Bab 21

Romance Completed 14878

Bab 21

Ardini berbaring di atas tilam yang empuk itu. Matanya berkelip-kelip merenung siling. Fikirannya kacau pada saat ini. Dia sendiri tidak pasti tentang apa yang dirasa olehnya pada saat ini. Jiwanya semakin tertekan. Dalam leka di melayan perasaan , telinganya menangkap suara mendayu berlagu pilu yang sedang berkumandang di siaran Hot FM. Bait-bait lagu yang mendayu itu diamatinya.

Relaku menunggumu, seribu tahun lama lagi Tapi benarkah hidup aku kan selama ini.. Biar berputar utara selatan Ku tak putus harapan sedia setia.. Rela ku mengejarmu seribu batu jauh lagi Tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini Biar membisu burung bersiulan Terbelah gelombang lautan ku masih setia.. Adakah engkau yakin ini cinta, Adakah engkau pasti ini untuk selama-lamanya.. Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi, Tapi benarkah hidup aku kan selama ini.. Biar berputar utara selatan Ku tak putus harapan sedia setia..Jangan putus harapan sedia setia

Hiba benar hatinya mendengar lagu itu. Lagu itulah yang membawa kenangan padanya enam tahun dahulu. Tanpa disedari air matanya mengalir membasahi pipi.

Selamat tinggal Fendy, selamat tinggal kenangan. Sudah sampai waktunya untuk aku kuburkan semuanya. Akan aku kenangkan segala memori yang pernah kita ciptakan bersama sejak enam tahun dahulu.

Kepekatan malam pada malam itu berlalu bersama dengan tangisan yang selama ini dipendam olehnya.

*************

Banglo dua tingkat itu semakin ramai dikunjungi oleh para jemputan. Puan Faizah serta suami tidak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Jelas terpancar kegembiraan di raut wajah Puan Faizah. Dia memanjat kesyukuran pada Yang Esa kerana hasratnya selama ini termakbul jua.

Di kamar Ardini di tingkat atas kelihatan mak andam sedang sibuk menyiapkan raja sehari. Sentuhan tangan Kak Nina, mak andam yang ditempah khas membuatkan wajah Ardini semakin berseri-seri. Kebaya singkat bunga bertabur rona biru laut sesuai benar dengan tubuhnya yang tinggi lampai dan berkulit putih gebu itu.

Farah dan Lia turut sama berada di situ. Sesekali mereka tersenyum dan saling ketawa. Setelah sentuhan terakhir diberikan oleh Kak Nina, doa untuk menaikkan seri pengantin di baca. Barulah Ardini dibenarkan bangun untuk melihat cermin.

“Macam anak patung! Bila disolek dengan pakar, bertambah cantik.” Puji Farah dengan senyuman yang meleret. Disambut dengan hilai tawa Lia dan Kak Nina.

“Ardini tak perlukan mekap yang terlalu tebal sebab kulit muka dia dah sedia cantik. Nampak lebih natural bila mekap macam ni…” hujah Kak Nina.

“Eh Dini, senyumlah sikit baru berseri muka tu.” Usik Lia sambil mencuit pinggang Ardini.

“Betul tu Dini senyumlah sikit…haa…macam tu lah” Bilik pengantin riuh rendah dengan gelak ketawa mereka. Ardini memerhati dirinya ke dalam cermin. Dia merenung wajahnya. Semakin lama dia melihat dirinya, semakin hiba hati dan perasaannya.

Hari ini adalah hari yang akan menjadi saksi bahawa dirinya akan menjadi milik orang. Dan pada hari ini juga dia akan mengenali bakal suaminya. Hatinya nekad walau bagaimana pun keadaan bakal suaminya dia ikhlas menerimanya. Kerana itu telah diputus olehnya beberapa bulan yang lalu. Rasa sebak yang bersarang di dadanya cuba di tahan. Sekejap saja lagi rombongan lelaki akan tiba. Majlis akad nikah serta majlis bersanding akan dilangsuangkan.

Puan Faizah serta Encik Qaulif berada di muka pintu. Lia, Farah serta Kak Nina beredar buat seketika. Mereka seolah-olah mengerti. Ardini memandang wajah mama dan papanya dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya. Encik Qaulif menyentuh lembut bahu puteri tunggalnya.

“Selepas pada hari ini, papa, mama akan lepaskan tanggugjawab kami terhadap kakak pada bakal suami kakak. Papa harap kakak akan menjadi isteri yang baik.” Sedikit getar pada nada suaranya. Kelopak mata Ardini mula bergenag. Begitu juga dengan Puan Faizah.

” Mama, papa doakan agar kakak akan hidup bahagia nanti. Itu yang kami harapkan selama ini.” Dalam sebak Puan Faizah menutur kata. Ardini tidak dapat menahan kesedihan air matanya terus mengalir. Lantas Puan Faizah segera menyapu air mata di pipi Ardini.

“Dah… jangan nangis lagi, nanti hilang seri anak mama ni.” Mereka saling berpandangan kemudian tersenyum. Tiba-tiba terdengar paluan kompang dari arah luar.

” Alhamdulillah, nampaknya rombongan pengantin lelaki dah sampai. Mari bang kita turun sambut dia orang. Mama, papa turun bawah dulu nanti Mak Andam akan iring kakak keluar.” Pesan Puan Faizah pada Ardini sebelum dia dan suami melangkah keluar.

Ardini dapat mendengar paluan kompang yang semakin lama semakin hampir kearah rumahnya. Dadanya tiba-tiba berombak. Perasaannya kini bercampur baur. Dalam hatinya tidak pututs-putus berdoa agar dirinya semakin dapat menerima kebenaran ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience