Bab 10 Jawapan

Fantasy Completed 1714

Fiq Pov

Kami berenam sibuk mengejar dua sosok manusia super itu tanpa sedar yang waktu rehat sudah lama tamat . Maka ini berita tak baik buat kami sebabnya secara tak langsung kami di kira ponteng kelas.

“Mira.” Aku memangil. Gadis itu berpaling kebelakang jelas riak wajahnya seolah terkejut. Dia dengan pantas menuju kearah kami.

“Fiqry awak tak patut ada dekat sini baik awak suruh kawan-kawan awak ni pergi.”

“Tapi apa yang awak buat kat sini ?” gadis di hadapan aku hanya terdiam.

“Udah budak-budak dah menyebuk masalah-masalah” Lelaki misteri di belakang itu mula meyampuk.

“Abang shut up please! Mira tengah berunding ni.”

“Abang?” aku dah jungkit kening.

“Ya tu abang aku”

“Hais… adik abang ni dia katanya berunding? Ok macam nilah kalau korang nak tahu sangat apa yang berlaku malam ni jam 10.00 malam belakang sekolah settle.”

“Korang dengarkan so apa lagi jom belah dari sini.” Kata Mira. Kami pun bersetuju dan mula beredar.


***

10.00 pm lokasi tembok belakang sekolah.

Farid POV

Rancangan malam ni adalah untuk mencari pintu-pintu yang terbuka jadi untuk buat itu kitorang semua kena pecah masuk kawasan sekolah dulu. Jadi tiada pilihan lain tembok belakang bangunan sekolah adalah satu-satunya pilihan.

Jadi lokasi pertama yang harus dituju setelah berjaya masuk ke kawasan sekolah adalah belakang bangunan block F .

Persoalanya kenapa aku pilih tempat tu? Jadi untuk menjawab soalan itu adalah berdasarkan cerita adik aku Mira bahawa belakang bangunan tu lah salah seorang kawan kelas dia kena rasuk maka sudah semestinya ada petunjuk dekat-dekat kawasan tu.

"Ok aku ada soalan apa sebenarnya yang kita buat dekat belakang ni?" Budak Min tu dah bersuara.

"Korang nak jawapankan nah ni dia aku tengah cuba cari jawapan untuk korang"

"Dude kau baru nak cari jawapan seriouslah." Kenyataan tersebut keluar dari mulut budak lelaki yang bertubuh agak sasa yang berdiri tidak jauh dari aku.

"Iyup, jap ye jawapan dia mesti ada dekat-dekat sini." Aku keluarkan lampu suluh cuba suluh sekitar kawasan itu namun masih tak jumpa apa-apa petunjuk.

"Aku hairanlah takde apa-apa pun kat sini. Mira betul ke budak tu kena kat sini aku tak jumpa apa-apa pun." Aku bertanya pada adik aku itu yang juga sedang mencari petunjuk di bawah pokok.

"Ok done . Abang aku dah jumpa sini ." Mira menunjuk pada batang sebuah pokok yang berada tidak jauh dari kami. kami semua menuju ke sana.

"Apa benda ni? Simbol ritual ke?" Budak lelaki dengan cameranya sibuk merakam simbol yang terlakar pada kulit batang pokok itu.

"Ain simbol tu kau ingat tak?" Budak berkaca Mata tu bersuara.

"Simbol tu sama dengan simbol bawah tangga block C." Gadis pendek yang di gelar Ain itu bersuara.

"Ada berapa banyak simbol tu kat sekolah ni ? Adakah punca Shin mengamuk pagi tadi disebabkan simbol tu?" Rakan kelas adik aku menyoal.

" Ya kawan kau Yassien tu jadi macam tu sebab simbol ni . Simbol ni orang guna untuk buka pintu di antara dua dimensi alam ghaib dan alam nyata. Jadi secara teorinya sebaik sahaja pintu antara dua dimensi ini di buka dia akan mengakibatkan makhluk dari alam ghaib secara rawak melintas melalui ruang tersebut. Nak senang kata makhluk yang merasuk budak-budak sekolah ni masuk ke alam ni secara paksa dan tak sengaja." Mira menjelas panjang.

"Oleh sebab meraka hidup dalam dimensi yang berbeda dari kita makanya tubuh mereka tak mampu beratahan lama dalam alam ni jadi apa yang mereka perlu buat untuk survive dalam alam nyata adalah dengan mencari perumah untuk mereka bertahan." Aku pula menjelas.

"Jadi bagi mengelakkan lebih banyak makhluk tak bersalah masuk ke alam ni dan menyerang manusia yang juga tidak bersalah maka cara terbaik adalah menutup pintu tersebut bagi kesejahteraan kedua-dua pihak." Mira menyambung.

"Bagus.. pandai adik abang." Aku mengosok kepala adik aku. Mira hanya tersenyum kecil.

"Wow... So much information. tapi aku peliklah mana korang tahu banyak pasal makhluk ni pintu,dimensi dan simbol ni semua?" Budak Min tu bertanya.

"Tu aku belajar dekat The Academy." Aku kata sambil tersenyum.

"The Academy?" Budak-dudak tu dah tertanya-tanya.

"Dahlah abaikan sekarang aku nak pecahkan korang dalam kumpulan untuk cari satu lagi pintu."

"Ok kau budak kaca mata dengan budak pendek korang satu team" Budak pendek tu buat muka meluat maybe sebab aku pangil dia pendek.

"Budak camera dengan budak sado satu team" budak dua orang tu saling bertepuk tangan.

"Mira kau dengan kawan kelas kau satu team." Adik aku dah pandang aku lain macam.

"And kau si idiot kau dengan aku" aku tersengeh dekat dia. Budak tu dah menjongketkan keningnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience