Bab 14 Berita

Fantasy Completed 1714

Fiq POV

Aku agak terkejut bila Mira tarik tangan aku dalam masa yang sama jantung aku tiba-tiba berdegup kencang di tambah pula wajah aku sudah hampir kemerahan malu mungkin bila ada gadis secantik Mira sekarang ini sedang memegang tangan aku. Aku pun tak tahu apa yang aku sedang rasakan sekarang adakah aku dah jatuh hati dekat budak kelas aku ni?

“Fiq.” Aku tidak mendengar mungkin aku masih mengelamun dengan perasaan aku ini. Entah kenapa bila aku memandang dia sekarang seolah aku berada dalam alam fantasi mata aku dapat melihat bunga-bunga serta beberapa ekor rama-rama berterbangan ditambah pula melodi romantis bermain di kuping telinga ku.

“Fiq!” Kini nada suaranya deras.

“ya…” aku gelabah terjaga dari lamunan.

“Kau kena tolong aku sekarang ni Fiq”

“Tolong apa?” aku bertanya kehairanan.

“Tengok belakang kau”.

“Oh… my Tuhan…” aku terkejut tak percaya apa yang aku sedang lihat ni.

Tubuh tinggi gelap sedang mengejar kami dari belakang . Tubuhnya lampai matanya agak merah giginya tajam serta terdapat wap hitam keluar dari rongga mulutnya seakan wap dari nafasnya.

“Macam mana aku nak tolong ni …”

“Suruh dia jangan kejar sekarang .”

“Kenapa aku?”

“Buat ajalah… jangan banyak bunyi .”

“OKlah…”

Aku berpaling kebelakang dengan tabahnya aku depakan tangan aku kehadapan sambil mata aku pejamkan mengelak dari bertembung mata dengan makhluk tu.

“Stop! jangan datang dekat.” Sunguh jelas aku tidak cukup keyakinan untuk berhadapan dengan makhluk tu habis terketar-ketar kaki aku dibuatnya. Kini aku memberanikan diri untuk membuka mata.

Ajaib sosok gelap tu berhenti betul-betul dihadapan aku. Menarik macam mana dia boleh menurut arahan dari aku. Mari aku cuba ini bagi menjelaskan teori aku.

“Duduk.” Jari telunjuk aku gerakkan memberi arahan duduk. Sekali lagi makhluk itu mengikuti arahan aku tubuhnya direndahkan lalu duduk memberi hormat.

“Wow,see Mira dia ikut arahan aku ehehehe…” aku teruja.

“Dah stop bermain suruh dia balik cepat.” Budak perempuan tu mula rolling eyes.

“Kau balik.” Kini jari telunjuk aku memberi arah pulang pada makhluk tu. Kini tubuh itu bangkit lalu lesap begitu sahaja dan hanya meningalkan kepulan asap hitam.

“Dah bak sini tangan kau.” Mira menghulur tangan dia.

“Nak buat apa?”

“Aku nak balik benda tu.” Mira menjeling pada ikatan benang pada pengelangan tangan aku.

“Nope, benda dah bagi mana boleh ambik balik beruk siku.” Tangan kiriku menutupi pengelangan tangan aku yang terikat benang merah lalu aku rapatkan tangan kanan ku kearah dada sambil tersenyum.

“Lantak kau lah… ha ambik simpan kalau jadi apa-apa kat kau karang jangan menyesal pulak.” Katanya seolah mengugut.

“Ok,ok nah ambik.” Aku hulurkan tangan kanan ku kearah Mira. Gadis itu kini menbuka ikatan pada pengelangan tangan aku lalu memasukkan benang merah itu kedalam kocek seluarnya.

Tiba-tiba kocek seluar aku bergetar kedengaran muzik ringtone telephone bimbitku berbunyi aku cepat-cepat mengelurkan telephone itu dari dalam kocek seluar aku lalu menjawabnya.


***

Min POV

Aku dengan Farid bergegas kelokasi Alip dan Haris berada sebaik sahaja mendengar chat voice dari Alip tadi. Sampai saja aku dekat belakang makmal komputer belakang sekolah itu sudah kelihatan Nad dan Ain yang juga baru sahaja sampai.

“Min mana sepupu kau dengan budak perempuan tu?” Alip menyoal.

“Tak tahu tapi bukan deorang dua takde dalam group chat ke?”

“Haahlah lupa pulak aku.”

“Jap aku call Fiq.” Aku mengelukan telephone bimbitku lalu menelefon sepupu aku itu.

“Hello…” terdengan suara garau anak jantan sah itu sepupu aku yang menjawap.

“kitorang dah jumpa dekat belakang Makmal komputer sebelah kantin ni ha datang sini cepat.”

“Ok aku dengan Mira gerak sekarang.” Aku mematikan call dan kami pun menungu kedatangan mereka berdua.

Setelah beberapa minit sepupu aku tu dengan rakan kelas dia pun sampai jadi bermulah kisah kami menutup pintu.

“So how kita nak tutup pintu ni?” aku bertanya sambil menoleh kearah lelaki tampan di sebah aku itu.

“Hmmm… actually kalau nak tutup pintu tu we need blood from siapa yang bukak pintu tu.”

“what? So malam ni cuma sia-sialah?” Ain bersuara.

“Tak jugak malam ni kita dapat jejak ketiga-tiga pintu tu jadi kerja kita dah mudah.” Adik Farid pula bersuara.

“Jadi kita nak buat apa sekarang? pergi kejar orang yang buka pintu tu lepastu ambik darah deorang or nak kena tunggu deorang datang serah diri ke… macam tu?” Ain bersuara lagi. Kami yang lain hanya terdiam.

“Iyup…kita akan pergi kejar deorang.” Dalam ketegangan itu Farid menjawab mesra siap tersenyum lagi.

“But how? Bukan senang-senag je kita oleh tahu siapa yang buka pint utu.” kini Nad pula bersuara.

“Sebenarnya kita boleh.”

“Tapi macam mana?”

“Nampak Simbol tu masih ada darah pembuka pintu itu dekat situ jadi dengan itu aku mampu menjejak lokasi pelakunya see this…”

Farid merapatkan telapak tanganya pada ukiran simbol pada batang pokok tersebut lalu matanya di pejamkan. Lebih kurang dua minit dia dalam posisi itu kelihatan peluh sudah mua jatuh dari dahinya kini dirinya tersedar dalam keadaan kelelahan.

“Mira kita ada berita tak baik.” Farid merenung Mira dan berkata.

“Apa dia?” Mira bertanya.

“Hutan Darma…” kata-kata itu keluar dari mulut Farid kini jelas pandangan serious terpancar dari balik wajah mereka berdua.

Menjadi persoalanya di mana letaknya Hutan Darma dan apa yang bahaya dengan hutan tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience