Bab 20 Jalan keluar

Fantasy Completed 1714

Nad POV

Aku dengan Ain dah jauh ke hadapan dan tidak tahu apa nasib Haris dengan Alip di belakang. Sudah jauh juga kami belari dan satu pintu gerbang pun tak nampak. Ain dekat sebelah dah terlihat kepenatan.

"Nad aku dah tak larat ni apa kata kita berehat dulu dekat bawah pokok."

"Bagus jugak tu aku pun dah kepenat ni jomlah." Kami berdua duduk dibawah pokok berdekatan meredakan rasa penat ini. Anak tekak aku ni pun dah kering kalaulah ada air kat sini kan sedap.

"Wey... Nad kau rasa Haris dengan Alip ok tak aku risaulah kalau apa-apa jadi dekat deorang. Kita pulak hanya lari tingalkan deorang dua dekat belakang rasa bersalah pulak aku."

"Aku pun sama rasa bersalah dekat deorang lagi-lagi dekat Alip sebelum ni ada je benda yang Alip buat aku tak setuju selalu menyakat dia ada je benda tak kena tapi hari ni aku sedar walau betapa dingin aku layanan aku terhadap dia Alip tak pernah bersikap dingin dekat aku. Hari ni dia sangup hadap makhluk tu supaya kita dua dapat lepas." Aku dah mula menyesal.

"Wuuu... Kau serious takde perasan dekat dia ke...? " Siku Ain dan menyingul bahuku.

"Banyaklah kau takdenya." Muka aku dah dah merah.

"Eleh...Malu nak mengakulah tu." Ain menyakat aku. Aku nak alihkan topik aku keluarkan Telefon bimbit dari kocek sweter aku lalu aku buka buka scerenya.

"Wey Ain ada linelah dalam hutan ni . "

"So?"

"Kita boleh tanya yang lainlah apa update deorang."

"Kalau macam tu cepatlah Tanya deorang." Aku pun mulakan Voice Chat dalam group.

"Guys macam mana situasi korang sekarang ?" Aku bertanya. Beberapa minit selepas itu voice Chat lain masuk.

"Aku dengan abang Farid ok korang dah jumpa Pintu gerbang ke?" . Jelas suara dari Min menjawab. Entah kenapa hari akau rasa tak sedap risaunakan Alip dengn Haris apalahbjadi dekat deorang dua. Beberapa saat selepas itu.

"What up budak-budak bajang sekalian. Alip dengan Haris kat sini selamat dan ada budak perempuan tak sedarkan diri dekat sini ha." Hati aku rasa lega lepas dengar voice dari Alip menyatakan mereka selamat.

"Bagus korang selamat aku dengan Nad pun selamat sekarang tapi kitorang tak tahu kitorang dekat mena sekarang ni." Kata aku.

Fiq POV

Terkejut melihat tubuh berbogel di hadapan aku sekarang ni aku cepat-cepat berpusing membelakangi tubuh itu.

"Mira awak... tak pakai baju..." Kata aku malu.

"Kau... Jagan curi pandang belakang selagi aku tak suruh." Pintanya jelas nadanya malu.
Aku hanya berdiri membelakanginya menunggu di mendapatkan pakaiannya.

"Mira dah siap belum." Aku bertanya namun tiada jawapan. Beberapa minit selepas itu barulah terdengar suaranya.

"Dah siap kau dah boleh pandang belakang." Katanya. Aku pun berpaling ke belakang kini tubuhnya sudah lengkap bepakaian.

"Dah aku taknak dengar apa-apa dari mulut kau dan kau jagan sesekali bayangkan apa yang kau nampak tadi aku nak kau lupakan apa yang kau bampak faham." Arahnya.

"Ok aku tak nampak apa-apa pon." Sejujunya mana boleh aku nak lupakan apa yang dah terpar depan mata aku tadi jadi bagi jaga hati dia aku cakaplah aku tak nampak apa-apa.

"Ok kalau macam tu dah jom cari yang lain.".

"Habis dia kat sana tu nak buat apa dengan dia?" Aku tunjuk dekat sosok gadis yang sedang berbaring tak sedarkan diri itu.

"Dah tingalkan aja dia kat situ."

"Ok." Kami pun berjalan mencari mereka yang lain. Jauh juga kami berjalan dan jejak kami di ikuti makhluk hitam lampai itu.Pada mulanya aku takut juga dengan sosok makhluk tu tapi bila lama-lama aku rasa benda tu tak bahaya.

"Mira kau tahu apa-apa ke pasal makhluk kat belakang kita ni?" Aku tanya Mira sebabnya dia kan agak arif tentang dunia-dunia mistik ni.

"Untuk soalan kau apa kata kau tanya Nenek or Moyang kau pasal tu." Katanya tersenyum sinis sambil meningalkan tanda tanya buat aku.
Kami masih berjalan mencari yang lain sampailah kami melihat sosok dua tubuh duduk di bawah pokok tidak jauh dari kami .

"Nad,Ain... Syukurlah jumpa korang." Aku berlari kearah mereka berdua. Entah kenapa muka deorang macam tak gembira.

"Guys? Korang ok ke?" Kata aku. Aku melihat Nad dia menunjuk ke arah belakang tubuh aku dengan wajah ketakutan.

Aku menoleh kebelakang dan aku faham kenapa deorang ketakutan.

"Jagan takut dia tak bahaya dia datang untuk tolong." Kata aku menenagkan mereka berdua.

Farid POV.

"Kau duduk diam ye aku nak ambik sikit darah kau tahan sikit je tak sakit." Farid menghampiri budak perempuan tu lalu mengeluarkan tabung uji yang terdapat pada jeket bajunya yang tadai di serah pada budak perempuan itu.Dia tadahnya darah dari luka budak perempuan itu kedalam tabung itu tersebut.

"Ok kau boleh pergi aku dah dapat apa yang aku nak." Kata aku lalu menarik tangan Min beredar dari situ.

"Min tanya Alip dekat mana deorang sekarang." Suruh aku.

"Alip kau ada mana hantar location sini." Kata aku melalui Voice chat. Beberapa minit lepas tu location Alip dengan Haris di hantar aku dengan Min pun menuju kerarah mereka.Kami pun sampai ke lokasi Alip dengan Haris.

"Mana budak perempuan tu ." Aku bertanya pada mereka . Haris menunjuk kearah kirinya terlihat seorang lagi budak perempuan sedang terbaring tak sesarkan diri. Aku buat perkara yang sama pada gadis ini.

"Dah jom kita pergi dekat kawan korang Nad dengan Ain pulak." Aku mengajak.

***

Mira POV

Kami dekat sini menungu kehadiran abang aku dengan yang lain sampai ke lokasi kami sekarang. Dekat depan aku ada Nad dengan Ain yang masih kurang senang dengan saka yang di bawa Fiq.

15 minit dah berlalu dan akhirnya muncullah kelibat abang aku tu dengan budak-budak lain.

"Korang ok ke?" Farid bertanya.

"Kitaorang berdua ok je takde yang perlu di risaukan."

"Baguslah macam tu."

"Woi apa tu." Alip menunjuk pada makhluk hitam lampai itu.

"Aku tahu tu apa Familiar... Aku banyak kali nampak kelibat dia." Kata Farid.

"Familiar? natang apa tu?" Alip bertanya hairan dengan istilah yang dia tidak pernah dengar.

" Oh lupa pulak korang tak pangil dia dengan sebutan tu . Alah dalam bahasa mudah benda tu saka." Faris menjelas.

"Jap kalau tu saka but siapa punya." Min dekat sebelah abang aku pula menyampuk.

" Benda tu family kau punya." Jari aku menunjuk Min budakbtu dah buat muka terkejut.

"Family aku punya?" Min menyoal terkejut.

"Tanyalah Nenek moyang kau pasal tu ." Kata aku.

"Dah-dah kumpul semua jom balik ." Arah Farid
Kami pun berjalan merentasi hutan dan akhirnya kami jumpa juga pintu gerbang keluar . Kami berjalan menerusi pintu gerbang itu dan kini tubuh kami berada betul-betul di depan pintu gerbang ketika mula-mula kami masuk ke sini.

"Akhirnya kita berjaya jugak keluar dari hutan puaka tu." Jerit Alip kegembiraan.

"Gembira-gembira juga korang dapat tak darah pembuka pintu tu. Ni aku dalat dua lagi satu korang dapat tak?" Farit menunjuk dua tabung uji berisi darah.

"Abang jagan risau aku dah uruskan lagi satu." Aku mengelurkan tabung uji dari sweater aku pakai.

"Mira bila kau?" Fiq kat sebelah kehairanan.

"Adalah" kata aku sambil mengeyet mata.
Kami pun menuruni bukit mendapatkan kenderaan kami dan beredar.

***

Dari hadapan pintu gerbang sosok penyihir memandang kearah sekumpulan budak-budak bajang.

"Maaf Uncle Alex kami tewas." Kata seorang gadis yang terluka parah berdiri di belakngnya itu.

"Tidak mengapa Sarah kau dah buat apa yang boleh. Ni baru permulaan lain hari kita tengok siapa yang menang." Katanya lalu beredar lesap dari kegelapan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience