Bab 3: Kampung

Fantasy Completed 1714

Min POV

"Ok guys malam ni aku dengan team aku Budak bajang akan merungkai misteri kehilangan yang heboh belakangan ni." Min mula intro

"Kalau korang nak tahu kita sekarang ni berada di tempat katanya tempat di mana mangsa di dapati hilang." Alip pula berdialog.

"Tapi menjadi persoalannya , apakah punca kehilangan mangsa-mangsa tu semua ? Adakah mereka di culik ataupun ada campur tangan makhluk dunia ghaib ?" Nad pula memulakan persoalan.

"Dari pada info yang kami dapat dari orang sekeliling ada ura-ura yang mengatakan selalu terlihat kelibat wanita cantik merayau-rayau di kawasan ini pada waktu malam dan ada juga yang kadang-kala mendengar bunyi riuh dikawan ini walau pun kawasan ini selalunya sunyi." Ain mula memberi info yang menambahkan lagi rasa penasaran orang ramai.

"Jadi jangan tungu lagi ayuh kita melawat sendiri tempat kejadian" Min mulakan expedisi menangkap hantu.

***

Haris POV

Aku sebagai cameraman sudah pasti akan bekerja di balik layar lagi pun aku tak suka expose muka aku dekat orang ramai. Kawasan ni gelap memang gelap dan pastinya mencabar buat aku untuk merakam dalam gelap nasib teknologi sekarang cangih dengan adanya mode pelihatan malam maka segalanya selesai.

Entah kenapa aku rasa ada yang aneh dengan tempat ni takde lampu jalan kawasan sekeliling hutan dan buat aku tertanya-tanya apa yang orang buat malam-malam kat kawasan ni?

Kadang- kadang otak nakal aku terfikir juga tempat sunyi camni memang jadi pot budak-budak remaja sekarang ni hmmm... Kalian fahamkan apa yang aku nak sampaikan. Haris jangan fikir negatif ... Ok kalau betullah apa aku fikir ni maybe kelakuan deorang nilah punca penghuni kat sini marah.

Cakap pasal penghuni aku macam rasa ada orang sedang perhatikan kami dari tadi tapi aku tak boleh biarkan ketakutan mengusai . Aku cuba fokus pada rakaman dan aku rasa seolah ada yang tidak kena dengan bilangan ahli kami.

"Satu, dua, tiga, ?" Aku mula mengira dan aku rasa ada yang hilang.

"Korang... mana Min ?" Kami saling memandang sesama sendiri kebuntuan sedang apa yang sedang terjadi.

***

Min POV

Aku takde idea macam mana aku boleh berada kat sini apa yang aku tahu masa tengah record tadi aku ternampak satu simpang dengan jalan yang agak kecil tapi apa yang anehnya laluan itu cerah bercahaya .

Waktu tu ada suara irama seseorang hamming dekat telinga aku dan secara automatically aku ikut jalan tu sapailah aku kat sini.

Ok aku dah mula seram telinga aku terdengar bunyi-bunyi gamelan sedang di mainkan aku cuba menghampiri bunyi itu sampailah mata aku tertumpu pada sebuah kampung . Nampaknya mereka seolah memgadakan perayaan .

Meriah sunguh suasana perayaan tersebut aku dapat dengar suara gelak tawa anak-anak kecil gembira melihat mereka belari-lari bermain di tengah pesta. Entah kenapa suasana serta musik-musik yang di mainkan mendorong aku untuk turut serta perayaan malam itu.

Banyak makanan dekat sini orang-orang dekat sini sangat peramah mereka menyambut kehadiran aku dengan tangan terbuka. Tapi aku tetap ada rasa aneh dengan kampung ini gadis-gadis dekat sini kebanyakan memakai baju kurung dan kebaya dan lelaki pula ada yang berbaju pagoda serta bersampin palekat.

Di tangan aku kini ada sate rusa nampak sedap dengan cicah kuah kacang . Sedang aku cuba masukkan ke dalam mulut tiba-tiba pengelangan tangan aku digengam pergerakanku terhenti.

" Hey, Idiot kalau aku jadi kau aku tak akan makan tu " lelaki itu bersuara.

"Kenapa pulak?" Aku meyoal

"Kau akan tahu nanti bila kita keluar dari sini." Dia beri penjelasan.

"Leklah, pesta belom habis kot." Aku masih termakan pukau.

"Hey, idiot kau tengok sana tu " lelaki itu menunjuk ke arah pondok kecil.
Aku melihat kearah tersebut .

" Ohh.. Shit tu salah sorang budak yang hilang tu."

" So, kau masih nak lepak sini and enjoy pesta ni ? Kalau kau nak balik baik kau bertindak sekarang sebelum kau terperangkap kat sini selamanya."

Laki tu menarik tangan aku lalu kami berdua pantas melarikan diri kearah hutan berdekatan.


***

Pecubaan melarikan diri kami dapat di hidu ketua kampung tersebut. Kami di kepung oleh beberapa orang lelaki.

"Hendak ke mana kamu berdua." Seorang lelaki yang aku percaya sebagai ketua kampung.

"Kami tak sengaja melintas masuk ke kampung ini jadi izinkan kami pulang ke sebarang sana." Lelaki disebelah aku itu cuba meminta izin.

"Kami sudah membuka pintu untuk kamu seberang ke sini kamu ingat dengan mudah kamu boleh seberang keluar". Ketua kampung seolah tidak mengizinkan.

"Jadi apa yang kau nak kami buat ?" Jejaki sebelah aku bertanya lagi.

"Bernikah dengan gadis kampung ini dan tingal di sini." Ketua kampung beri cadangan.

"Sorry I'm not intresting." Dia menolak tawaran.

Ketua kampung kelihatan marah dengan jawapan yang diberikan mukanya mula berubah kelihatan bulu-bulu lebat hitam mula tumbuh dari tubuhnya matanya mula mengitam penuh. Tubuhnya mula membesar tegap dihadapan kami dan aku mula ketakutan.

"Wey, macam mana ni ?" Aku bertanya ketakutan.

"Trust me, I'll get you out from here". Katanya sambil matanya memandang tepat kearah aku lalu tersenyum manis.

"Kalau kau tetap berdegil aku akan guna cara paksa." Ketua kampung kelihatan amat marah dan mula menyerang.

Tiba-tiba dari langit malam muncul seakan burung helang menjunam laju kearah makhluk berbulu itu secara tidak langsung mengalih perhatianya.

"Jom peluang." Lelaki itu menarik tangan aku lalu pantas berlari melepaskan diri kini dapat aku lihat jalan yang aku lalui ketika masuk ke sini.

Syukur kami dapat lepas dari tempat tersebut.
Dari kejauhan dapat aku dengar suara rakan-rakan ku memangil-mangil nama ku .

" Min..."

"Min..."

"Min.."

Aku terus berlari kerah suara itu mendapatkan rakan-rakan ku.

" Min mana kau menghilang puas kitorang cari kau buat kitorang risau je." Aku memeluk Alip

"Guys korang mesti takkan percaya aku hampir terperangkap dekat kampung bunian tadi".

"Jap kau kata kampung ?" Ain bertnya.

" Ya... Kampung. like kampung bunian." Aku menjawab.

" Seram aku di buatnya setahu aku takde sebarang kampung dekat-dekat sini." Ain mula meremang.

"How kau dapat keluar dari situ?" Nad pula menyoal.

" Dia selamatkan aku" aku menoleh kebelakang dan jari terunjuk aku seolah menunjuk seseorang.

" Kau maksudkan siapa Min? takde sesiapa pun kat situ ." Alip kebingungan.

Kelibat lelaki tadi sudah tidak kelihatan siapa dia ? Dia pergi bergitu sahaja aku tak sempat nak ucap terima kasih hope aku dapat jumpa dia lagi.

"Min... Maaf bertanya apa kat tangan kau tu ?" Haris mula bersuara.

Kelihatan sate yang dari tadi di tangan aku itu berubah menjadi daging mentah dengan darah merah pekat pada isinya sate beberapa ulat kecil dapat dilihat di atas permukaan daging itu. Melihat rupanya membuatkan aku rasa ingin muntah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience