Bab 25

Romance Completed 14878

Bab 25

Seperti biasa pada pagi itu Ardini bangun untuk menunaikan solat subuh. Belum sempat dia berjalan menuju ke bilik air, tiba-tiab perutnya terasa amat sakit dan kelangkangnya mula terasa basah. Dia yakin bahawa mungkin waktu untuk bersalin telah pun tiba. Dia teringat pesan mama bahawa salah satu tanda untuk melahirkan adalah apabila ketuban pecah. Dan sekarang dia mengalaminya. Lantas wajah suami tercinta terbayang di mata.

Dalam keadaan yang panic, Ardini menjerit memanggil Puan Faizah. Disebabkan pintu kamarnya tertutup membuatkan jeritannya tidak didengari. Dalam keadaan sakit berbaur takut dia turun dari katil dan meluru ke pintu. Sebaik daun pintu ditolak, sekali lagi dia memanggil Puan Faizah.

“Ardini…kenapa sayang?” Puan Faizah yang terdengar jeritannya tadi meluru kearah Ardini. Dilihatnya Ardini sedang terbongkok-bongkok memegang perut.

“Ma…sakit sangat ma….arrggh…sakit maa…” Suara Ardini terputus-putus. Puan Faizah segera memimpin Ardini ke Sofa.

“Kakak, sabar…bawak mengucap.”

“Ma…kakak tak tahan….sakit sangat.” Ardini memegang lengan Puan Faizah dengan kuat.

“Abang….cepat bang….Ardini dah nak bersalin ni! Laung Puan Faizah dengan kuat memanggil suaminya yang masih berada di kamar. Sebentar kemudian, Encik Qaulif muncul dan segera mendapatkan Ardini.

“Mama…sakit…rasa macam nak putus urat pinggang ni.” Terketar-ketar suara Ardini menahan sakit. Segenap tubuhnya telah disimbahi dengan peluh. Sebelah tangannya memaut lengan Puan Faezah dan sebelah lagi menggosok-gosok perlahan pinggangnya. Lalu Encik Qaulif dan Puan Faizah segera memapah Ardini ke pintu dan menuju ke kereta.

“Sabar sayang…sekejap lagi kita akan sampai di hospital. InsyaAllah kakak akan selamat.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience