Bab 17 Iman Damia

Fantasy Completed 1714

Fiq POV

Ada sesuatu yang membuatkan aku kehairan.Bila di ingat balik masa di sekolah bila Farid cakap pasal Hutan Darma Mira dengan Farid kelihatan serious lepas itu ketika sebelum kami datang kemari Farid punyalah memberi syarat itu ini bagai seolah tempat ini begitu bahaya.

Tapi apa yang aku sedang lihat ni orang disini melayan kami dengan ramah siap dijemut dengan mesra lagi mana tanda-tanda marabahaya itu?
Sunguh besar ruang lobby di dalam bangunan academy ini berlantaikan jubin serta di tengah-tengahnya terdapat statue seorang penyihir sedang berdiri sambil memegang buku.

Kami mendaki tangga besar menuju ke tingkat dua bangunan ini kini terdapat deretan bilik tersusun mengelilingi ruang tersebut.

Kini kami berada di hadapan sebuah pintu besar yang berada di hujung tingkat tersebut. Pintu dibuka kan kelihatan sebuah ruang besar seakan pejabat dengan meja kerja panjang terhias di dalam ruang tersebut .

Pada meja itu terlihat seorang lelaki tua berkaca mata serta berjubah putih digayakan lagi tengkolok bersulam perak di atas kepalanya.

Terlihat dia sedang sibuk mentelaaah kertas-kertas kerja yang bertimbun di atas meja kerjanya. Melihat pada gayanya tidak salah lagi dialah pengetua Darma dan kami sekarang sedang berada di dalam bilik pengetua.

"Ayahnda kita ada pelawat dari luar katanya ada benda mahu dibincang dengan ayahnda." Kata penyihir Alex.

"Damien sudah aku bilang pada kau jika mahu masuk kedalam bilikku ini harus diketuk pintunya dahulu mana perginya adab yang aku ajar pada kau." Lelaki tua itu menegur sambil kaca matanya dibuka lalau di letak di atas meja.

"Maaf Ayahnda aku sudah terbiasa." Alex tersengeh malu lalau bermain dengan ekor rambutnya.

"Maaf kalian kerna harus mendengar bebelan aku tadi. Mari merapat cerita padaku apa yang kalian mahu bincang kan." Dia mempelawa.

"Begini Pengetua Darma Academy menghantar saya bersama mereka menyiasat aktiviti paranormal yang tiba-tiba menyerang sekolah pagi tadi dan kami dapat menjejak tiga pintu dibuka. Jadi kami memerlukan pembukanya untuk menutupi pintu tersebut semula." Farid menjelas.

"Jadi apa kaitanya dengan academyku ini?" Dia menyoal.

"Kaitannya setelah saya menjejak darah yang berada pada simbol pembuka ia menuju pada Academy mu ini. Kami tidak berniat ingin menuduh tetapi kami yakin di antara pelajar mu ini merupakan pesalah atas kejadian paranormal ini." Kata Farid lagi.

"Tidak mungkin pelajar ku sangup berbuat begitu. Mustahil peraturan sekolah ini pelajar tidak di benarkan keluar dari Academy sehingga tiba cuti sem mana mungkin mereka melakukan hal sebegitu. Damien apa kau tahu apa-apa tentang perkara ini?"

"Tidak Ayahnda." Alex menjawab.

"Tidak apa akan aku siasat siapa pelakunya jika dapat pelakunya aku pastikan mereka dihukum." Alex berkata lagi.

"Baiklah aku serahkan hal ini pada kau cari pelakunya." Kata pengetua Darma.

Aku memehati disegenap bilik tersebut mata aku tertumpu pada sebuah lukisan portrait besar tergantung pada dinding belakang meja kerja pengetua. Kelihatan photo family Pengetua Darma. Aku teliti sorang demi sorang sehingalah mata aku tertumpu pada sosok seorang gadis yang duduk dihadapan Alex didalam photo tersebut . Aku seolah mengenal sosok tersebut.

"Iman" itu yang keluar dari dalam mulut aku ketika itu. Mendengar kata-kata aku itu pengetua Darma sudah membut riak wajah kehairanan.

"Ekau mengenali cucu ku Damia?" Tanyanya padaku.

" Iya. Iman Damia pernah jadi kawan saya dulu." Aku menjawab. Farid dengan Mira dah pandang aku seolah menyuruh aku berhenti menjawab.
"Kawan? Macam mana kau kenal Iman anak aku itu?" Alex pula bertanya.

"Kami kawan pernah jadi kawan sekelas di sekolah dulu." Aku menjawab tanpa berfikir panjang.

"Sekolah kau kata?" Mereka berdua dah merenung kami.

"Iya sekolah." Aku bersuara lagi. Pengetua Darma datang merapat lalu menyelak hujung seluarku kini kelihatam benang merah yang tersembunyi di balik seluarku.

"Kau apa kau telah buat beraninya kau membawa manusia masuk ke Academyku ini membuatkan aku seperti orang bodoh mempercayai kata-kata kau cukup kau menuduh pelajarku kini kau bawa masuk manusia kemari tindakan mu tidak akan aku maaafkan." Penyihir tua itu kelihatan agak marah.

"Pengetua Darma maafkanku aku boleh jelaskan berilah kami peluang." Farid memohon.

"Tidak aku percaya lagi kata-kata kau. Damien hantarkan pengawal sumbat mereka kedalam penjara bawah tanah." Arah penyihir tua itu.

"Baik Ayahnda." Alex hanya menurut.
Beberapa minit selepas itu pengawal tiba dan membawa kami ke penjara bawah tanah dan kami di kurung di dalamnya.

***

Ain POV

Di sebabkan jawapan bodoh si budak Fiq tu tak pasal-pasal kami semua terkurung dekat sini boleh di katakan sudah seharian kami dikuring di dekat sini pastinya parents kami kerisauan mencari kami yang masih tidak pulang-pulang.

Dari semalam aku memikirkan tentang hal ini dan hari ini baru aku mahu bertanya.

"Wey Fiqry apa kejadahnya kau mantion pasal Iman semalam siapa Iman sebenarnya?" Aku bertanya pada budak sebelah aku tu dan dia hanya diam tidak menjawab.

"Oi aku tanya ni jawablah." Aku membaling batu kecil ke arah Fiq.

"Iyalah, aku jawab dulu aku dengan dua kawan aku Shin dengan Mal kitorang berkawan dengan Iman . Sampailah terjadi kejadian tu."

"Kejadian apa?" mendengar perbualan kitorang berdua yang lain mula mendekat dan memasang telinga .

"Kau ingat kes budak gantung diri dua tahun lepas?"

"Ingat, yang gantung diri dekat pokok belakang makmal komputer tukan?"

" Kalau kau nak tahu budak tulah Iman."

"Biar betul budak yang gantung diri tu cucu penyihir tu . Apa yang berlaku sebenarnya dekat dia?"

"Aku pun tak pasti apa yang sebenarnya terjadi yang aku tahu ada satu minggu tu Iman dia jadi depress kelaluan dia tak macam diri dia dan suatu hari kitorang dapat tahu dia gantung diri tanpa tahu punca yang jelas."

"Tragisnya kisah dia."

"Korang tak rasa ke ada yang pelik pasal ni?" Haris tiba-tiba mencelah.

"Apa yang pelik?" Aku bertanya.

"Cuba fikir balik simbol terakhir yang kita jumpa pada pokok belakang makmal komputer lepas tu simbol tu bawa kita dekat sini dan yang mengejutkan budak yang gantung diri dekat pokok tu Iman cucunya pengetua Darma adakah semua ni kebetulan atau kita dah hampir dengan pesalah yang sebenar." Kata Haris membuat teori.

" Jadi kau nak kata orang yang buat semua ni Pengetua Darma?" Mira pula mencelah.

"Tapi untuk apa?" Nad pula bersuara.

"Untuk balas dendam atas kematian Iman? Kes Iman ditutup begitu sahaja pihak sekolah pun tak nak besar-besar kan hal itu bagi menjaga nama baik sekolah dan pihak sekolah langsung tak nak ambik tahu punca Iman gantung diri." Fiq bersuara.

"Oh.. my god teori kau masuk akal bermakna pesalah berada depan mata kita dia dah tahu niat asal kita datang dari awal lepas tu set up kurang kita dekat sini oh shitt." Alip pula bersuara.

Tiba-tiba terdengar tapak kaki seseorang dari luar pagar penjara. Kelihatan Alex sedang memegang kunci penjara.

"Farid bawalah pelajarmu lari dari sini cepat sebelum pengawal datang kemari cepat pergi lari kehutan disana terdapat pintu keluar ayuh cepat." Alex membantu.

"Terima kasih uncle Alex kerana membantu." Farid berterima kasih sebelum beredar.
Kami pun dengan pantas lari keluar dari kurungan itu lalu belari ke dalam hutan .

***
"Sarah, Syahira,Syamira " tiga tubuh anak gadis muncul dari belakang seorang penyihir.

"Iya?" Salah seolah dari mereka bersuara.

"Pergi hapuskan mereka jagan sampai atukmu tahu mengenai hal ini ." Penyihir itu mengarah lalu tersenyum sinis. Tiga gadis itu hanya menganguk lalu membaca sesuatu.

Bila jasad mula menyatu,
Akan dipinjam tubuh dan rupa,
Akan di seru menjadi satu,
Lalu di ubah jasad dan rupa.

Cincin yang dipakai mereka menyala lalu ketiga mereka berubah rupa menjadi makhluk berkaki empat besar berbulu lebat serta bermata merah.

"Pergi sekarang jangan sampai mereka terlepas" arah penyihir itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience