Bab 11

Romance Completed 14878

Bab 11

Fendy dan beberapa orang rakannya baru sahaja selesai dari latihan pergendangan. Dari studio mereka terus berjalan menuju ke café. Dia hanya mendengar celoteh dari sahabat-sahabatnya itu dan tidak berminat untuk turut sama. Syuk dan Mamu saling berpandangan. Mereka perasan dengan perubahan kawannya itu.

“Lan, nape dengan kau ni diam dari pagi lagi? Dalam class pun kau tak banyak cakap. Kau ada masalah ke?” Tanya Syukri dengan prihatin.

“Entah hang ni, dari pagi lagi aku dok perhati semacam je… Macam ada masalah besaq.”

Dia tidak menjawab pertanyaan Syukri dan Mamu. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti dengan keresahan hati yang dialaminya sejak semalam. Dia juga tidak mengerti dengan perasaan yang dirasai sekarang. Yang pasti dia merindui suara yang pernah dibencinya suatu masa dulu.

*********************************

Suasana di hostel perempuan agak kecoh dengan berita Ardini yang ditemui pengsan dalam keadaan mulut berdarah di bilik air. Farah, Elina dan Lin yang baru pulang dari kuliah bergegas untuk bersiap menuju ke hospital. Pihak university telah pun memaklumkan perkara ini pada keluarga Ardini.

Farah tidak putus berdoa agar sahabatnya itu berada dalam keadaan selamat. Hati kecilnya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Ardini. Farah sedar sejak akhir-akhir ini Ardini sering muntah darah, namun Ardini masih berdegil walaupun telah dipujuk olehnya agar ke klinik, namun Ardini tetap berdegil.

“Farah, kau dah siap? Jom kita pergi !” Lamunannya segera terhenti. Elina dan Lin telah pun menunggu di muka pintu. Farah segera mencapai bag dan terus melangkah.

***************************

Encik Qaulif sedang menenangkan isterinya. Sejak dari tadi Puan Faizah seolah-olah tidak dapat menerima atas apa yang menimpa pada puteri tunggalnya. Ternyata apa yang menimpa Ardini sedikit pun tidak pernah difikir olehnya selama ini. Terbayang di ruang mata kelincahan Ardini dengan senyuman yang manis. Namun itu semua akan tinggal kenangan. Sebagai seorang ibu, dia harus redha dengan ketentuan dari yang Maha Esa.

“Banyakan bersabar sayang, mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku.” Pujuk Encik Qaulif dengan tenang.

“Kenapa semua ni terjadi pada anak kita bang? Apa harus kita terangkan pada dia nanti…? Saya tak dapat bayangkan macam mana untuk dia terima semua ni.” Dalam tangisan kesedihan Puan Faizah menutur kata.

“Kita semua kena kuat untuk bagi dia semangat untuk terus lawan penyakit ni. Sayang kena ingat, kalau Ardini tengok kita macam ni nanti dia akan bertambah sedih.” Puan Faizah tidak membalas kata-kata suaminya. Lalu di pandang pada wajah anak kesayangannya yang masih lagi tidak sedarkan diri. Dikucup wajah yang lembut itu dengan penuh kasih. Pada saat itu, naluri keibuannya cukup tersentuh. Hatinya masih utuh berdoa pada Allah swt agar dipanjangkan umur puteri sulungnya ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience