Bab 16

Romance Completed 14878

Bab 16

Wajahnya diraup pada akhir salam. Ardini membetulkan duduknya. Menadah tangan memohon doa pada yang Maha Esa. Dalam doanya Ardini menangis. Teresak-esak dia menangis.

“Aku bersyukur atas kurniaanMu ya ALLAH kerana sehingga ke hari ini Kau masih memberi aku ruang untuk aku terus bernafas di muka bumiMu ini.” Air matanya terus mengalir semakin deras. Ardini tersedu-sedan.

“Kau berikanlah aku kekuatan untuk aku mengharungi hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya aku terlalu lemah untuk menghadapi segalanya.” Suaranya tersekat nafasnya terasa kian berat.

“Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku selama ini. Dan ampunilah juga dosa kedua ibu bapaku. Amin, amin ya rabbalalamin” Tangan disapu ke seluruh mukanya. Turut sama menyapu air mata yang membasahi pipi.

Ardini melihat cincin yang tersarung di jari manisnya. Dia kini telah menjadi tunangan orang. Entah kenapa hatinya begitu berat untuk mengenali dengan lebih dekat bakal suaminya. Biarlah dia teruskan dengan kata hatinya untuk melihat bakal suaminya pada hari pernikahan mereka nanti.

***************

Puan Faizah serta suaminya Encik Qaulif baru saja pulang dari mengedar kad jemputan kahwin pada tetamu yang diundang. Jelas kelihatan kegembiraan di wajah Puan Faizah.

“Masih ada lagi ke yang kita belum jemput?” Soal Encik Qaulif sambil melabuhkan duduknya di sofa. Puan Faezah membelek buku catatan kecil. Matanya liar meneliti nama-nama tetamu yang akan diundang.

“Ada lagi ni bang, tak apalah kita pergi esok je. Yang lain semua dah selesai. Cuma baju pengantin jelah tak ambil lagi.”

“Awak tak frust ke majlis idaman awak ni tak jadi buat kat hotel?” Tanya Encik Qaulif dalam nada bergurau. Puan Faizah seolah-olah mengerti dengan sindiran suaminya.

“Izah tak kisah bang, Ardini dan setuju nak kahwin ni pun dah satu rahmat bagi saya. Lagi pun semua ni terkandung dalam syarat-syarta dia. Dia setuju nak bersanding atas pelamin pun dan kira baik bang… Tak kan awak tak kenal dengan anak awak.”

“Saya ikut mana yang baik jelah. Okeylah saya nak naik atas dulu. Dah melekit tubuh ni.” Encik Qaulif terus bangun dan menuju ke anak tangga. Puan Faizah tidak membalas malah dia sedang leka dengan buku catatannya.

*********************

Fendy sudah bersiap untuk berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) kerana penerbangannya ke Medan dijangka akan berlepas jam 3.00 petang nanti.

Kalau ikutkan hati dia sendiri tidak mahu untuk pergi ke sana apatah lagi di saat menjelang majlis pernikahannya. Namun dia tidak mampu untuk menolak apabila difikirkan dengan bidang inilah yang telah memberi sumber rezeki padanya selama ini.

Setelah dipastikan semua barang siap packing Fendy terus melangkah keluar dari bilik bujangnya dan menuju ke tingkat bawah.

“Kau dah siap Fendy?” tegur Razlan setelah melihat Fendy membawa turun bag pakaiannya dari tangga.

“Dah. Semua dah beres.” Ujar Fendy.

“Sikit je pakaian kau ni, berapa lama show kau kat sana?”

“Dalam seminggu je. Lagipun aku malas lah nak bawa bag besar susah nak bawaklah. Mana nak bawanya lagi instrument aku tu.”

“Kalau macam tu eloklah kita gerak sekarang. Nantikan terlepas pula flight kau.” Mereka berdua terus berjalan keluar dan menuju ke arah kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience