Bab 4

Romance Completed 14878

Bab 4

Selesai menunaikan solat isyak, Ardini kembali ke meja studynya untuk menyambungkan tugasan yang masih berbaki tadi. Menjelang peperiksaan tugasan semakin banyak perlu disiapkan. Walaupun agak kepenatan demi mengejar impian untuk menjadi seorang enggineer suatu hari nanti, dia tidak akan sesekali berputus asa. Dalam dia menyiapkan kerja tiba-tiba handphone berbunyi. Setelah melihat nama pemanggil yang tertera di skrin ardini tersenyum lantas menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum mama! Haa…rindu kat kakak lah ni…”

“Waalaikummussalam…amboi happynya anak mama ada apa-apa ke?”

“Isshh mama ni mana ada…happylah sebab mama call..apalah mama ni. Mama,adik-adik semua sihat?”

“Ye ke? Ingatkan ada berita apa nak cakapkan pada mama tadi. Alhamdulillah..semua sihat kat sini. Kakak macam mana okey?”

“So far okey tak ada apa masalah. Mama…, papa ada call tak cakap nak balik bila? Semalam kakak try call dia tapi tak dapat laaa…”

“Dua hari lepas ada papa call mama. Tapi masa tu papa ada kat US. So next two weks maybe from now papa balik lah sayang…”

“Alaa lamanye…kakak rindu sangat kat papa. Kakak ingat nanti bila papa ada kat rumah, cuti hujung minggu kakak nak balik kejap…” Seperti anak kecil Ardini merengek. Memang tidak dinafikan dia merupakan anak yang paling manja berbanding dengan adik beradiknya yang lain.

“Mama tak kisah kalau kakak nak balik, but make sure everything your assingment or your work you must do first right?”

“Yes madam… I’m promise!” Mereka dua beranak saling ketawa. Walaupun Puan Faezah kini berada di Kuantan Pahang, berjauhan dengan puteri tunggalnya amat dirasakan. Apatah lagi dengan sikap manja Ardini yang selama ini sering dirindui oleh Puan Faezah.

“Ada apa lagi kakak nak cakap pada mama? Kalau tak mama nak letak dulu sebab nanti mama nak pergi jemput Danish dengan Haikal kat rumah nenek.”

“Errmmm…tak ada apalah mama. Nanti ada apa-apa kakak sms mama ok? I really miss you so much tau! Nanti kirim salam rindu pada semua.”

“Ok sayang…take care and study hard. Bye Assalamualaikum…”

“InsyaAllah…bye mama, Waalaikummussalam…” Setelah talian dimatikan Ardini tersenyum riang. Terasa lepas rindu di dada apabila dapat mendengar suara mama. Kini dia tidak sabar dan menghitung hari untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba lamunan Ardini tersentak apabila terdengar pesanan sms yang masuk ke handphonenya. Lalu dia terus membaca sms tersebut

Akm, woi, buat apa 2 tgh stdy ker? Sorry lmbt rply msg ko, ni no baru eisya yg ko mta aku cari hari tu. Aku dpt no ni dr adik dia. 017-4227224. k bye

Setelah membaca sms tersebut, Ardini tersenyum. Akhirnya berjaya juga dia mendapatkan nombor baru Eisya iaitu sahabat lamanya sewaktu di MRSM dulu. Lalu tanpa membuang masa tangannya lincah menaip sms lalu dihantar kepada Eisya. Ardini tersenyum puas. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam, masih banyak kerja yang harus disiapakan tanpa membuang masa Ardini menyambung kembali kerjanya yang ditinggalkan tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience