Bab 7 Pintu

Fantasy Completed 1714

Farid POV

"Nasib sempat lari ...kenapalah siang-siang macam nilah natang semua tu nak buat hal." Aku duduk dekat atas bumbung bangunan sekolah memerhatikan sekumpulan manusia yang sedang sebuk mengurus budak di rasuk dekat tengah-tengah perhimpunan itu.

"HEY, BROTHER ! Apa kau buat pagi-pagi ni kat sekolah aku ni?" Adik aku Mira yang entah muncul dari mana menegur aku nasib aku tak terperanjat.

"Hmmm... Academy hantar aku suruh tengok-tengok apa jadi." Aku menjelas.

"Kalau Academy hantar kau maknanya ada something tak baiklah kan?" Budak tu dah buat muka curious.

"YE ...ADIK KU SAYANG , pandai adik abang sorang ni." Aku mula mencubit pipi gebu adik aku tu.

"Ouch... Sakitlah". Budak tu cuba menolak tangan aku.

"Tahu pun sakit . Dah memang jelas lagi bersuluh yang sekolah kau ni dalam masaalah tengoklah kat bawah tu baru sikit tu habis kecoh satu sekolah."

"Farid sebanarnya bukan satu je masaalahnya..." Adik aku tu cuba nak cakap sesuatu penting.

"Apa yang kau nak cakap ni ?"

"Sebelum jadi kerasukan kat bawah tu aku dah urus satu lagi masaalah lain."

"Ok explain please." Aku meminta penjelasan.

"Member kelas aku kena rasuk jugak dekat belakang bangunan F . Mulanya benda tu nak masuk kawan dia lagi seorang tapi ada benda yang tak benarkan dia masuk jadi dia guna kawan dia sebagai ganti. Tapi kau jangan risau yang tu aku dah urus." Adik aku jelas panjang.

"Patutlah Academy suruh aku cepat-cepat tengok apa jadi . Pihak Academy dapat mengesan ada Tiga pintu di buka dekat sekolah ni."

"Seriouslah Tiga pintu parah ni." Terbelik biji mata budak tu bila aku cakap ada Tiga pintu .

" Iya jadi baik kita cari pintu tu tutup dia sebelum bertambah lagi kes kerasukan dekat sekolah ni."

"Ok" adik aku tunjuk simbol ok .

"Mira kau tahu tak siapa budak tu ?" Aku menunjukkan kearah tapak perhimpunan. Entah kenapa aku nak tahu pasal budak tu tak kena pada situasi. Mira hanya angkat bahu tanda dia tak tahu.

***

Min POV

Aku menoleh kiri kanan meninjau seluruh ruang yang ada dekat tapak perhimpunan seolah mencari seseorang.

"Alip kau nampak tak lelaki yang tiba-tiba muncul tadi mana dia menghilang?"

"Haahlah pelik jugak dia muncul entah dari mana lesap pun entah macam mana. Kenapa kau kenal ke dia ?"

"Aku rasa macam aku pernah jumpa. Ok jap Haris." Aku tetiba dapat idea.

Aku berlari pantas mendapatkan Haris di ikuti Alip dari belakang.

"Haris kau dapat rakam tak kejadian tadi ?"

"Aku mestilah dapat saat-saat epic macam ni gila kau kalau tak dapat rakam."

"Bagus." Aku terus rampas kamera dari tangan Haris lalu aku mainkan video yang dia rakam tadi. Haris dengan Alip buat muka pelik dengan tindakan aku.

Aku berhenti pada lelaki tu wajahnya tidak terlihat jelas kerana video dirakam dari jarak jauh tetapi aku seolah cam dengan bentuk tubuh tu aku mainkan video semula. Dalam video itu selapas perempuan yang dirasuk itu ditangkap 10 orang lelaki kelibat lelaki misteri itu masih ada di situ beberapa saat selepas itu tumpuan semua orang beralih kearah kumpulan 10 lelaki berserta perempuan dirasuk itu dan waktu itu lelaki misteri tiba-tiba lenyap.

Aku seperti tak percaya kali ini aku mainkan video dalam gerak perlahan dan apa yang mengejutkan aku lelaki itu bukan menghilang tetapi berlari dengan pastas menerusi orang-orang di situ.

"Wow... Lajunya . Patutlah orang tak perasan dia hilang." Aku terkejut

"Ni tangkapan baik... fenomena Anomali apakah ini? " Alip bergitu teruja.

"Persoalanya siapakah dia?" Haris bersuara.

"Aku rasa aku pernah jumpa dia waktu malam hari tu. " Aku mula mengecam sosok tubuh tu.

Melihat bentuk fizikalnya yang berketinggian kira-kira 170cm serta tubuh sederhana tidak terlalu berotot namun sedang bagi tubuh seorang lelaki ditambah juga rambutnya hitam di potong pendek dan kumis nipis pada wajahnya yang buat aku yakin dialah lelaki yang selamatkan aku tempoh hari .

"Jadi apa kita nak buat dengan lelaki tu ?" Alip excited.

"Jom kita tangkap dia." Aku mengajak.

"ON." dua budak lelaki dekat sebelah aku menjawab serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience