Bab 4 : Crush ?

Fantasy Completed 1714

Fiq POV

Dalam kelas 5 Equity.

"Kring...kring.. " bunyi loceng menandakan waktu rehat dah pun berbunyi dan kepala aku masih lagi tepu dengan segala formula serta kira-kira dari kelas akaun Sir Razak tadi.

"Ok kelas esok pagi saya nak kamu semua hantar kerja yang saya bagi hari ni. Saya nak ledger, Trial balance ,Adjusted Trial balance dengan Financial Statements legkap atas meja saya esok ada faham ...?" Sir Razak memberi arahan.

"Baik sir Razak" satu kelas pun menyahut walaupun tak redo.

Sesunguhnya subjek ni dalah mata pelajaran yang aku kurang gemar percayalah bukan aku sorang je yang tak suka subjek ni. Mudah je nak kenal budak akaun kat sekolah ni tengok je meja deorang . Korang akan nampak bersepah kertas berselerak atas meja.

Aku bersandar pada kerusi kedua tangan aku angkat lalu aku regang-regangkan lenguh menulis. Lalu aku pandang meja di sebelah kanan aku kelihatan Mal budak berkaca mata sedang tekun menyiapkan kerja yang diberikan Sir Razak.

"Fiq kau tahu tak aku dari tadi dok perhati si budak Mira tu " budak lelaki di meja belah kiri aku pula bersuara.

"Gapou dio Shin?"

"Taklah Si Mira tu dari tadi aku tengok dok usha-usha kau je sepanjang kelas tadi"

"Merepeklah kau Shin."

"Hmmm... Kau tak rasa ke dia ada crush dekat kau lagi pun kau helok kot."

"Kau ni kau sendiri tahu budak tu tak suka bergaul dengan orang takde maknanya dia nak ada crush dekat aku ni ha ." Sesunguhnya muka aku dah Merah.

"Aku ada idea , apa kata kau acah-acah toleh belakang tengok dia ." Si budak Shin tu kasi idea.

Aku pun apa lagi saja toleh belakang dan apa yang aku nampak si budak Mira tu asalnya pandang kearah aku bila nampak aku toleh pandang dia cepat-cepat dia acah-acah buat kerja akaun atas meja dia.

"Tengok Mal apa aku cakap betul kan ?" Shin cuba menghasut.

Mal tak mengendahkan kata-kata Shin mata dan tangan dia tetap tekun mengira.

"Dahlah jom pi rehat , Mal tak payah buat-buat rajin dah jom rehat aku lapar." Aku mengajak .

Mira POV

Tubuh aku masih terkesan gara-gara nak selamatkan abang aku tu. Aku tak fahamlah kenapa dia nak meresikokan diri dia sebab nak selamatkan budak tu . Nasib dia pujuk aku dengan belikan aku baju baru kalau tak memang tak bercakap aku dengan dia seminggu.

Ok sekarang ni sesungunya aku dalam kelas Sir Razak sedang menyerap segala ilmu yang dia sedang terangkan dekat depan tu . Nak kata faham taklah seratus peratus aku faham tapi bolehlah aku serap sikit ilmu tu dalam otak.

Pandangan aku mula meliar memerhati budak kelas aku yang kebanyakanya pura-pura mengikuti kelas tersebut . Aku duduk di meja belakang kelas jadi aku boleh nampak semua orang yang ada dekat dalam kelas tu.

Pandangan aku mula terhenti pada sosok budak lelaki dalam kelas tu dan setahu aku nama budak tu Fiqry .

Aku perasan budak sebelah dia tu tengah pandang-pandang aku. Sesunguhnya aku tahu apa yang bermain dalam fikiran dia.

Korang percayalah apa yang budak tu fikir tak sama dengan apa aku tengah nampak ni. Persoalanya aku nampak apa?

Aku dapat lihat bahagian belakang sosok tinggi hitam berdiri membongkok di belakang si budak Fiqky itu . Aku memandang makhluk itu lama cuba mengenal detail tubuh makhluk itu.

Kukunya tajam tubuhnya gelap bagai bayang dan sosoknya tinggi lampai namun dia membongkok.
Dan aku rasa aku pernah nampak sosok ini sebelum ini.

"Iyalah ... Aku dah ingat" .

" Makhluk tu lah aku nampak waktu aku nak selamatkan abang aku malam tu dia bersembunyi dekat balik pokok berhampiran sambil memerhati kearah abang aku dengan budak tu."

Ohh... Shit budak Fiqry tu toleh kearah aku kini makhluk itu turut serta menoleh kearah aku kini aku dapat lihat matanya yang merah saga serta makhluk itu tersenyum kearah aku kini aku dapat lihat gigi tajam dari dalam mulutnya .

Aku tidak mahu makhluk tu mengesan aku lalu aku pura-pura menyiapkan kerja yang sir Razak berikan bagi mengalih perhatian makhluk tu dari mengesan aku.

Budak tu dengan kawan-kawanya mula berangkat keluar kelas juga di ikuti makhluk itu dari belakang aku berasa kurang senang jelas makhluk tu nak sesuatu dari budak Fiqry tu.

Patut ke aku masuk campur ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience