Bab 23

Romance Completed 14878

Bab 23

Para tetamu serta saudara mara sudah pun beransur pulang. Begitu juga dengan rombongan dari keluarga Fendy. Ardini kini berada di kamar pengantinnya. Dia baru saja selesai menunaikan solat Maghrib. Fendy masih lagi berada di bawah. Mungkin sedang berbual dengan papa dan mama agaknya.

Ardini masih lagi merasakan apa yang dilalui olehnya pada hari ini adalah sebuah mimpi. Dalam dia mengelamun, pintu biliknya dibuka. Fendy melangkah masuk. Dia masih lagi tidak mampu untuk bertentang mata dengan suaminya. Fendy menghampiri kearah Ardini yang sedang menikmati pandangan dari luar.

“Sayang…” Mesra suara Fendy memanggil isterinya. Ardini memandang Fendy dengan senyuman. Kemudian dia mengalihkan pandangannya semula ke luar tingkap. Tidak sanggup untuk dia terus bertentang mata dengan suaminya. Sesungguhnya debaran di dalam jiwanya masih kuat terasa.

Lantas tangan Fendy merangkul lembut pinggang Ardini. Ardini tersentak. Aliran darahnya seperti terhenti seketika. Fendy merapatkan tubuh Ardini ke dadanya. Pada saat itu Ardini dapat merasakan hembusan nafas Fendy.

“Kenapa ni…? Sayang tak gembira ke kahwin dengan abang?” ujar Fendy dengan nada yang lembut. Ardini Hanya menggelengkan kepalanya. Lantas Fendy segera meleraikan pelukannya lalu dengan perlahan dia memimpin Ardini menghala ke katil. Mereka kemudian melabuhkan duduk di birai katil. Ardini diam. Dia merenung tangannya yang masih berada di dalam genggaman Fendy.

“Sayang tak suka dapat kahwin dengan abang ya?” bisik Fendy perlahan di telinga Ardini. Jari jemari Ardini diramas lembut. Senyuman mekar dibibirnya. Dada Ardini sedikit bergetar dengan bisikan yang romantis itu. Lebih kuat getarannya apabila sepasang mata Fendy begitu asyik merenungnya. Tidak berani untuk dia memandang mata itu.

“Kenapa pula saya perlu menyesal?” Akhirnya Ardini bersuara tapi masih dalam keadaan menunduk. Dia cuba menutup keresahan di hatinya.

“Kalau tak menyesal, kenapa sayang tak sudi nak pandang muka abang yang tak berapa macho ni?” Fendy seakan ingin berjenaka.

“Entah…rasa macam tak percaya je.” Jawab Ardini ringkas.

“Sayang…, kalau enam tahun dulu abang pernah cakap untuk berkahwin dengan sayang, abang tak akan lupa dengan semua janji abang sayang… Abang tak boleh nak serahkan hati abang pada orang lain selain dari awak. Abang tersiksa bila awak tinggalkan abang sayang… Mujurlah mama ada dan masih sudi berhubung dengan abang. Kalau tak buat selama-lamanya abang akan kehilangan awak.” Ujar Fendy dengan panjang lebar.

Ardini hanya membisu. Rasa bersalah mula bersarang di jiwanya. Dia sedar dirinya yang menjadikan punca perpisahan yang terjadi enam tahun dahulu.

“Saya minta maaf atas apa yang terjadi.” ujarnya sambil memandang tepat pada suaminya. Fendy hanya tersenyum. Dia sedar, tiada guna untuk dia mempertikaikan tentang perkara yang telah berlaku. Mungkin betul kata pepatah kalau jodoh takkan kemana. Lama mana pun terpisah, pasti akan bertaut juga.

“Abang tak salahkan sayang.” Bisik Fendy perlahan di telinga Ardini. Kali ini Fendy mendekatkan mukanya ke muka Ardini. Lalu dikucup mesra pipi isterinya. Hanya Allah saja yang tahu persaannya pada waktu ini.

“I love you sayang…” lafaz Fendy dengan suara yang bergetar. Sebaik berkata begitu, Fendy mencempung Ardini dan membawanya di atas katil. Ardini seperti merelakan.

Setelah Fendy menurunkan Ardini di teangah-tengah ruang katil, tubuhnya mula merapati kearah tubuh Ardini. Dengan perlahan Fendy tunduk merenung Ardini dengan penuh makna yang tersirat. Akhirnya kedua-dua bibir bertaut mesra. Ardini menyambut dengan kerelaan hatinya.

Akhirnya Ardini lemah sendiri. Dia tidak berdaya lagi lalu membiarkan sahaja. Terngiang-ngiang suara usatzah Saleha akan pahala yang diperolehi jika melayan kehendak seorang suami. Apatah lagi pada malam pertama mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience