Bab 9

Romance Completed 14878

Bab 9

Muhamad Arif Afendy memerhatikan penampilan dirinya melalui cermin. Rambut yang sememangnya dipotong rapi bertambah kemas apabila disisir sekali lagi dengan sikat yang sentiasa diletakkan di poket belakang jeans. Setelah berpuas hati dengan apa yang dilihat, dia tersenyum sehingga kelihatan kedua belah lesung pipitnya itu. Lalu dia mencapai bag kuliah yang terletak di atas katil dan terus munuju ke muka pintu. Syuk yang berada di hadapan pintu biliknya tersenyum melihat gelagat Fendy.

“Amboi kau Lan…bukan main lama mengadap cermin ‘menyematkan’ diri! Ada date dengan si Ruby ke?”

“Tengkorak hang! Mana ada laa…pandai-pandai je kau ni! Kalau lah ada orang dok dengaq tak pasal-pasal depa ingat aku dengan Ruby betul-betul.”

“Laa…kalau betul pun apa salahnya? Geng-geng kita ramai yang dah tahu yang si Ruby tu ada hati kat kau. Kau tu je yang jual mahal.”

“Lantaklah nak cakap apa pun. Aku tak dak masa pikiq pasal benda ni. Lagi pun awek aku dah ada dok tunggu kat kampung. Tak nak naya kat dia eehh! Hang lainlah Syuk, Hang dah expert bab-bab pasang ramai ni.” Dengan bersahaja Fendy menutur. Syukri hanya ketawa apabila diperli sedemikian. Mereka terus berjalan menuju ke dewan kuliah.

*******************************

Peluh masih kuat membasahi tubuh kecil Ardini. Dia dapat merasakan ada kelainan pada dirinya. Kepalanya semakin kuat berdenyut dan dadanya terasa perit yang luar biasa. Dari tadi dia seolah-olah menahan muntah dan akhirnya terkeluar juga. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat terdapat ketulan darah yang keluar dari mulutnya. Lalu dia terus berlari menuju ke bilik air.

Dadanya kian kuat berombak. Hatinya semakin resah. Bermacam andaian bermain di benak fikirannya. Dengan perlahan, jari jemarinya mengurut sekitar dada yang masih terasa perit. Lalu dibersihkan sekitar bibir yang terdapat kesan darah. Perasaan takut mula menghantui dirinya. Lantas wajah mama,papa terbayang di mata. Air mata mula bergenang di kelopak matanya dan hanya menunggu detik untuk jatuh berguguran. Ardini menghelakan nafas dan selepas itu dia berjalan menuju ke biliknya semula. Ardini merebahkan tubuhnya di atas katil lalu memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience