Bab1 Opah

Fantasy Completed 1714

Fiq POV
Hai guys ... nama aku Fiqry Hakim orang pangil aku Fiq . Sesunguhnya aku taklah terlalu tua dan taklah terlalu muda sebab aku dah 17 tahun ya dan SPM aku tahun ni .
Ok kenapa ada ramai orang dekat rumah opah aku sekarang ? So jawapanya senang sahaja masa melawat family . Ok aku tingal dengan Opah sebab Mama aku kerja jauh lagi pun dia kata bolehlah aku teman opah lagi-lagi opah aku sekarang Single . . . Jadi beginilah kisah aku terjebak dekat rumah opah. Hari ni hari minggu jadi adik beradik mak aku akan datang melawat Opah jadi meriah lah rumah ni .


***
Aku terjaga dari tidur akibat mimpi buruk yang baru sahaja aku alami tadi habis basah baju aku dek peluh. Aku memandang arah jam pada Screen telefon aku menunjukkan jam 12 malam. .

Aku bangun dari tilam tempat aku tidur maklumlah rumah kampung tidur atas tilam secara berjemaah adalah perkara biasa apa bila duduk dirumah kampung ini.

Aku capai tuala mandi dan baju buat persalinan . Aku turun dari tangga rumah menuju ke arah bilik air untuk mandi. Aku perlu melalui dapur dahulu barulah aku dapat menemui bilik air yang terletak paling belakang sekali.

Usai mandi aku pun memakai pesalinan dan keluar dari bilik air . Tiba-tiba aku seolah-olah mendengar sesuatu dari luar rumah . Aku mengintai di balik tingkap berjaring dari ruang belakang rumah itu.

Apa yang aku dapat lihat adalah pemandangan belakang rumah yang merupakan kebun kelapa sawit . Aku terus memerhati melihat sekeliling mencari bunyi tersebut datangnya dari mana ?

Tidak lama lepas itu aku melihat kelibat seseorang keluar dari kebun itu.

"Opah ?" . Fikiran aku mempersoalkan apa yang di buat wanita tua itu di tengah malam buta ini?.


***

Min Pov


Today

"Min kau datang x mlm ni"

"Kitorang tunggu dekat tempat biasa"

"Jangan lupa bawak apa yang patut malam ni katanya tangkapan besar"

"OK Aku otw ni "

Aku membaca chat WhatsApp aku yang asyik masuk dari tadi sambil tangan aku sibuk menyediakan barang-barang keperluan aku untuk pergi memburu . Aku keluar rumah diam-diam tak nak kejutkan parents aku .

Macam biasa aktiviti malam aku ni sudah semestinya tidak diketahui oleh mereka.
Aku pelahan-lahan menuju kearah 125 kuning milik aku dan secara tidak sengaja mata aku melihat sosok tubuh seseorang menuju ke arah belakang kebun kelapa sawit.

"Oi... Fiq kau buat apa malam buta dekat belakang tu? " Aku menegur sepupu aku itu.

"Oh... Pocot terkejut aku " terkejut budak tu bila aku sergah dia dari belakang.

" Wey, Min aku...aku.."

"Aku apa ?"

"Aku nampak opah keluar dari situ tadi " dia menunjuk pada arah kelapa sawit.

"Opah kau ... Mana mungkin malam buta ni opah dok merayap dekat kebun kelapa sawit tu buang terbiat ke apa?"

"Betul Min aku nampak opah tadi." Aku cuba yakinkan.

"Alah kau mengigau ni, baik kau pergi masuk sekarang kalau opah tahu kau kat luar malam-malam buta ni tak ke menanah telinga kau nanti kena ceramah dengan dia."

"Habis tu kau ni kat luar boleh pulak" dia membalas.

"Masalahnya ni rumah aku peraturan aku suka hatilah aku nak keluar ke tidak. " Ya rumah parents aku ni sebelah rumah opah jadi aku tak terikat dengan peraturan opah.

"Dah Fiq pergi masuk kau tahulah opah tu dia sangat tak suka cucu dia keluar malam-malam buta ni katanya banyak hantu bagai." Acah je sedangkan aku pun cucu opah dan aku sendiri keluar malam buta .

"Wey Min kau nak pergi mana dengan beg bagai?" Fiq menyoal aku.

"Sibuklah takpayah tahu." Aku malas nak jawab.

"Jap kat bakul motor kau tu Nail Gun kan kau nak buat apa dengan benda alah tu ?" Banyak tanya sunguh budak sorang ni .

"Aku nak guna untuk tembak orang jahat, bang,bang" aku halakan Nail gun kearah Fiq ala-ala polis nak tembak penjenayah sambil ketawa kecil.

"Macam budak-budaklah kau ni dahlah aku masuk dalam dulu kau jangan kasi tahu opah pulak aku keluar malam ni ." Pinta Fiq

" No hal lah bro" aku mengangkat tangan lalu aku menolak 125 kuning aku jauh dari perkarangan rumah baru menghidupkan enjin dan lesap di balik malam.

Mira POV

Mata aku melihat syiling bilik dalam keadaan tubuh aku yang masih terbaring di atas katil ini.

"Aduh ! "

Perut aku dah mula memainkan irama keroncong tanda aku sedang kelaparan dah dua hari kot aku tak makan . Dari aku terperap dekat dalam rumah ni baik aku pergi keluar cari makan lagi bagus.

Aku keluar dari pintu bilik menuruni anak tangga rumahku menuju ke ruang bawah yang merupakan ruang tamu .

"Eh, Mira baru bangun ke?" Suara ini datang dari wanita cantik berbaju kelawar putih yang dari tadi duduk di sofa.

" Yes Mom i baru bangun ni" balas aku .

"Oi... anak dara apalah bangun lewat, tak disiplin langsung." Sahut seorang lelaki yang dari tadi terbaring di atas sofa sambil matanya sibuk mentelaah buku ditangannya.

" Ehh, diamlah lambat apanya ni kira awallah"
Budak lelaki tu pun menoleh kearah Jam nak memastikan kenyataan aku.

"Pukul 2.00 dah kot awal apanya "

"Ok fine ... Kau menang dah lah aku malas layan " aku mula putar mata.

OK wanita cantik yang kelihatan seperti 30 an tu Mak aku a.k.a Puan Mariyam 'by the way' jangan percaya dengan rupa dia yang muda tu kalau korang tahu umur sebenar dia mesti korang terkejut .

Baiklah yang duduk terbaring atas sofa tu pula abang aku Farid kerja dia tak habis-habis nak menyakat aku je ada aja yang tak kena .

"Mom i so hungry lah dua hari dah tak makan boleh tak Mira keluar cari makan please mummy " aku buat muka kesian .

" Mama bukan tak bagi dah lewat ni kalau Papa tahu macam mana ? Mira nak menjawab ke dengan Papa nanti ?"

" Betul cakap Mama tu dah lewat malam kot waktu ni bahaya lah kalau kau tiba-tiba terserempak pontianak ke harimau ke siapa yang susah?" Si Farid tu menyampuk.

"Banyak lah Pontianak kau , kalau aku jumpa pun kau ingat aku tak boleh fight ?" Aku keluarkan penumbuk acah-acah buat gaya fighter.

" Banyak tak banyak kau tak tengok ke berita ramai orang hilang sebab keluar malam-malam buta macam ni".

"Kau tahu siapa punya kerja ?" Soal Farid

" So, Siapa?" Aku membalas .

Farid meletakkan buku di tanganya ke atas meja lalu dia merapat kearah aku . Dia bergerak hampir kerah aku lalu wajahnya di dekatkan kearah telinga aku dan berbisik.

"PON..TI..ANAK " dia tersenyum sinis.

Habis meremang bulu roma aku di buatnya. Tak tahu sebab Pontianak ke atau sebab dia bisik kat telinga aku.

"Kau yakin ?" Aku mempersoalkan.

"Ya, aku yakin" Balas Farid confident.

" Dah le... korang dua ni tak habis-habis nak gaduh. Mira dengar apa yang abang kamu cakap tu kalau tak terserempak pontianak pun Mira mesti akan terserempak deorang ." Puan Mariyam kerisauan.

Ok aku faham apa yang puan Mayiam maksudkan dengan 'deorang'.

" OK, kalau macam tu kau teman aku . Macam mana Mummy?" sambil jari aku tunjukkan kearah Farid.

Puan Mariyam mula berfikir membuat keputusan.

"Hmm... Baiklah tapi korang kena janji balik sebelum Papa balik ."

"Baik janji ." Sambil aku keluarkan jari manis aku.

"Ma... esok Farid kerja kot." Farid bersungut.

"Dah takde-takde kau kena teman aku jugak" aku terus tarik abang aku tu keluar dari pintu rumah .

"Yelah-yelah tapi ingat sampai pukul 4.00 je tau lambat aku balik tinggal kau."

"OK" Aku tunjuk simbol 'ok' dekat abang aku tu.

Kami saling berpandangan lalu memulakan langkah, sosok tubuh mula membongkok kedengaran bunyi tulang yang seolah-olah mematah paruh runcing tajam mula kelihatan tumbuh sepasang sayap dari tubuh belakang.

Kuku tajam serta taji sudah mula kelihatan sepasang sayap mengibas kuat di udara kini tubuh kami sudah terapung di udara lalu melayang memecut dalam kegelapan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience