Bab 15

Romance Completed 14878

Bab 15

Ardini sedang menikmati makanan tengah hari bersama Syafika. Walaupun nasi serta lauk pauk di dalam pinggan di hadapannya sungguh menyelerakan, namun tidak sikit pun menambat seleranya untuk menghabiskan makanan itu. Syafika mengerling kearah Ardini.

“Kalau tak nak makan janganlah kuis-kuis nasi macam tu tak elok tau.” Tegur Syafika sambil terus menghirup saki baki minumannya. Ardini hanya diam.

“Dini…, what’s wrong? Are you okey?”

“I’m okey… cuma tak ada mood je. Jawabnya ringkas.

“Kau fikirkan pasal perkahwinan kau ye? Kau takut nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal dan kau tak cinta? Dini, listen okey. Aku bukan nak menghasut kau tapi sebagai seorang kawan aku berhak bagi nasihat pada kau. Buat apa kau nak susah-susah paksa hati kau kalau kau sendiri tak merelakannya. Kau bincang elok-elok dengan family kau, aku yakin dia orang boleh terima. Kahwin ni bukan benda main-main dini.”

Dengan panjang lebar Syafika berkata. Ardini hanya mendengar sahaja. Dia tahu kawannya mungkin sedikit geram dengan keputusan yang telah dibuat olehnya.

“Ika…, aku sendiri bingung. Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi aku yakin dengan keputusan yang aku buat ni akan berikan aku kebahagian suatu hari nanti. Cuma bila masanya aku sendiri tak pasti.”

“Kalau kau sendiri dah fikir macam tu, aku tak boleh nak kata apa. So bila tarikh majlis perkahwinan kau?”

“Aku serahkan semua pada mama dan family aku untuk uruskannya. Lagipun mereka semua dan bersetuju. Yang aku tahu hujung minggu ni rombongan meminang datang.”

“Peliklah kau ni Dini, tak pernah aku jumpa orang macam kau. Orang lain bukan main excited nak uruskan pasal kahwin, kau boleh buat tak tahu.” Syafika ketawa kecil. Ardini memandangnya dengan tersenyum

“Mama aku tak kisah pun malah dia lagi suka adalah. Tak kan kau tak kenal mak aku tu. Kadang-kadang aku tegok macam dia pula nak kahwin.”

“Alaa…biasalah Dini, kau kan anak first mestilah mama kau happy. Entah-entah majlis kau nanti kat hotel lima bintang agaknya.”

“Hotel? No way! aku dah cakap awal-awal kat dia yang majlis kahwin aku ni biarlah sederhana dan buat kat rumah je.” Mereka saling ketawa. Syafika melihat jam dipergelangan tangannya.

“Dah nak dekat pukul dua ni, jomlah kita balik office nanti lambat pula.” Setelah membayar mereka terus meninggalkan restoran tersebut.

***********************

Suasana pagi itu tidak nampak ceria. Fendy diam sambil menghirup Indocafe. Nasi Lemak yang terhidang di hadapannya masih tidak dijamah. Puan Maznah datang kearah meja sambil membawa sepinggan lauk. Dia hanya memerhatikan sahaja anak terunanya itu.

“Awat dengan hang ni mak tengok dari tadi macam lemah je? Depan rezeki ni tak elok lagu tu. Orang lain bila nak menikah seronok tapi hang ni mak tengok macam tak suka je. Hang ada masalah ka? Habaq mailah kat mak.” Tutur Puan Maznah dengan loghat utaranya. Fendy hanya tersenyum.

“Tak dak apalah mak ooi. Cek tak dak apa masalah pun. Cuma kadang-kadang dok pikiq jugak. Ye lah.. cek pun dah selamat bertunang, tak lama lagi nak menikah dah, tapi cek tak rasa pun senang hati. Cek takutlah mak” Puan Maznah hanya tersenyum sambil menuang air ke dalam cawan.

“Tok sah dok pikiq bukan-bukanlah. InsyaAllah semua akan selamat. Hang tok sah dok risau semua perkara mak dengan abah hang akan uruskan. Dah..makan cepat sat lagi mak nak ajak hang teman mak pi pekan. Banyak lagi barang yang mak nak kena beli. Nak tunggu abah hang balik… jawabya kelam huru-haralah kenduri aku.” Fendy ketawa . Terasa lucu dengan sikap emaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience