Bab 6

Romance Completed 14878

Bab 6

Kuliah pada hari ini sedikit pun tidak menarik perhatian Ardini. Entah kenapa hatinya merasa resah seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan boring mula terasa lalu dia melihat jam di pergelangan tangan. Kalau ikutkan hatinya ingin saja dia keluar dari dewan kuliah itu namun dia masih waras.

“Dini, kau ni kenapa aku tengok dari tadi termenung je ada masalah ke?” Ardini hanya mendiamkan diri tiada kata yang dibalas. Farah hanya menggelengkan kepala.

“Susah nak cakap Farah, hati aku rasa gelisah je sejak dua menjak ni dan aku rasa macam moody je..” Agak lama dia menyepi baru dia bersuara. Dia sedar Farah mungkin akan terasa kalau dia hanya mendiamkan diri.

“Kau fikir pasal Nazly ek? Kau cemburu sebab nampak dia dengan Allin hari tu?”

“Issh…mana ada lah. Kau ni sesedap oren je cakap. Mana ada aku jeolus. Lantak dialah nak coupel dengan sape pun. Aku dengan dia still kawan macam dulu cuma sekarang je tak rapat sangat.” Terasa lucu bila Farah berkata begitu. Ardini tersenyum dan tergelak kecil.

” Dah tu, kalau bukan pasal Nazly pasal siapa? Cakaplah weh! tak suke ah main sorok-sorok macam ni…”

“Nanti habis class aku cerita kat kau okey. Sekarang tak boleh ada orang dengar nanti malu lah aku Farah..”

“Janji? Kalau kau tipu tak yah kawan dengan aku!” Mereka saling tersenyum dan kembali menumpuklan pada kuliah yang diberikan oleh En Hisyam.

********************

Kuliah pada hari ini tidak begitu memenatkan. Selepas waktu tengah hari tiada lagi sebarang class. Peluang yang ada inilah paling digemari oleh Fendy untuk mempraktiskan permainan gendangnya. Matanya liar mencari kelibat Syukri dan Mamu tapi hampa. Lalu dia terus menuju kearah bilik wayang kulit yang terletak di aras tiga. Apabila terdengar namanya ditegur oleh seseorang, dia terus menoleh.

“Hai, jalan tak nampak orang ye! Sombonglah awak sekarang.” Dengan lembut Ruby menutur kata.”

“Ermm…mana ada sombong, saya tak perasan lah tadi.” Hanya itu yang mampu ditutur olehnya. Terasa seperti ada benda yang tersekat di kerongkongnya. Dan Fendy hanya tersenyum sehingga menampakkan kedua belah lesung pipitnya.

“Ni cepat-cepat awak nak ke mana? Ada class lagi ke?”

“Tak lah…class dah habis so saya nak pergi praktis kejap kat bilik wayang kulit.”

“Tak apalah kalau macam tu. Pergilah nanti awak lambat pulak. Lain kali kita borak lagi.” Lalu senyuman manis terukir dibibir Ruby. Sungguh dia tidak sanggup lagi untuk bertentang mata dengan Fendy. Dengan pandangan mata itulah membuatkan jiwanya resah.

“Okey lah kalau macam tu. Saya pergi dulu nanti kita jumpa lagi.” Setelah kedua-duanya berbalas senyum Fendy terus melangkah menuju ke anak tangga. Dia sendiri tidak mengerti akan kenapa bergelora hatinya pada waktu ini. Entah kenapa bila bertentang mata dengan Ruby membuatkan jiwanya resah dan terus menjadikan lidahnya kelu. Ditepisnya perasaan itu agar tidak terus menjalar ke hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience