Bab 14

Romance Completed 14878

Bab 14

Setelah menunaikan solat Isyak, Ardini melangkah keluar dari biliknya dan menuju kearah bilik Puan Faizah. Sebelum pintu bilik di buka, Ardini mengetuknya beberapa kali. Kelihatan Puan Faizah sedang menyiapkan kerja di mejanya. Lantas Puan Faizah menoleh ke muka pintu lalu tersenyum kearah Ardini. Ardini sudah pun berada di dalam kamar tidur mamanya dan dia melabuhkan duduk di atas tilam yang empuk itu. Puan Faizah sedikit perasan dengan sikap anaknya itu dan dia terus menghampiri Ardini.

“Mama…, kakak ada perkara nak cakapkan pada mama.” Dengan nada perlahan dia bersuara. Puan Faizah tersenyum sambil tangannya membelai lembut rambut Ardini.

“Apa dia sayang? Cakaplah mama dengar.” Agak lama Ardini menyepi kemudian baru dia bersuara.

“Kakak dah buat keputusan mama. Kakak dah fikir semasak-masaknya. Apa yang mama dan nenek cakap hari tu, kakak terima. Kakak serahkan semua pada mama.” Ada getar pada suaranya. Puan Faizah seakan terkedu. Dia memandang tepat pada wajah Ardini.

“Betul kakak terima dengan seikhlas hati? Bukan kerana mama atau papa?”

Dengan lembut Puan Faizah menyoal. Kelihatan kelopak mata Ardini mula bergenang dan akhirnya titisan jernih itu mula berguguran.

“Tak ma…Kakak terima dengan kerelaan hati kakak dan bukan sebab sesiapa. Mulai saat ni, kakak tak akan berharap lagi pada dia ma.” Dalam tangis dia menutur kata. Puan Faizah turut sama merasa sebak melihat keadaan Ardini. Lantas dia menarik tubuh kecil itu ke dalam dakapannya.

“InsyaAllah sayang, kebahagian akan hadir juga suatu hari nanti. Mama dan papa akan buat yang terbaik untuk kakak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience