Bab 5

Romance Completed 14878

Bab 5

Fendy menghabiskan baki air yang ada di dalam gelasnya. Dia tersandar kekenyang dan perutnya terasa ketat setelah menghabiskan sepinggan nasi goreng ayam. Belum sempat dia mengambil sebatang rokok, tiba-tiba dia terperasan ada pesanan sms yang baru diterimanya. Setelah dibaca sms tersebut dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Mamu dan Syukri yang masih lagi sedang menikmati makanan saling berpandangan sesama mereka.

“Woi, kau ni kenapa? Lapar pun mereng, takkan dah kenyang pun mereng jugak?”

“Hang Syuk tak tau apa cerita baik hang diam! Sapa dia ni yang silap hantaq msg kat aku ni? Eisya mana entah aku tak tau.” Dengan bersahaja Fendy membebel.

“Apa susah, hang call lah tanya sape dia baru hang tau.” Mamu mencelah sambil tangannya lincah mengaut nasi di pinggan.

Tanpa berfikir panjang, Fendy terus mendail nombor tersebut. Dengan debaran dia menunggu untuk mengetahui siapakah gerangan yang menghantar sms padanya tadi.

“Hello, Assss…..” belum sempat habis salam di beri, terdengar suara yang tidak dikenali.

“Eisyaa……aku rindu kau lah..aku ni Ardini! Still remember me?”

Tekaan hatinya amat tepat bahawa orang yang sedang bercakap dengannya sekarang telah tersalah orang.

“Eisya…kenapa kau diam? Marah aku ke sebab lama tak contact kau?”

“Errmm…awak, sebenarnya awak tersilap orang dan saya bukan Eisya.”

Ardini hanya terdiam. Hatinya mula memikirkan sesuatu. Dia sedar suara itu bukan milik Eisya malah suara lelaki.

“Awak ni siapa? Saya nak cakap dengan Eisya…Ke awak ni pakwe Eisya?”

“Bukan…dan Eisya pun saya tak kenal.”

“Tapi nombor ni Eisya punya, kawan saya yang bagi. Awak janganlah bergurau.” Ardini masih lagi tidak berpuas hati.

” Awak…, dengar sini, ni bukan nombor Eisya tapi nombor saya, awak tersilap dail.” Ada sedikit kekerasan pada nada suaranya. Ardini hanya terdiam dan dia seperti kebingungan. Bermacam persoalan bermain dikepalanya.

“Tak apalah kalau macam tu…saya minta maaf kalau mengganggu awak tapi kalau jumpa Eisya cakap saya cari dia” Talian terus dimatikan.

“Gile lah perempuan ni! Aku cakap elok-elok bukan,bukanlah.” Terpancar kemarahan di wajah Fendy.

“Sapa budak tu? Dia tersilap orang lah tu…hang jangan dok marah dia lagu tu kesian dia.” Mamu mencelah setelah melihat sahabatnya itu begitu bengang dengan apa yang berlaku.

“Dah kalau aku cakap salah nombor, salah lah… Ni tak dok habaq aku ni Eisya. Entah perempuan mana aku tak tau. Aku pantang kalau aku cakap sekali dua, orang pertikaikan.”

“Dah lah tu, lupa je lah mungkin dia tak sengaja kot. Tak pun kerja member-member lama kau. Mana tahu dia tukar nombor baru dan nak kenakan kau.” Syukri dengan penuh yakin membuat andaian.

Fendy hanya mendiamkan diri. Marahnya masih berbaki lagi. Dalam hatinya meronta ingin tahu siapakan gerangan yang bercakap dengannya tadi. Tiba-tiba dalam dia mengelamun dia tersentak dengan sms yang baru diterimanya.

Akm awk, sy x thu sama ada awk ni btl2 knl Eisya atau tdk. Sy Ardini, kwn lma Eisya. No ni sy dpt dr kwn sy dan dia jga brikn no bru Eisya ni pd sy. Klu awk jmp Eisya tlg ckp pd dia sy cri dia. Tq bye

Kemarahan yang baru reda kembali marak semula. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah pada perempuan tadi. Pantang keturunan dia kalau orang tak percaya dengan apa yang di cakapkan. Lalu jari jemarinya pantas menaip abjad yang berada di dada handphonenya. Mamu dan Syukri hanya saling berpandangan. Mereka tahu Fendy berada dalam tahap marah yang kritikal.

Awk x fhm bhsa melyu ke ha? Sy ckp sy x knl budk tu, x lah..awk slp no tau! Jgn msg sy lgi dn tnyakan psl bdk tu. Akm

Setelah sms yang ditaipnya tadi dihantar, hatinya merasa puas. Fendy begitu berharap agar budak tu tak akan mengganggunya lagi.

“Jom lah balik aku tak ada mood dah ni.”

Mamu dan Syukri menuruti sahaja. Selepas membayar di kauter mereka terus berjalan menuju ke hostel. Sepanjang perjalanan hatinya masih lagi tertanya-tanya dan fikirannya sedikit terganggu. Kata-kata Syukri tadi ada kebenarannya juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience