Bab 12

Romance Completed 14878

Bab 12

Ardini melontarkan pandangan ke arah tasik yang luas terbentang di hadapannya. Air matanya deras mengalir dan dia tidak mampu lagi untuk berkata. Peristiwa enam tahun lepas tidak terdaya lagi olehnya untuk dirungkaikan. Syafika yang berada di hadapannya cuba menenangkan Ardini.

“Sorry Ika…aku tak dapat nak teruskan lagi. Setakat tu saja yang dapat aku ceritakan pada kau. Lepas pada aku tahu yang aku disahkan mengidap barah hati, keluarga aku terus bawa aku ke Singapore untuk jalani rawatan di sana. Sebelum aku berangkat ke sana, Fendy dah terima aku sebagai kekasihnya. Semua tu sebab Farah iaitu kawan baik aku sewaktu di UTM Skudai dulu.” Ardini diam seketika, sebaknya tidak mampu ditahan lagi. Syafika dengan penuh simpati menenangkan Ardini.

“Kami teruskan hubungan ni hampir tiga tahun tanpa pernah bersua muka walaupun sekali. Waktu tu aku tahu dia cukup tersiksa. Dengan adanya dia bersama aku, aku jadi lebih yakin untuk melawan penyakit aku Ika… Terlalu banyak kenangan yang tercipta antara kami dan semua tu akan aku kenang sampai aku mati.” Nadanya sedikit bergetar.

“Dini…kau kena kuatkan semangat. Cukuplah apa yang kau ceritakan pada aku. Sekarang aku faham mengapa sampai ke hari ni kau masih tak dapat menerima cinta dari mana-mana lelaki. Cinta kau terhadap Fendy terlalu kuat Ardini. Sampaikan bertahun-tahun lamanya kau sanggup tunggu dan setia.”

“Entahlah Ika…aku sendiri tak mengerti dengan apa yang aku rasa sekarang. Walaupun telah lama kami break, namun hati aku tak mampu untuk lupakan dia. Sejak aku tinggalkan dia beberapa tahun yang lepas aku terus membawa diri ke Japan walaupun pada waktu tu keadaan aku agak teruk. Aku bersyukur Ika sebab Allah panjangkan umur aku sampai ke hari ni. Hanya Allah swt saja yang tahu bagaimana siksanya aku untuk teruskan hidup tanpa Fendy. Setiap kali aku cuba untuk lupakan dia, semakin kuat ingatan aku padanya.”

Ardini melepasakan keluhan kecil. Jemarinya perlahan menyapu titisan air mata yang masih berbaki. Tanpa diundang wajah yang selama ini dirinduinya kembali menjelma. Jiwa dan Perasaannya kembali resah.

“Habis tu di mana Fendy sekarang, kau tak tahu?” Pertanyaan Syafika menghentikan lamunannya.

“Sejak aku larikan diri ke Japan, aku tak hubunginya lagi dan sehinggalah aku pulang ke Malaysia. Namun hati aku menyatakan mama aku still berhubung dengan dia. Mungkin dia sekarang tengah bahagia dengan orang baru Ika… Apalah yang nak dia setia untuk terus tunggu aku sedangkan antara kami tak pernah jumpa. Lagipu aku yakin, dia boleh dapat yang lebih baik dari aku.”

“Mungkin ada betul apa yang kau fikirkan sekarang. Tapi Dini, kalau dah tersurat jodoh kau dengan dia, terpisah lama mana sekalipun, kau orang tetap akan bersama” Syafika tersenyum sambil tangannya menyentuh lembut bahu Ardini. Ardini diam, dia memandang Syafika sambil tersenyum.

***************************

Fendy dengan wajah yang tenang mengadap tok kadi yang berada betul-betul di hadapannya. Dengan sekali lafaz dia kini telah sah menjadi suami kepada insan yang dicintainya selama ini. Fendy nampak kacak dengan sepasang baju melayu siap bersamping yang disarungnya.

Seluruh tubuh ardini di basahi dengan peluh. Dia baru terjaga dari tidurnya. Lantas bibirnya tidak berhenti berisghtifar. Dadanya kini berombak kencang apabila kembali teringat pada mimpinya tadi.

Ya Allah…, apakah benar seperti yang telah aku mimpikan tadi. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Sekiranya itu semua aku redha yang Allah.

Doaku agar kau kan selalu bahagia.. agar kau temui insan tulus menyayangimu.. lepaskanlah diriku kerna kerelaanmu.. bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa… Ku tinggalkan memori bersamamu…ku undur diri bersama harapan… tidak kesampaian cinta kita.. ku bawa harapan ku pendam rahsia.. ku di kejauhan mendoakan agar kau bahagia tiada lagi duka… daku rela mengundur diri ku pasti dikaukan fahami…Tiada penyesalan kasihku korbankan andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta. Pergilah dikau diiringi keikhlasanku cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku.. ku tinggalkam memori bersamu…ku undur diri bersama harapan

Bercucuran air mata membasai pipinya itu. Sungguh dia tidak dapat menahan kesedihan pada malam itu. Bersama dengan kepekatan malam tangisannya dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience