Bab Extra

Fantasy Completed 1714

Fiq POV

Malam tu kami berjaya pulang dan sudah semestinya kami perlu menjawab segala persoalan tetang kehilangan kami kepada ahli keluarga. Sudah semestinya lah kami perlu berbohong kami hanya memberitahu yang kami sesat dalam hutan dan tidak menceritakan detail mengenainya.

Malam tu kami terus ke sekolah untuk menutup semua pintu yang ada.

"Ok ni pintu terakhir harap kejadian macam ni tak jadi lagi." Farid menitiskan darah ke atas simbol tersebut lalu membaca sesuatu.

Mengoyak ruang dan waktu,
Mengoncang keseimbangan dua alam,
Dengan tawar darah dariku,
Akan tertutupnya pintu dari dua alam.

"So benda ni dah tamatlah dah takde ganguan macam rasuk-rasuk tukan?" Kata Alip.

"Hmmm... Tentang tu actually masa pintu ni terbuka kita tak tahu berapa banyak makhluk dari alam sana dah merintas ke alam ni dan berapa banyak perumah dah mereka dapatkan so yang hal tu serahkan je dekat orang-orang dari Academy." Kata Farid.

Aku merenung pokok besar itu otak aku mula mempersoal mengenai kematian Iman Damia.

***
Seminggu dah berlalu dan tiada seorang pun dari kami buka mulut mengenai hal malam tu. Dalam seminggu ni jugalah aku sudah mula rapat dengan Mira.

Dalam seminggu ni jugalah aku cuba nak cakap dengan opah mengenai makhluk hitam lampai yang selalu mengekori aku dengan Min .Tapi sampai ke hari ini aku masih belom berpeluang menanyakan mengenai hal itu. Jadi hari ni lah masanya untuk aku menanyakan tentang hal tersebut.

Aku menuju ke arah dapur dimana opah aku ni banyak habiskan waktu-waktunya di dapur membuat Tapai untuk di jual kepada penduduk kampung.

"Opah... Fiq nak tanya sesuatu boleh?"

"Shhhh... Opah kan dah cakap jangan bercakap bila opah tengah buat tapai nanti rasa tapainya tidak manis ." Kata opah aku .

Tulah pantang larang opah aku dia cukup pantang kalau masa dia buat tapai orang bercakap atau berbuat bising katanya nanti tapainya tidak jadi dan hilang rasa manisnya. Dan sekali lagi aku tak berjaya nak tanya kan tentang hal itu.

***

12 tengah malam.

Malam ini aku terjaga lagi aku turun dari anak tangga menunju ke arah bilik air yang berada di hujung rumah . Aku mengintai di balik jaring tingkap kearah kebun kelapa sawit di belakang rumah itu. Seperti biasa aku dapat lihat Opah berhalan memasukill kebun itu.

Aku apa lagi mencari-cari kunci pagar rumah Opah aku ini tapi malangnya aku tak jumpa.
Aku terfikir tak mungkinlah Opah aku ni sorok kunci pagar pulak . Kalau macam tu Opah aku ni dah kira melampau. Aku tak putus asa di sini aku terus menuju kearah pintu hadapan rumah Opah aku tu mana tahu Opah aku lupa kunci pagar.
Nampaknya sangkaan aku tepat Opah aku lupa kunci pagar . pintu pagar tak terkunci aku apa lagi redah keluar rumahlah waktu-waktu macam ni suasana malam gelap tetapi sinar bulan memancar serta jutaan kelipan bintang berkelip dilangit malam.

Aku tak sangka malam ini sangat sejuk habis meremang bulu roma aku kesejukan. Aku mulai sedar keadaan diluar rumah itu berkabus . Alah tu biasalah waktu malam memang selalunya berkabus.

Aku memang nak tahu apa yang ada dekat dalam kelapa sawit belakang rumah Opah aku ni sebabnya Opah aku ni beria-ria melarang kitaorang semua bermain dibelakang rumah ini sebabnya katanya bahaya main dekat dengan hutan maklumlah belakang rumah opah aku tu sememangnya hutan.

Aku menuju jauh kedalam cuba melihat apa yang opah aku cuba sembunyikan dari kami.

“Rumah kecil dekat dalam kebun kelapa sawit ?” Aku berkata kehairanan.

Tiba-tiba daun pintu itu dipulas itu menandakan ada seseorang mahu keluar dari pintu itu. Aku dengan gelabahnya cepat-cepat lari menyorok dekat belakang pokok kelapa sawit.

Aku mengintai-intai disebalik pokok kelapa sawit itu melihat siapakah gerangan manusia yang keluar dari sebalik pintu itu. Dah lama menunggu akhirnya kelibat tersebut muncul disebalik pintu itu kelihatan kelibat Opah aku keluar dari pintu itu.

“Opah apa dia buat malam-malam buta ni ? sebelum ni punyalah beria-ria suruh kitaorang supaya jangan keluar malam katanya ada jembalanglah tak eloklah tapi apa pulak yang nenek aku buat malam-malam ni ?” Kehadiran nenek aku itu menjadi tanda-tanya buatku.

Sebaik sahaja nenek aku beransur pergi aku cepat-cepat menuju kearah pintu itu lalu aku membukanya kelihatan tangga menuju ketingkat bawah tanah. Aku melangkah menuruni anak tangga itu sehingalah aku sampai ketingkat bawah . kelihatan papan tanda tertulis dalam jawi. Nasib baik aku belajar di sekolah agama jadi aku faham apa maksud tulisan itu ianya tetulis Pustaka Dunia Gelap.

Betapa terujanya aku masa itu bila aku nampak satu ruang yang amat menakjupkan. Ruang dibawah itu diterangi dengan cahaya oren datangnya dari api pelita mencerahkan seluruh ruang bawah tanah itu menampakkan rak-rak kayu yang diatasnya tersusun deretan buku-buku lama.

Terdapat satu meja kayu ditengah-tengah ruang itu berserta kerusi kayu . Diatas meja itu terdapat sebuah buku tebal disisinya terdapat bekas dakwat serta bulu pelepah yang berfungsi sebagai pen.

Aku duduk dia atas kerusi kayu itu lalu mencapai buku tebal diatas meja itu aku membelik-belik buku itu kelihatan kulit buku itu berwarna hitam dan diatasnya terlihat satu simbol seakan seekor polecat dan pada permukaan kulit buku itu tidak bertajuk. Aku membuka helayai pertama buku itu .

Aku meneliti halaman itu mata aku tertumpu pada nama Khatijah Yusuf tidak silap lagi itu nama Opah aku dan di situ jelas menunjukkan opah aku merupakan penulis buku ini. Dalam fikiran aku tidak hairanlah opah aku selalu membuat cerita-cerita karut untuk di cerita dekat kanak-kanak kat kampung ni .

Apa yang membuatkan aku tertarik pada bahagian pencetakan di situ tertulis bahawa buku itu di cetak oleh A.S.A.M Academy Sdn. Bhd. Dalam benak fikiran aku aku tidak pernah sekali pun aku mendengar tentang nama company itu.

Aku membuka helayian kedua buku itu kelihatan Satu tajuk pada muka surat tersebut ia tercatat ‘Permulaan Dunia di balik bayang : Sejarah Keris Naga’ . Belum sempat untuk aku membaca halaman itu tiba-tiba aku terdengar bunyi seakan-akan ada seseorang turun dari tangga.

“Tolonglah bukan Opah kalau tak masak aku nanti” kata aku kerisaun. Mata aku melihat pada dinding di hadapan aku bayangan mula kelihatan maklumlah ruang itu di terangi dengan lampu lilin cahaya lampu itu membiaskan sosok bayangan aku sangkakan sosok itu sosok Opah ku namun sangkaan aku salah rupa bayangan itu kelihatan berbeda dengan tubuh manusia.

Bayangan itu seakan-akan memiliki tubuh yang berbulu . Aku dah berpeluh ketika itu. Titisan peluh mula mengalir dari atas kepala ku . Bulu roma aku dah mula naik badan aku dah mula mengeletar aku mula menarik nafas dalam-dalam apabila bayangan itu seakan-akan menghampiri diriku aku mecapai cawan kaca yang ada di atas meja itu lalu memejamkan mata dan mula mengira “1,2,3” dengan pantasnya menoleh kebelakang untuk menyerang sosok itu .

Sebaik sahaja aku menoleh ke belakang tidakan aku terhenti “ Haiss… si Hitam rupanya ingat apa tadi terkejut aku dibuanya .” aku mencapai si Hitam lalu mengangkatnya dan merapatkan wajahku kearah si Hitam “ Kau nilah buat aku terkejut je nasib aku tak lempar cawan kaca ni kat kau kalau tak dah tercedera kau tadi tahu tak.” Kata ku .

Si Hitam merupakan Polecat peliharaan Opah dan opah selalu biarkan dia berkeliaran bebas. Aku tak tahulah apa yang si hitam ni buat malam-malam buta ni .


-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience