Bab 13 Familiar

Fantasy Completed 1714

Mira POV
Mata merah saga dapat aku lihat mengintai dari segenap ruang bilik darjah sedang memerhati kami berdua tapi aku tidak perlu khawatir sebabnya benda tu tak berniat untuk mengapa-apakan kami.

Benda tu? apa yang aku maksudkan?

Pada awalnya aku berfikir makhluk gelap tinggi bongkok serta berkuku tajam itu musuh dan mungkin pembawa marabahaya bagi kami tapi bila aku teliti gerak gaya dia aku sedar dia hanyalah makhluk 'familiar' yang di tugas untuk monitor and protect.

Familiar ? Apa tu ? Ok kalau korang pengemar film or cerita-cerita ahli sihir pasti perkataan ni sudah menjadi kebiasaan buat korang . Sebagai contoh dalam series Chilling Adventures of Sabrina dia ada bela seekor kucing hitam yang bernama Salem and actually makhluk tu adalah familiar yang tugas dia untuk protect Sabrina.

So nak pendekkan cerita makhluk yang aku tengah nampak ni lebih kuranglah cuma orang dekat alam ni tak sebut makhluk tu sebagai familiar tapi SAKA.

Aku rasa macam ada benda tak kena entah kenapa renungan mata makhluk tu tajam tepat pada diri aku. Sepertinya andaian aku silap tentang tak perlu risau akan di apa-apakan sebabnya aku dapat rasakan benda tu tengah marah.

Ya... dan kali ini firasat ku tepat. Makhluk tu pantas menghampiri kami tepat dia berdiri di hadapan aku. Oleh itu, langkah aku secara tidak langsung terhenti . Wajahnya merapat jelas kedengaran dengusan nafasnya serta dapat aku lihat wap hitam pelahan-lahan keluar dari ronga hidung serta mulutnya.

Argh... bau hanyir dan meloyakan yang keluar dari mulutnya membuatkan aku rasa mahu muntah namun aku terpaksa menahan kerana tidak mahu Fiqry yang berada disebelah aku ini berasa bimbang dengan tingkah laku aku yang pelik sekarang ini.

Aku hanya beriaksi normal terus berjalan seperti biasa seolah-olah aku tak nampak dia dan seperti tiada apa yang berlaku. Aku faham benda tu angap aku sebagai ancaman buat Fiqry sebab mungkin dia dapat mengesan aura aku jadi dia angap aku bahaya dan akan mengapa-apakan budak ni.

Sepertinya agak bahaya untuk aku duduk dekat dengan budak ni 'congrats Mira now you have hater." Jadi untuk aku elak dari situasi ni aku kena bawak budak lelaki sebelah aku ni pergi jauh.

"Fiqry kau percaya aku kan? ." Aku tersenyum palsu.

"Ya? Kenapa?"

"Bak tangan kau." Budak tu dah buat muka pelik.

"O...k." dia teradak-agak menghulurkan tangannya.

Aku pun mengeluarkan seutas benang merah dari dalam kocek seluar ku lalu mengikat benang merah itu mengelilingi gelang tanganya.

"Ok done . Dah jom." Aku mengajak lalu mencengkam tangan dia dan dengan pantas tangannya aku tarik agar tubuhnya mengikut aku melarikan diri dari situ.

***
Haris POV

Malam ni suhu agak dingin walaupun tubuh ku di selubungi sweater berhud namun kedinginan malam tu tetap dapat meyusup masuk ke dalam ronga-ronga kulit aku. Macam biasa malam sebegini sunyi sepi dan hanya bunyi nanyian cengkerik saja yang menjadi melodi bagi memecah kesunyian malam.

Camera ditangan aku guna merakam keadaan bangunan-bangunan sekolah dari arah Padang sekolah. Keadaan banguan-bangunan yang kelihatan gelap dan suram aku rakamkan dari satu block ke satu block yang lain terus merakam kini kamera ku menghala pada arah surau sekolah lalu bergerak lagi terus ke arah pondok serta beberapa meja bulat di bawah pokok dan terus bergerak merakam suasana laluan perjalan kaki lima yang terlihat gelap dan suram camera ku aku hala kearah kantin pula yang berada bersebelahan dengan kaki lima sekolah.

Tiba-tiba tangan aku dihentikan tepat lurus pada arah kantin aku menghentikan langkah aku kaku .

"Haris apsal kau berhenti ?" Alip bertanya.

Aku mendekatkan jari telunjuk pada diri aku. Lalu aku penunjuk pada screen camera ku.

"Apa?" Alip pun mendekat melihat pada Sceren camera aku.

"Ohh... shitt." Budak tu menutup mulutnya dengan telapak tanya.

Apa yang kami lihat sebenarnya ? Pada kaca Screen camera aku kami dapat lihat sosok tubuh beruniform lengkap tidak berkepala berdiri tidak jauh dari kami.

Aku cuba untuk tidak melihat pada screen camera dan hasilnya tiada sebarang sosok tubuh tidak berkepala di hadapan kami.

Bulu roma aku dah mula menegak rasa kedinginan dah mula terasa mencengkam. Kini dapat kami dengar suara derapan tapak kaki seolah sedang berkawad berhampiran kami.

"Haris tengok tu ." Alip menunjuk pada Screen camera ku.

Kini tubuh tidak berkepala itu seolah menunjuk pada suatu arah. Aku pun mula teliti arah yang ditunjukkan dan tempat itu adalah makmal komputer yang berada belakang kantin sekolah.

"Wey dia nak kita pergi sanalah." Aku berbisik pada Alip.

"Seriouslah Makmal tu ...seram kot kau tak ingat ke dua tahun lepas ada kes budak gantung diri dekat belakang makmal tu creepy kot. "

"Sekarang ni kau nak creepy dengan makmal tu ke ? Kau nak creepy dengan makhluk depan kita ni ha?"

"Dua-dua boleh tak kita lari pergi tempat lain."

"Alah kau harap je sado tapi pengecut dah jom pergi sana mana tahu apa yang kita cari ada dekat sana."

Kami pelahan-lahan melintasi makhluk tidak berkepala itu .Sebaik sahaja kami melepasi makhluk tu apa lagi kami berdua lari lintang pukang menaiki anak tangga menuju ke arah Kantin.

Langkah kami cepat kearah Makmal komputer belakang kantin. Kami berdua perlahan menuju belakang Makmal tersebut kini kelihatan satu pokok besar yang juga pernah jadi tempat budak gantung diri.

Aku menghala camera aku kearah pokok tersebut tiba-tiba screen camera ku terpadam dengan tiba-tiba . Aku menekan-nekan punat pada camera tersebut namun tidak dapat dibuka seolah ada yang menghalang.

"Jom pergi dekat."

Dengan lampu suluh di tangan Alip kami mencari simbol yang kami sedang cari dan akhirnya...

"Checkmate..." Alip bersuara sambil memerik jari.

"Ok Guys aku dengan Haris dah jumpa." Alip buat Voice dalam group WhatsApp.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience