sahaja.

"Bagus tunggu tau ." Kata aku tersenyum lalu melompat keluar dari tempat persembunyian aku itu.

Makhluk itu sedar akan kemunculan aku dengan pantas dia menoleh kearah aku. Renungan matanya tajam tepat kedalam anak mata aku. Satu suara dapat aku tangkap dari otak fikirku.

"Kau bukan manusia tapi kenapa kau berpihak pada mereka?" Suara itu datang dari akal fikiran aku.

"Wau...suara budak perempuan... bukan calang-calang guna telipati bagai kau patut berterima kasih dekat cikgu kau." Kata aku saja kasi dia membara.

"Argh... Diam kau akan aku ajar kau." Makhluk itu melompat kearah aku dengan wajah marah.

Melihat tindakanya aku pun melompat kerahnya lalu satu pukulan dari buku limaku hinggap pada wajahnya maka tubuhnya terpelanting kebelakang. Makhluk itu berputar lalu mendarat mengunakan cakar pada ke empat kakinya kesan garis cakaranya jelas terlihat mengoyak permukaan tanah.

"Boleh tahan kuat kemampuan kau." Suara itu menyelinap lagi di balik kotak fikiran aku.

"Come on gurl! Please jagan pandang rendah dengan kemapuan puak Langsuir ok." Kata aku.

"Belagak! kalau macam tu rasakan ni." Dia membuka mulutnya satu gelombang kuat menerpa kearah aku beserta suara lolongan.

Tubuh aku tercampak kebelakang berlangar pada batang pokok besar memberi impak kuat pada tubuh aku. Percikan darah keluar dari dalam mulut aku. kini tubuh aku rebah ke tanah dengan sedaya upaya aku cuba bangkit semula.

Makhluk itu berlari kerah aku dengan pantas kepalanya menyondol tubuhku lalu tubuhku dihimpit sekali lagi pada batang pokok besar itu. Perut aku senak di tambah mulutku sebuk memuntahkan darah. Makhluk itu mengundur ke belakang kini kaki hadapanya bersedia untuk mencakar tubuhku.

Kaki hadapanya di angkat tinggi lalu dihayun kearah aku pada ketika itu dengan pantas Min belari dihadapan aku bersama dahan pohon menahan serangan makhluk itu. Min menoleh kearah aku.

"Kau ingat aku nak duduk diam je ke bila tengok kau bertarung separuh mati sekarang ni " kaki hadapan makhluk itu di tolaknya kuat mengakibatkan tubuh makhluk itu berganjak ke belakang.

Aku tak boleh biar benda tu menang jadi aku perlu mengumpul energy dalaman aku mengubat kederaan pada tubuh aku ini. Kelihatan Min sedang sedaya upaya melegahkan masa untuk aku rawat diri aku.

Cakaran demi cakaran makhluk itu berikan namun dapat di tepis semua serangannya. Hebat juga budak dihapan aku ini tidak sangka dia memiliki skill bertarung yang hebat. Kini aku berasa badan aku sudah mulai menyembuh aku pantas bangkit menghabiskan petarungan ini.

"Min ketepi masa bermain dah tamat masa untuk aku tunjuk kemampuan sebenar aku." Min melompat ke tepi memberi ruang pada aku bertindak.Aku mula mengeluarkan bunga silat tangan aku gaya-gayakan mulut aku membaca sesuatu.

Memisah dua jiwa,
Meretak jasad dan raga,
Menanti akal mula terjaga,
Memangil jiwa kembali ke dunia,

Bebola energy muncul pada tangan aku lalu aku pancarkan pada tubuh besar makhluk itu. Bebola energy itu terkena pada tubuhnya lalu tubuhnya rebah ketanah kini tubuh berbulu itu bertukar kepada anak gadis tidak berpakaian.

"Aku tidak cukup bodoh untuk tidak mengenali item yang kau pakai cincin transfomasi mambolehkan pemakainya berubah wujud makhluk dari alam lain." Kata aku.

"Kau dah tahu tapi kenapa kau tak batalkan sihir aku dari awal." Kata budak itu yang sedang duduk bersimpuh di tanah dalam keadaan berbogel.

" Saja... aku nak tengok jugak sejauh mana bakat budak-budak sekolah ni. Menakjubkan mesti cikgu yang mengajar korang ni bukan biasa-biasa" Aku dah tersenyum kecil.

"Nah pakai ni tak manis anak gadis seusia kau ni telanjang di hadapan laki-laki berumur seperti aku ini." Aku serahkan jeket kulit yang aku pakai kepada gadis itu.

***

Fiq POV

Mira pantas berjalan di hadapan aku meningal aku di belakang mungkin dia malu akan accident yang berlaku tadi. Sejujurnya kami tidak tahu arah mana patut di ikuti. Aku hanya mengikuti jejak Mira dari belakang.

Entah mengapa kabus semakin menebal Mira di hadapan tiba-tiba memelahankan langkahnya dia seolah melihat sesuatu di hadapanya kini tubuhnya mula megundur ke belakang pelahan demi pelahan.

Telinga aku dapat mendengar suara deraman dari arah hadapan kabus di hadapan semakin menebal tiba-tiba sosok raksasa itu melompat keluar dari balik kabus tebal cuba menagkap Mira nasib gadis itu sempat melompat tinggi mengelak terkaman makhluk itu.

Dia kini memandang ke arah aku lalu mengejar kearah aku aku berlari sekuat mungkin dia mula menerjah cuba menerkam aku tapi ketika itu kaki ku tersungkur aku jatuh mengakibatkan kaki ku terseliuh lutut ku mula berdarah akibat terhentak pada batu.

Sekali lagi terkaman makhluk itu terlepas nasib aku tersungkur kalau tidak sudah lama aku jadi mangsanya. Mira mendekat cuba melihat keadaan aku.

"Fiq kau ok ke ni?" Mira memapah aku. Makhluk berbulu hitam itu berada tidak jauh di hadapan kami dia menunduk lalu mulutnya dibuka menghala kearah kami kepulan asap kelabu keluar dari mulutnya itu habis seluruh kawasan ini di selaputi asap kelabu.

Kini pandangan aku hanya kelabu berkabus kini tidak aku lihat apa-apa melainkan asap putih yang menutupi pandangan aku. Bayangan bergerak di balik ke kabus dapat aku lihat . Mira yang memapah aku tadi kini sudah tiada disebelah aku.

Aku cuba mencari-cari kelibat Mira tadi masih tidak jumpa kaki aku yang terjungkit-jungkit ini membataskan pergerakan aku. Aku rasa aku sudah jauh berjalan tapi kelibat Mira tidak dapat aku temui.

Kini kabus sudah mereda penglihatan aku sudah mula dapat melihat sekeliling. Aku kini berdiri seorang di tengah-tengah hutan . Situasi begini sama seperti di lama mimpi aku. Aku menoleh kebelakang suara lolongan kedengaran .

Dari balik kabus malam sosok gelap itu mula mengejar dari balik kabus malam. Aku sedaya upaya berlari Aku berlari dengan kakiku yang tercedera terhenjot-henjot kaki ku berlari. Aku berlari tanpa hala tuju seolah-olah aku dikejar sesuatu yang bakal mengancam nyawa ku. Darah pekat pada kaki ku mula mengalir deras kepedihan turut terasa.Aku perlu mencari tempat untuk bersembunyi.

“Gong,gong, gong…” bunyi salakan dari jauh kedengaran deras seakan semakin menghampiri. Aku mengorak langkah pantas mencari tempat untuk aku sembunyikan diri. Jauh aku berlari kelihatan di hadapan ku sebatang sungai dengan airnya mengalir deras.

Perasaanku yang ingin melepaskan diri membuatkan aku tidak fikir panjang keinginan aku mahu selamat membatasi segalanya. Aku meredah sungai itu semata-mata untuk survival.

Akhirnya aku selamat melepasi anak sungai itu. Tubuh aku lemah lalu aku terduduk disebatang pokok. Nafas ku tercungap-cungap oksigen mula berlumba-lumba memasuki liang-liang peparu ku diselangi jantung ku yang mengepam pantas membawa darah keseluruh tubuhku kelihatan tubuhku sibuk melakukan kerja.

Suara salakan kuat kedengaran dibalik seberang sungai dari kegelapan kabus malam kelibat sosok Seekor haiwan berbulu lebat kelihatan menatap diriku dengan matanya yang bersinar merah.

Giginya yang tajam serta saliva menitis dari dalam mulutnya. Keadaan tubuhya yang besar hitam serta berbulu lebat itu sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja melihatnya ketakutan. “Gong, gong, gong…” makhluk itu menyalak padaku suara dengusan serta deraman yang dibuatnya jelas kedengaran diselangi tindakanya mencakar-cakar pemukaan tanah.

Aku kebuntuan mahu lari namun tubuh ku tidak mau bergerak apa yang tinggal sekarang adalah doa dan tawakal kini aku hanya berserah kepadanya kerna dia yang menentukan segalanya.

Makhluk itu tidak menyerah dengan mudah tubuhnya kebelakang mengambil langkah lalu melompat kearah anak sungai. Syukur nasib doaku di dengari makhluk itu tidak berjaya melepasi seberang tubuhnya hanyut dibawa arus deras.

Aku menarik nafas lega serta bersyukur. Keselesaan yang aku alami sekarang ini tidak bertahan lama entah kenapa hatiku berasa tidak senang “shisss…” suara aneh kedengaran dari arah anak sungai.

Sinar mata merah saga dapat aku tangkap merenung kearah ku dari pemukaan air sungai. Aku kegelisahan peluh dah mula mengalir membasahi tubuh ku. Makluk itu menjalar dari dalam air sungai terus menjalar pelahan menuju kedaratan kini aku dapat melihat tubuh makhluk itu.

Tubuhnya besar hitam panjang serta bersisik dapat aku lihat. Kepalanya diangkat mengembang tegak dihadapan ku. Gigi taring tajam jelas kelihatan dari taring itu menitis racun bisa membunuh hidupan yang ada dibawahnya.
Tubuhnya mula bermain-main menjalar di atas tubuhku kini tubuh ku sepenunya dililit oleh tubuh panjangnya. Saluran pernafasanku disekat aku tercungap-cungap mencari oksigen Kepalanya mula didekatkan pada wajahku lalu kepalanya di angkat tinngi taringnya kelihatan seakan mahu membenanya ke tubuhku lalu pegerakan drastic dilakukan makluk itu cuba mematuk ku.

"Tolong..." Aku menjerit. Tiba-tiba muncul kepulan asap hitam yang membawa makhluk bertubuh gelap dengan kuku yang tajam dia mencakar tubuh Ular gergasi itu meningalkan kesan cakaran pada tubuhnya .

Makhluk itu meronta kesakitan lilitanya di lepaskan dari tubuh aku. Kini Makhluk lampai di hadapan aku berdiri cuba melindungi aku.

"Rawrr..." Jeritanya kuat memecah suasana di hutan itu. Tubuh tinggi mula melompat lalu menerkam tubuh ular gergasi itu. Pertarungan sengit dapat aku lihat di hadapan aku sekarang ini.

Tidak habis dengan itu datang burung helang dari arah langit menjunam menerpa ke arah kepala ular tersebut . Ular tersebut tersembam ke tanah kesan dari impak yang di berikan oleh helang tersebut.

Makhluk lampai itu pula mula mencakar-cakar gelang cincin pada ekor ular tersebut sehinggalah gelang itu terbelah lalu tertanggal dari ekor ular itu. Kini tubuh dari seekor ular gergasi berubah menjadi anak gadis. Waktu ketika itu juga sosok burung helang itu menjelma menjadi manusia.

"Mira?" Aku terkejut sosok Mira menjelma dari seekor burung helang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience