BAB 11

Romance Completed 28831

Aku melirik jam tangan hitamku sekali lagi. Lalu pandanganku tertuju pada jam dinding yang tergantung di bilik kuliahh ini. Aku seperti orang gila yang sedari tadi terus-terusan melihat jam. Entah kenapa waktu berjalan lambat hari ini. Kalau ikutkan hati mahu saja aku blah dari bilik kuliah ni nak-nak lagi sekarang ini tidak ada pensyarah masuk melainkan harus menyiapkan beberapa tugasan yang diarahkan sebentar tadi oleh pensyarah gentian.

Astaghfirullah, kenapalah aku boleh berfikir sampai ke tahap tu. Seumur hidup aku belum pernah aku ponteng mana-mana kelas sejak dari sekolah rendah lagi. Jadi aku betul-betul terdesak nampaknya sehingga sanggup memikirkan idea gila macam ni.

Pok!

Penutup pen mendarat baik punya di kepalaku. AKu menoleh ke belakang dan ternyata ia datangnya dari cicak kubing bernama Ferhad. Aku yang sedikit bengang lalu melempar semula penutu[ pe itu dan mengena bibir tebal Ferhad semula. Pada muka!

‘’Eh bengong! Hati-hati kalau nak baling. Kau bukan tak tahu yang bbir aku ni aset utama aku,’’ celaka Ferhad. Kawan jenis apalah dia ni, bukannya reti nak tengok kalau kawan dia ni tengah susah hati atau sedang happy.

‘’Kau dah kenapa bro? Dari tadi aku perhatikan yang kau dan macam orang tak betul dah, duduk pun macam cacing kepanasan aku tengok.

‘’Ada masalah ni, eii geram betul aku dah kenapa hari ni lambat sangat masa berlalu ya?’’ keluhku.

‘’Mana ada sama je, kau lainlah. Orang jatuh cinta memang aneh-aneh dan tak keruan.’’ Ferhad memerli aku pula lalu kembali ke tempat duduknya semula.

25 minit kemudian.

Akhirnya sesi kuliah hari ini tamat.

‘’Weyy malam nanti nak tak join lepak kat Malis dengan geng lain?’’ jerit Ferhad.

‘’Sorry bro, aku ada hal, next time plan lagi, bye!’’ Aku segera berlari ke tempat parker kereta dan tanpa menunggu lama terus memecutkan kereta untuk melihat keadaan Kristal. Hatiku tak tenteram.

Sepanjang perjalanan. Perasaanku benar-benar tidak keruan! Berbagai

dugaan dan senario tentang Kristal bermain di fikiranku.. Argghhh! /Beginikah yang dinamakan jatuh cinta?

Tepat 20 minit aku akhirnya tiba sekali lagi di hadapan rumah Kristal. Aku bergegas masuk ke halaman rumahnya. Ayah tiri Kristal muncul dari dalam melihat kehadiranku.

‘’Assalammualaikum Pakcik,’’ aku menyapa lelaki itu dengan ramah. Walaupun aku tahu cerita sebenar dari Kristal tentang lelaki ini namun aku tidak mahu menghakiminya.

‘’Oh Kamal, sila duduk! Duduk!’’lelaki itu mengajakku duduk di sofa.

‘’Apa khabar? Tanyanya berbasa-basi.

‘’Khabar baik pakcik, oh ya saya ke sini nak bertemu dengan Kristal. Kristal ada tak?’’ Aku terus saja menyampaikan hajat kedatanganku ini.

Lelaki tua ini terus menarik nafas panjang lalu matan berkelip-kelip aneh.

‘’Macamnilah nak Kamal, sebenarnya pakcik tak mahu menyampaikan hal ini pada kamu…’’

Aduh perasaanku mulai tak tenang kembali.

‘’Nak sampaikan apa pakcik? Kristal baik-baik saja kan?’’ Aku menghujaninya lagi dengan pertanyaan. Aku benar-benar risau dengan apa yang bakal disampaikan oleh ayah tiri Kristal ini.

Sekali lagi lelaki tua ini berbasa-basi berbicara namun pandangan matanya tertumpu padaku.

‘’Sebenarnya semalam, ketua kampung datang bertemu dengan pakcik dan memberitahu dia risau melihat Kristal rapat dan sering kelihatan dengan seorang lelaki.’’ Ujarnya.

Aku terdiam mendengar kata-kata ayah tiri Kristal ini, apakah itu bermaksud yang dia menolah kehadiran ku disini. Tapi sumpah, saat ini aku takkan pergi selagi belum dapat tahu khabar Kristal terlebih dahulu.

‘’Tapi jangan risau. Pakcik dah bagitau yang kamu sebenarnya kawan Kristal yang baik, sering membantu kami sekeluarga terutamanya dalam membiayai dan menjaga kesihatan ibu Kristal. Tiada niat buruk atau mahu melakukan perkara sumbang.’’ Ujarnya lagi,

Aku menghela nafas lega. Syukur ayah tirinya ini berbicara perkara yang baik saja tentangku.

‘’Oh ya tentang Kristal, hari ini Kristal menenamni ibunya ke hospital, macam biasa sakit orang tua macam tu kenalah selalu pergi check up kan.’’

‘’Ya saya faham, supaya kesihatannya lebih terjaga dan terkawal. Aku menjawabnya ringkas.

‘’Tapi itulah masalahnya nak Kamal. Sekarang ini kami kekurangan wang sebanyak tiga ratus ringgit untuk membeli insulin. Bukan tak ada duit tapi masih kekurangan.’’tambahnya panjang lebar.

Aku faham apa yang cuba disampaikannya dan tanpa berfikir panjang atau mahu menimban tara samaada apa yang dikatakannya itu benar atau tidak aku terus sahaja mengeluarkan sejumlah duit lalu ku serahkan padanya. Aku harap kali ini dia jujur dan wang itu untuk biaya perubatan ibu Kristal.

***

Kristal, kau kat mana?

Satu sms aku kirimkan pada Kristal ketika aku dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Rasa cemas aku semakin membuak-buak.

Aku menghempaskan tubuhku ke atas katil lalu segera mencapai telefon bimbit yang berada di kocek seluarku. Aku menunggu dan terus menunggu.

‘’Tenang Kamal, Kristal baik-baik saja.’’ Pujuk hatiku pada diri sendiri.

Seminit berlalu

Dua minit

Tiga minit

Mal, aku okay jangan risau. Tengah temankan ibu buat check-up. Don’t worry okay.

Aku tersenyum lega saat menerima sms dari Kristal. Alhamdulillah perasaan cemasku segera lesap.

Alhamdulillah Kristal, tadi aku cari kau dan ternyata ayah tiri kau tak bohong.

Bohong? Apa maksud kau?

Wah pantas betul Kristal menjawab sms ku.

‘’Tadi aku bertemu dengan ayah kau dan dia ada meminjam wang dari aku untuk membeli ubat-ubatan ibumu. Jadi aku tiga ratus kat ayah kau tadi.’’ Jawabku.

Seminit..

Dua minit…

25 minit…

60 minit…

Kristal sama sekali tidak menjawab sms terakhirku. Kenapa? Tadi bukan main laju lagi dia reply mesej aku. Apakah aku buat salah lagi? Ya Allah maafkanlah aku!

Aku mengeluh kesal. Sukar betul hari ini dan benar-benar satu hari yang terlalu panjang untuk ku lalui. Daripada aku berfikir yang bukan-bukan baiklah aku mandi dan solat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience