Bab 19

Romance Completed 14878

Bab 19

Ardini memerhati kesemua barang-barang hantaran yang telah siap ditempah. Dia seolah tidak percaya bahawa dalam beberapa hari lagi dia akan menjadi isteri orang. Kegembiraan jelas kelihatan pada mama dan papa. Ardini memohon agar dirinya semakin tabah untuk menghadapi hari yang bakal ditempuhinya nanti.

“Kakak dah try baju pengantin?” Ardini tersedar dari lamunannya. Tiba-tiba Puan Faizah muncul dari arah luar.

” Dah ma.” Jawabnya ringkas

“Semua okey ke tak ada masalah?” Tanya Puan Faizah lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Yes…everythings is okey.” Puan Faizah tersenyum sambil tangannya menyusun barang-barang hantaran tadi agar kelihatan lebik elok. Kemudian dia memandang pada Ardini.

“Hari jumaat ni jangan lupa pula ikut mama pergi Spa. Mama dah booking dah. Kita buat facial and treatment okey my dear?” Ardini hanya mengangguk tanda bersetuju.

“Ma…. Boleh tak kalau kakak tak nak berinai?” Dia memandang ibunya dengan pandangan simpati. Puan Faizah meletak barang yang dipegangnya ke atas tilam.

“Sayang, listen okey. Berinai ni adat dalam majlis kita. Berinai jugalah penyerinya bagi seseorang pengantin. Apa salahnya kakak pakai untuk hari yang penuh bermakna dalam hidup kakak. Mama rasa lagi bertambah cantil dan berseri.” Pujuk Puan Faizah dengan penuh harapan.

“Tapi mama kan tahu kakak tak suka. Please ma…” Puan Faizah mengeluh kecil.

“Terpulanglah pada kakak. Mama tak nak cakap apa dah. Dahlah impian mama nak buat majlis kat hotel tak kesampaian. Tak apalah,kakak buatlah mana rasa lebih baik.” Nadanya seakan merajuk. Ardini memandang ibunya dengan rasa serba salah. Lalu dia menyentuh lembut jemari ibunya.

“Kalau itu yang buat mama bahagia kakak setuju. Kakak akan berinai pada hari tu nanti.” Puan Faizah memandang wajah Ardini dengan penuh senyuman. Dan mereka saling berpelukan.

“Kakak memang anak yang baik. Mama yakin kakak akan bahagia percayalah sayang.” Bisik Puan Faizah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience