Bab18 Lari

Fantasy Completed 1714

Mira POV

Nasib Uncle Alex datang selamatkan kami dengan bantuanya kami dapat terlepas dari tahanan si penyihir Darma itu. Alex menyuruh kami lari ke hutan kerana jika kami cuba melepasi pintu pagar dan balik melalui pintu gerbang di hadapan Academy pastinya kami akan tertangkap jadi jalan terbaik menyelinap dari belakang dari arah hutan belakang Academy.

Pantas kami berlari menyelinap melepasi pokok-pokok besar di dalam hutan itu keadaan hutan ini agak sedikit berkabus jadi pandangan kami agak sedikit kabur dari kejauhan gegendang telingan aku dapat menangkap suara lolongan tidak juah dari Kawasan kami sekarang langkah aku terhenti lalu di ikuti dengan yang lain.

“Abang kau dengar tak? macam petanda tak baik.” Kami dah saling berpandangan kerisauan.

Dari pemandangan berkabus di belakang kami ini kini kelihatan tiga tubuh besar makhluk berbulu seakan tubuh Serigala namun tubuhnya besar tinggi sedang berlari sambil melolong kearah kami. Pergerakannya pantas. Kami yang melihat keadaan itu berlari bertempiaran.

Keadaan ini mengakibatkan kami berpecah Alip, Nad,Haris dengan Ain belari kearah kanan hutan sambil di kejar salah seekor dari makhluk itu tubuhnya berbulu hijau tua. Abang aku pula sudah membawa lari Min jauh ke hadapan mereka juga di kejar makhluk berbulu coklat perang.

Aku masih buntu mahu belari kearah mana makhluk serupa Seriga Hitam abu-abu berada tidak jauh dari aku tubuhnya dari jauh menerkam kearah aku kaki aku tiba-tiba membatu tidak mampu bergerak mungkin akibat ketakutan.

Dari arah kananku tubuh seorang lelaki menerkam tubuhku lalu menolok tubuhnya ketepi kini tubuh kami berdua jatuh bergolek dari tebing yang berada di belah kiri kami. Pelukan tubuhnya melindungi tubuhku dari menerima impak dari melangar batu serta benda tajam dan keras ketika bergolek jatuh dari tebing itu.

Kini tubuh lelaki itu sudah terbaring tidak sedarkan diri aku pula berbaring tertirap di atas tubuh rakan kelasku itu wajah kami saling merapat hal ini membuatkan wajahku menjadi kemerahan. Namun pada masa yang sama aku kerisauan melihat tubuhnya yang tidak menyedarkan diri.

Aku menampar-nampar wajahnya melihat kalau-kalau dia memberi riaksi kini aku mengesan nadinya kelihatan masih bergerak aku dongakkan dagunya mendengar nafas dari rongga hidungnya kelihatan masih bernafas nampaknya aku sudah tiada pilihan lain aku terpaksa memberi CPR pada Fiqry.

Hidungnya aku picit mulutku aku terkapkan pada seluruh bibirnya kini aku menghempus nafasku sehingga kelihatan dadanya mengembung kini kedua tanganku menekan seolah mengepam pada dadanya tekanan aku berikan sekurang-kurangnya 2 inci kedalam dadanya lalu di ulang-ulang sehinggalah Fiqry menyedarkan diri.

Fiqry tersedar tubuhnya seolah tersentak kini wajahnya betul-betul pada wajahku bibirnya saling bersentuhan dengan bibirku matanya serta mataku saling berpandangan jantung aku sudah mula berdegup pantas akal fikiran aku dah mula mengelabah.

Aku menolak tubuh Fiqry lalu tubuhnya terbaring keatas tanah sedang aku sedari aku masih berada di atas tubuh badanya aku cepat-cepat bangun dari tubuhnya itu belagak seolah perkara itu tidak pernah berlaku. Melihat riak wajak Fiqry budak tu kelihatan terpaku dengan apa yang yang berlaku tadi.

***

Haris POV

“Ain,Nad korang pergi lari dulu biar aku dengan Alip alih perhatian binatang tu.” Aku dengan Alip mengambil apa saja yang terdapat di lantai hutan itu lalu kami baling kearah makhluk berbulu hijau tua itu.” Serangan kami mengena namun malangnya serangan kami tidak memberi kesan terhadap makhluk itu.

Dalam situasi begini aku memerlukan akal fikiran aku untuk berfungsi aku memaksa sel-sel otakku untuk terus berhubung dan ketika itu secara kebetulan ekor mata aku menangkap objek yang merupakan batang kayu aku mengambilnya lalu melemparnya kearah Alip.

“Alip guna ni.” Alip menyambutnya lalu dengan pantas Alip melibas pada wajah makhluk tu nasiblah ada Alip dengan aku budak itu jaguh dalam seni bela diri jadi apa salahnya dia tunjukkan bakatnya itu dalam situasi macam ini.

Makhluk itu melolong kesakitan kini kaki hadapannya mula diangkat cuba mencakar tubuh Alip tetapi serangan itu dapat di tahan Alip dengan kayu ditanganya itu. Melihat pada keadaan itu aku tidak boleh membiarkan Alip merlawan seorang jadi aku melihat sekeliling mencari lagi batang kayu untuk di jadikan senjata.

Akhirnya aku jumpa jadi apa lagi aku belari kerah makhluk itu lalu satu pukulan kuat aku berikan pada belah kanan kaki hadapan makhluk itu.

Pukulan aku terkena pada gelang cincin yang melingkari kaki hadapanya itu menyebabkan makhluk itu melompat ke belakang jelas bulu-bulunya sedang meremang giginya diketapkan dan terpancar riak kesakitan pada wajahnya.

“Alip kau nampak tak”

“Nampak jadi itulah…”

“Iya kelemahan dia jom pukul gelang tu sampai patah.” Aku mengajak. Alip ketawa kecil lalu menganguk setuju.

Makhluk itu seakan mengetahui rancangan kami setiap kali kami menyerang dia melompat dan mengelak. Kami berdua tidak boleh mengalah kami menyerang bertubi-tubi bagi mencari peluang yang sesuai untuk melakukan serangan penamat.

Kami sengaja membiarkan Makhluk itu kepenatan dengan melompat dan mengelak dan akhirnya rancangan kami berhasil makhluk itu sudah mula kepenatan.

“Alip sekarang!” kami berdua dengan kuat menghayun batang kayu itu lalu serentak memukul gelang cincin itu dari kedua arah bertentangan dan hasilnya gelang itu patah lalu tertangallah gelang itu dari kaki makhluk itu dari gelang kini berubah bentuk kepada sebentuk cincin.

Melihat pada tubuh makhluk berbulu itu kelihatan tubuhnya mula mengecil lalu kini tubuh seorang gadis tidak berpakain jelas terbaring dihadapan kami melihat keadaan itu aku cepat-cepat membuka sweater pada tubuhku lalu menutupi tubuhnya yang tidak berpakain itu. Didalam kotak fikiranku mempersoal mengenai gerangan sosok gadis di hadapan aku itu.

***

Min POV

Farid menarik tubuhku berlari bersamanya laju kehadapan meningal rakanku yang lain. Makluk bercoklat perang di belakang kami masih gigih mengejar.

“Min kau larat tak ni” dia bertanya.

“Aku pun harap aku boleh bertahan kau lari laju sangat aku tak boleh nak ikut.”

“Ok kalau macam tu tarik nafas dalam-dalam.” Farid tiba-tiba berhenti lalu mengangkat tubuh ku separas pingangnya kini posisi aku dalam gendoganya. Dia tersenyum kecil lalu dengan pantas dia berlari membelah malam meningal makhluk itu jauh di belakang.

Tiba-tiba kata-kata Fiq bermain dalam fikiran aku.Tapi hati aku tetap cuba menidakkanya. Kini Farid mencari tempat bersembunyi. Kami berhenti bersembunyi dibalik pokok Temponet akarnya yang besar cukup muat bagi memyembunyikan tubuh kami berdua.

Kami duduk sebelah menyebelah terseksa aku melihat Farid dibelahku dengan nafasnya yang tercungap-cungap aku pula agak pening dan loya akibat larian pantas Farid. Kami berdua saling berpandanagn lalu ketawa berdua.

“Hah… nasib selamat apa macam laju tak aku.” Farid dah mula belagak.

“Alah… belagak ada kuasa bolehlah.”

“Kau jelouskan….” Dia dah mencubit hidung aku.

“Takde masa lah aku nak jelaous dengan kau.”

“Yalah aku percaya untuk kau semua boleh.” Ok lelaki sebelah aku ni nak try aku ke apa? Perangai dia ni tiba-tiba membuktikan kenyataan Fiq betul aku tak suka kalau Fiq betul.

“Ok aku nak tanya kau ni kau….”

“Apa? kau suka aku itu yang kau nak cakapkan kan.” Aku belum habis cakap lagi dia dah potong ayat aku.

“Hmm…” aku hanya menganguk malu.

“So kalau aku cakap aku suka kau, kau nak buat apa?” Dia menjawab.

“Kau gurau jekan tak mungkinlah kau suka aku.” Kau cuba mengelak.

Dia tiba tiba merapatkan wajahnya pada wajahku aku dapat rasa nafas panasnya pada wajahku dengan pantas dia mencium bibir aku.

Aku dah tergamam dengan tindakannya dapatku rasa bibirnya lembut basah menyentuh bibirku entah kenapa rasanya membuatku selesa sehingga mendorong mataku untuk berpejam.

Apa aku buat ni arghh… perasaan ni dah bermaian dalam fikiran aku. Tidak benda ni tak betul apa aku patut buat? Kini dia melepaskan ciumnya lalu bersuara.

“Jadi kau masih fikir aku bergurau.” Katanya tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience