Bab 17

Romance Completed 14878

Bab 17

Pertemuan di Secret Resepy pada petang itu sungguh membuatkan mereka saling melepaskan rindu setelah bertahun-tahun lamanya tidak berjumpa. Ardini begitu gembira apabila dapat berhubung semula dengan teman lamanya iaitu Farah. Farah kini telah pun bergelar isteri dan mempunyai seorang anak. Begitu banyak cerita yang mereka ingin kongsi bersama pada petang itu. Ternyata, keakraban antara mereka masih terjalin setelah sekian lama terputus hubungan.

“Aku syukur sangat Dini kita dapat berjumpa lagi. Aku ingatkan kita tak kan jumpa dah. Dulu aku hampir putus asa bila cari kau tak jumpa-jumpa.” Ujar Farah dengan penuh perasaan.

“Aku minta maaflah Farah, memang salah aku sebab tak hubungi kau. Sejak aku bawa diri ke Japan beberapa tahun yang lepas, aku tak contact dengan sesiapa pun melainkan family aku.”

Farah memandang Ardini dengan senyuman penuh kesyukuran. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Ardini akan kembali pulih setelah beberapa tahun menderita disebabkan kansel hati. Ternyata begitu agung kebesaran yang Esa.

“Kenapa kau pandang aku macam tu Farah? Kau dengar tak aku cakap tadi?”

“Aku dengarlah Dini…, cuma aku rasa macam tak percaya je kita jumpa hari ni. Rasa macam mimpi tau.”

“Errmm… Kalau kau nak tahu yang kau tu bermimpi ke tak, meh sini aku tarik pipi kau. Nak?” Mereka saling ketawa.

“Haa… kau cakap ada perkara nak bagi tahu kat akukan? Kau jangan buat-buat lupa Dini.”

“Ek? Ye ke? Ermm.. macam ni cite dia. Aku dengan ikhlas hati nak jemput kau datang rumah aku hujung bulan ni untuk majlis kahwin aku.” Dengan bersahaja Ardini menutur kata. Farah seolah kebingungan.

“Really? Alhamdulillah…aku happy sangat Dini. Tahniah!. Tapi mana kad jemputannya?” Ardini memandang sahabnya itu sambil tersenyum. Agak lama baru dia bersuara.

“Farah, aku minta maaf. Aku langsung tak ambil tahu pasal perkahwinan aku termasuklah kad jemputan. Semuanya aku serahkan pada mama aku dan dia yang uruskan segala-galanya.” Reaksi Farah kelihatan seperti kebingungan.

“Aku tak faham lagi ni Dini. Cuba kau cerita bagi jelas kat aku.”

“Aku kahwin atas pilihan mama,papa serta nenek aku. Tapi aku ikhlas terima semua ni dan ianya bukan atas dasar paksaan. Tunang aku sendiri pun aku tak pernah tengok dan tak pernah kenal sampai ke hari ni. Aku dah niat dan aku dah nekad, biarlah pada hari pernikahan aku nanti akan terjawab semuanya.” Farah menggelengkan kepala sambil matanya memandang Ardini.

“Are you sure Dini? Kau tak menyesal?” Hanya itu yang terkeluar dar

i mulutnya.

“Tak Farah. Aku sikit pun tak menyesal. Aku yakin pilihan mereka akan bagi aku kebahagian InsyaAllah.”

“Dini…,adakah keputusan kau disebabkan kau frust dengan Fendy?” Ujar Farah dengan bersahaja. Ardini sedikit terkedu. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus diluahkan.

“Cukuplah beberapa tahun sebelum ni aku tersiksa Farah. Mungkin dia bukan jodoh aku. Dan mungkin juga dia kembali pada yang berhak memilikinya.” Jawab Ardini dengan tenang. Farah menggenggam erat jemari Ardini.

“Maksud kau Fendy dah kahwin?”

“Entahlah Farah. Aku sendiri tak pasti. Kalau betul selama ni dia perlukan aku, dia pasti cari aku Farah.” Ada sedikit kekecewaan pada nadanya.

“Aku doakan kau dan bakal suami akan bahagia buat selamanya. Aku tetap akan berada di sisi kau Dini.”

“Thanks Farah! Aku harap kau dan suami sudi datang pada majlis aku nanti. ” Ujar Ardini sambil tersenyum. Farah turut berbalas senyum. Hatinya berbisik bahawa sahabatnya itu masih tidak dapat melupakan Fendy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience