Bab 10

Romance Completed 14878

Bab 10

Fendy menghembuskan kepulan asap rokok sambil matanya memandang kearah telefon bimbit yang yang terletak di atas katil. Marahnya masih lagi berbaki. Mamu yang sedang terbaraing di atas katil bersebelahannya hanya memerhatikan saja gelagat temannya itu.

“Tak elok hang cakap kasaq lagu tu dengan dia Lan! Apa salahnya kau layan dia elok-elok” Fendy seolah-olah tidak mempedulikan kata-kata mamu. Agak lama baru dia bersuara.

“Aku pantang kalau orang tak reti bahasa dan juga yang suka paksa-paksa aku. Dah aku cakap aku ni dah ada awek, yang dia tak reti bahasa tu apa hal? Heran aku pempuan ni… kenal baru beberapa minggu tu pun kot talipon, tiba-tiba cakap suka kat aku.”

“Kot ye pun hang cakap elok-elok, tak perlu tengking lagu tu kesian budak tu.”

“Senang-senang kau ambillah mamu! Aku dah habaq siang-siang kalau nak kawan bolehlah tapi kalau lebih dari tu, sendiri mau ingat lah. Lagi pun aku dah ada yang punya. Tapi dia tak faham mamu…sampai cakap kat aku sanggup jadi nombor dua. Tak ke gile namanya? Entahlah tak faham aku dengan pempuan ni”

Mamu hanya menggelengkan kepalanya. Tidak ada makna lagi dia bercakap dengan kawannya itu. Dalam waktu yang sama tiba-tiba pesanan sms masuk dan dia terus membacanya. Wajah Fendy seakan berubah setelah membaca sms yang diterimanya tadi. Dan reaksi marahnya hilang begitu sahaja. Dia seolah-olah memikirkan sesuatu. Tanpa diduga, dirinya kini seolah-olah berperang dengan perasaan.

*******************************

Puan Faizah masih berteleku di atas sejadah. Sesudah menunaikan solat isyak tadi, dia masih tidak berganjak dari simpuhnya. Sejak dari siang lagi hatinya dapat merasakan sesuatu yang luar biasa. Lantas fikirannya terbang jauh mengingati suami tersayang yang kini berada di awan biru. Doanya sentiasa mengiringi setiap langkah suami tercinta walau di mana berada.

Puan Faizah tersenyum apabila wajah anak-anak terbayang di ruang matanya. Sikit pun dia tidak menyesal dengan perkahwinan ini walaupun kadangkala terpaksa berminggu-minggu terpisah dengan suaminya Qaulif. Mungkin takdir telah tertulis jodohnya bersama dengan lelaki berbangsa Rusia itu. Rengetan si manja Danish Zafran yang memanggilnya kedengaran dari tingkat bawah menghentikan lamunannya. Lalu dia bangun dan melipat telekung sembahyang kemudian terus melangkah menuju kearah ruang tamu di tingkat bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience