Bab 8

Romance Completed 14878

Bab 8

Sejak kebelakangan ni Ardini dapat merasakan kelainan dalam diri dia. Dia sendiri tidak mengerti akan perasaan yang dialaminya. Sejak peristiwa tempoh hari hatinya menjadi semakin gelisah. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Kesemua penghuni biliknya sedang lena dibuai mimpi. Dilihat beberapa helaian kertas yang tersusun di atas meja. Ternyata masih banyak tugasan yang perlu disiapkan.

Dia mengeluh kecil dan sedikit kepenatan mula terasa. Pantas fikirannya teringat akan seseorang lalu senyuman manis terukir dibibirnya. Entah mengapa yang ada pada aura suara itu sehingga dapat menjadikan perasaan yang dirasa itu begitu luar biasa. Ardini mencapai handphone yang terletak di meja study dan dia terus menghubungi seseorang.

“Hallo, Assalamualaikum…” Ada sedikit getaran pada nada suaranya.

“Waalaikummussalam…siapa ni?”

“Saa…saya yang call awak tempoh hari…yang tesilap nombor tu.” Ardini mulai terasa akan debaran di jantungnya.

“Ooo…awak, patutlah saya rasa macam pernah dengar suara ni. Ada apa yang boleh saya bantu ke?” Fendy sedikit tertarik untuk berbual walaupun sejak berlakunya insiden hari tu, dia cukup benci dengan perempuan ini!

“Errmm…tak ada apa, cuma saya nak minta maaf pada awak atas apa yang berlaku tempoh hari. Memang saya yang silap. I’m so sorry okey!”

“Tak apalah wak…benda dah lepas so lupakan jelah. Saya pun nak minta maaf juga sebab terkasar bahasa dengan awak hari tu.”

“Terima kasih awak… Ermm nama saya Ardini, nama awak apa? Hari tu awak ada cakap tapi saya lupa lah.” Dengan penuh bersahaja Ardini menutur kata. Gelora di hatinya sudah tidak terasa lagi.

“Saya Fendy, Muhammad Arif Afendy tapi awak boleh panggil saya Fendy je.”

“Okey! Actually awak ada kat mana sekarang ni? I mean you still study or what?”

“Sekarang saya stay kat KL. Saya masih study lagi kat Akademi Seni Kebangsaan. Awak pula macam mana?”

“Kat mana tempat tu, saya tak pernah dengar pun?Very interesting for me. Saya kat UTM skudai JB.”

“Oh..jadi awak ni budak U lah ye…mesti pandai ni? Fendy semakin berminat untuk terus mengenali insan yang baru muncul dalam hidupnya kini. Entah kenapa hatinya begitu senang mendengar suara itu.

“Isshh, mana ada biasa je tak pandai sangat pun. Awak lagi lah terer kot tambah-tambah dalam seni plak tu.” Makin lama mereka berbual dan saling mengenali, Ardini semakin seronok. Seolah-olah mereka berdua telah mengenali sebelum ini.

“Ye ke? Tak adalah wak, saya biasa je tak terer pun. Kira baru nak belajar. Awak buat apa tak tidur lagi ni? Mesti ingat pakwe sampai tak boleh tidur kan? Usik Fendy sambil tersenyum.

“Mana ada pakwe tak ada orang nak lah. Tak lawa pun…”

“Ye lah tu…Tak nampak boleh lah cakap.”

Ardini dapat merasa suatu kelainan pada dirinya. Hatinya sedikit terhibur apabila berbual dengan Fendy.

“Errmm…awak, tak pelah dulu ye lain kali kita borak lagi tau. Anyway nice to meet you and thank you so much. Can we be a good friend?”

“Sure…why not. Okey lah study elok-elok.”

“Awak pun sama…okey bye Assalamualaikum!” Selepas talian dimatikan, Ardini terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Hatinya berbunga keriangan. Tanpa disedari, suara itu telah mencuri hatinya. Dan kini dia telah jatuh cinta dengan suara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience