Bab 26

Romance Completed 14878

Bab 26

Fendy mundar-mandir di ruang menunggu. Setibanya di KLIA awal pagi tadi dia terus bergegas ke mari setelah dimaklumkan oleh ibu mertuanya. Selagi Ardini belum selamat melahirkan, selagi itulah hatinya resah. Hampir enam jam Ardini di tahan di dalam wod bersalin. Doktor menyatakan Ardini mempunya sedikit masalah untuk bersalin. Puan Faizah serta Encik Qaulif turut sama resah menunggu perkembangan Ardini.

Dalam keresahan menanti, tiba-tiba pintu dewan bedah terbuka. Seorang jururawat keluar dari situ. Dengan segera dia menerpa. Tapi kata-kata jururawat itu amat mengecewakan. Ardini belum melahirkan. Fendy duduk semula. Dalam hatinya tidak putus berdoa pada Allah swt agar isteri dan anaknya selamat. Baru sebentar duduk, dia berdiri semula. Dalam keadaan sekarang, apa yang dibuat semuanya rasa serba tak kena.

“Fendy…bawak bertenang.” Ujar Puan Faizah apabila melihat keadaan Fendy yang semakin resah.

“Saya risaukan Ardini ma..” Wajah Fendy penuh gusar. Dia amat takut akan kehilangan Ardini. Cukuplah dulu dia pernah kehilangan Ardini. Begitu siksa dan merana hidupnya tanpa insan yang bergelar Tengku Ardini Nazifah.

“Mama pun risau, tapi mama yakin Ardini dan cucu mama akan selamat. Banyakkan berdoa Fendy.” Fendy terdiam namun sebentar kemudian dia melepaskan keluhan kecil. Dia merenung jam di pergelangan tangan. Terasa lambat waktu berlalu.

*****************

Kini Ardini telah selamat melahirkan setelah beberapa jam bertarung nyawa. Tekanan darah yang naik secara mendadak menyebabkan doctor terpaksa membuat pembedahan. Keadaan Ardini agak lemah. Namun apabila melihat si comel yang berada dalam ribaannya, kesakitan hilang dalam sekelip mata.

Ardini merenung sepasang mata yang comel itu. Ada bayangan wajah Fendy di situ. Lalu dikucup dengan penuh kasih. Bayi lelaki seberat 3.6 kg agak besar, bagaikan sudah berusia sebulan. Ardini tersenyum puas walaupun kepenatan dan kesakitan masih terasa. Tanpa disedari air matanya bercucuran mengalir ke pipi. Dia memanjat kesyukuran pada yang Esa.

Daun pintu terbuka dan kelihatan wajah Fendy yang tersenyum di muka pintu. Fendy bagaikan tidak percaya dengan apa yang disaksikan olehnya kini. Lantas dikucup dahi isteri tersayang dengan penuh kasih.

“Terima kasih sayang kerana melahirkan zuriat abang…” bisik Fendy dengan nada yang romantis. Lalu dengan perlahan dia mengambil si comel yang berada dalam dakapan Ardini. Dengan penuh kasih Fendy tunduk mencium dahi anaknya itu. Kehadiran zuriat pertamanya ini merupakan lambang percintaannya dengan Ardini.

Fendy melangkah beberapa langkah ke hadapan lalu dialunkan azan ke telinga si kecil itu. Ardini tidak dapat menahan sebak lantas air matanya terus mengalir. Tidak terputus kalimah kesyukuran dilafazkan olehnya. Segala impian yang diimpikan selama ini akhirnya ternyata jua. Kehadiran Muhammad Arif Irfan akan menguatkan lagi ikatan cinta antara dirinya dan juga Fendy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience