Bab 13

Romance Completed 14878

Bab 13

Keadaan di rumah Puan Faizah riuh rendah dengan kehadiran saudara mara. Mak Ku, panggilan kepada ibu Puan Faezah sedang sibuk di dapur. Majlis kesyukuran akan berlangsung pada mala ini. Sudah lama Puan Faizah serta suami berhajat untuk membuat sedikit majlis kesyukuran untuk Ardini serta keluaraganya. Disebabkan kesibukan masing-masing, Alhamdulillah hari ini terlaksana jua.

” Mama dah jemput ke semuah jemaah masjid kat taman kita ni? Usul Puan Faizah pada ibunya.”

“Dah Izah… ma dah jemput siang-siang lagi. Ardini mana? Dari pagi mama tak nampak? Tak sihat ke?”

“Dia keluar dengan papa dia tadi, beli barang-barang yang tertinggal. Lamalah pula dua beranak ni pergi. Entah-entah singgah ke mana. Aiman dengan Afiq pun ikut juga tadi.”

“Patutlah dari tadi ma tak nampak si kembar tu… keluar rupanya. Haa.. Izah, macam mana dengan hajat kita? Kau dah sampai pada Ardini?” Puan Faizah meletakkan pinggan yang baru dilapnya. Dia memandang pada ibunya lalu terdengar keluhan kecil.

“Izah dah slow talk dengan dia ma, tapi tak ada respon. Dia diam macm tulah. Macam tak ada perasaan langsung. Ke kita terus terang je ma?” Mak Ku hanya tersenyum memandang anaknya.

“Jangan! Kita buat seperti mana yang kita rancang. Ma rasa mungkin Ardini masih tak boleh lupa dengan cinta lamanya. Kita tunggu jelah Izah, insyaAllah suatu hari nanti Tuhan akan buka pintu hati dia. Kau berdoa jelah Izah.”

“Saya harap pun macam tulah ma. Takkan nak biarkan Hakim naik pelamin dulu. Izah pun tak sedap hati juga biarkan jarak pertunangan Hakim dengan Dilla tu lama-lama.” Ada sedikit kerisauan di wajah Puan Faizah.

“Ma tahu semua tu. Tapi kalau dah takdir jodoh si Hakim tu sampai dulu, kita kenalah terima. Ni semua bukan kerja kita Izah.” Puan Faizah hanya diam. Dalam hatinya berdoa agar suatu hari nanti pintu puteri tunggalnya akan terbuka juga.

*******************

Fendy mengucapkan syukur sebaik sahaja kapal terbang yang dinaiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sebaik sahaja isyarat menanggalkan tali pinggang keledar terpadam, dia bangun mengambil bag di atas ruang tempat menyimpan barang. Dia sudah tidak sabar untuk keluar. Diseluk kocek jaket dan menghidupkan lelefon bimbit. Matanya sempat meninjau ke depan melihat sama ada pintu kapal terbang sudah terbuka.

Isyarat ‘beep’ berbunyi dari telefon bimbitnya ketika Fendy sedang beratur keluar. Seketika beberapa pesanan sms diterima. Dia tersenyum kegembiraan. Langkah Fendy panjang dan pantas menuju ke tempat bagasi. Sebaik sahaja mencapai beg pakaiannya, dia bergegas keluar. Mata Fendy liar mencari kelibat Amirul dan Amin.

“Abang!”

Terdengar satu suara yang dikenali memanggil namanya. Fendy tertoleh-toleh mencari suara itu. Di depan pintu keluar kelihatan Amirul sedang melambai-lambai ke arahnya. Fendy tersenyum lega. Dia membalas dengan anggukan dan pantas bergerak menuju ke pintu keluar.

“Hai bang, apa khabar? Macam mana show kat sana okey?” Sapa Amin dengan penuh sopan sambil berjabat tangan dengan abang sulungnya.

“So far okey semua lancar. Mak tak mai ke?” Balas fendy dengan senyum.

“Tak datang. Mak suruh kami dua orang je mai.” Jawab Amirul lalu mengambil beg pakaian di tangan Fendy dan dimasukkan ke dalam boot kereta. Setelah mereka bertiga masuk ke dalam, kereta yang dipandu Amirul bergerak meninggal perkarangan lapangan terbang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience