Bab 2 Budak Bajang

Fantasy Completed 1714

Min POV

Aku tak sangka malam ini sangat sejuk habis meremang bulu roma aku kesejukan. Aku mulai sedar keadaan di kawasan ini berkabus .

Alah tu biasalah waktu malam memang selalunya berkabus tak payah nak fikir situasi ni macam dalam film seram tu bila malam berkabus aja ada hantu merepeklah semua tu.

"Serious lah ... Ini location yang si Alip hantar dalam group tadi ? "

"Oii, Korang mana korang ? sunyi je tempat ni ke aku yang salah tengok map?"

"Ok ni tak lawak , guys jangan buat aku camni doh kalau nak prank aku korang silap la"

Angin sepoi-sepoi dah mula menampar-nampar pipi aku dah semestinya lah segala bulu roma pada tubuh aku memberi reaksi tak baik.

Tapi macam biasa kalau nak jadi ghost hunter kena acah-acah kuat . Confident tu kena ada jagan biar makhluk alah tu semua dapat takut- takutkan aku.

Dari tempat aku berdiri tiba-tiba aku terdengar bunyi ranting patah seolah-olah ada orang memijaknya dari balik beberapa batang pokok yang ada di kawasan itu.

" Alip..."

"Haris..."

"Nad.."

"Ain..."

Tiada sebarang riaksi. Aku terus apa lagi mengeluarkan senjata istimewa aku dari dalam bakul motor 125 kuning aku sebagai senjata buat lindung diri.

Dengan nail gun di tangan aku megorak langkah perlahan - lahan cuba menghampiri sebatang pokok besar di hadapan aku .

" Heh air apa ni ?" Aku terasa seolah ada titisan air jatuh dari atas pokok .

Kini pedengaran aku mula memancing suatu suara seolah suara bayi menangis . Aku perhatikan sekeliling mencari dari mana suara tu datang tapi apa yg aneh suara itu jelas kedengaran pada pokok besar itu.

" Hadoi , deorang ni mana? saat-saat epic camnilah korang biar aku sorang-soramg kat sini." Aku dah membebel sorang .

Kini aku merasan ada tubuh mula menghampiri aku dari belakang . Aku tak berani menoleh peluh dah mula mengalir pada wajah ku salivar dalam tekak aku telan mata aku pejamkan senjata di tangan aku gengam kuat bersedia mahu menyerang.

Kini dapat aku rasakan sentuhan pelahan pada bahu ku rasa kedinginan dapat aku rasai rasa ketakutan mula menakut-nakutkan diri aku rasa kesal pun mula terasa. Kini suara garau dapat aku dengari.

" Hey, Min ..."

" Dasar anak Bajang matilah kau " aku menoleh sambil aku acukan Nail gun ke arah sosok tubuh yang berdiri di belakang aku.

" Wow, wow... lek Min kau dah pahal dok gelabah semacam ni?"

"Hahahaha... Hahahha.." kelihatan seorang lelaki serta dua orang perempuan tersengeh dan ketawa melihat tindakan aku.

" Apa ni Min kata ghost hunter tapi benda cam ni pun dah gelabah" kata lelaki yang sedang ketawa tadi sambil cameranya sibuk merakam tragedi tersebut.

" Dah hagak dah ni semua kerja korang dasar anak Bajang, nasib aku tak lepas kan picu kalau tak habis berpaku badan kau." aku membalas.

" Dude, stoplah membajangkan orang silap hari bulan hantu bajang tu dok kerjakan kau baru tahu" lelaki dekat depan aku ni mula ceramah.

"Betul cakap Alip tu kau dok memangil natang tu apa yang special sangat tah dgn makhluk tu?" Salah seorang gadis berkaca mata di hadapan aku pula mula bersuara.

" Yelah Cik Nad oi ..." Aku membalas .

" Btw ... Cakap pasal Bajang sesiapa boleh tak tukar nama group ni ? " Kata gadis lagi seorang .

" Apsal lak?" Aku bertanya.

"Korang tak rasa nama Budak Bajang ni pelik ke untuk team ohsem cam kita ?" Gadis pendek itu tak puas hati.

" Tak sedap apanya cuba kau dengar baik-baik 'Budak Bajang merungkai tragedy Paranormal' kan sedap tu" aku mula meyakinkan deorang.

"Bajang ke apa ke bila masanya nak mula aktiviti kita ni 'Fan' kita dah menungu dah kita live ni" . Kata si budak camera itu.

"Oklah Jom , mana nak start?" Kami pun mulakan live aktiviti kami malam ni.

***

Dari atas pokok besar tempat geng Budak Bajang berkumpul.

" Budak- budak selalu cari masaalah hais..." Farid mengeluh lalu memandang kearah sosok hitam yang dari tadi memerhatikan sekumpulan budak-budak Bajang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience