BAB 19

Romance Completed 28831

Aku masih terpaku pada tanah merah dan masih basah dihadapnku. Memeluk batu nisan dengan aksara nama Kristal yang pergi meninggalkan ku untuk selama-lamanya.

Seperti yang diamanhkan oleh Kristal, dia akhirnya bersemadi di sebelah makam ayahnya dan pihak keluarga hanya menuruti permintaan Kristal. Barangkali ini adalah tempat istirehat terindah yang diimpikannya, iaitu dekat dengan insan tercinta.

Perjalanan akhirnya di dunia terhenti disini dan makam ini menjadi saksi yang bahawa sebahagian daripada diriku juga telah pergi.

Kini airmataku sudah kering dan aku hanya bisa menatap kubur Kristal dengan pandangan yang penuh rindu, persoalan dan macam-macam lagi.

Kristal keseorangan di alam sana dan entah apa yang dilakukannya. Mungkin dia sudah bertemu dengan Malaikat. Mungkin juga dia sudah bertemu dengan Tuhan dan mendapatkan tempat terindah di alam sana. Apapun yang terjadi, aku berharap takdir yang lebih indah menantinya di alam sana dan kita boleh bertemu semula.

Lamunanku terhenti ketika Ferhad menepuk bahuku beberapa kali.

‘’Sabar bro, Kristal pasti sudah tenang di alam sana,’’ ucap Ferhad dan aku tersenyum seraya mengaminkan doa Ferhad.

‘’Jom pulang, dah petang ni.

Aku melangkahkan kaki ku dengan berat hati dan aku menatap makam Kristal buat terakhir kalinya hari ini.

Kedua orang tua Kristal menunggu. Aku berjalan menghampiri mereka.

‘’Pakcik, makcik saya balik dulu ya. Makcik jaga kesihatan jangan terlalu bersedih nanti Kristal pasti sedih,’’ aku menggenggam tangan ibu Kristal, seakan dapat juga aku merasa kehangatan genggaman tangan anaknya ketika hayatnya.

‘’Terima kasih untuk semua kebaikan Kamal selama ini. Hati-hati di jalan raya dan sampaikan salam kepada kedua orang tua kamu ya.’’

‘’Baiklah makcik, saya minta diri dulu ya.’ Aku melangkah pergi selepas aku mencium kedua tangan ibu dan ayah Kristal.

‘’Tuggu nak Kamal!’’ langkahku terhenti dan menoleh semula ke arah mereka.

‘’Sebelum meninggal Kristal ada meninggalkan ini buat Kamal.’’ Ibu Kristalmengeluarkan sebuah buku dengan sampul rona ungu muda kepadaku. AKu menerimanya dan membuka beberapa buah halaman dan bertanya pada ibu Kristal tentang kandungan buku itu.

‘’Semasa di hospital, Kristal suka menulis di buku ini. Katanya untuk kenang-kenangan buat kamu. Jadi ibu berikan pada kamu sekarang.’’

Aku menatap buku jurnal itu sekali lagi.

‘’Terima kasih yak makcik, saya pergi dulu.’’

Setibanya di rumah, aku menyimpan buku itu dii almari. Aku belum punya kekuatan untuk membacanya saat ini.

**

2015

Aku lulus walaupun bukan dengan keputusan cemerlang seperi yang diharapkan. Ada rasa syukur yang berdetik di hatiku. Sebak mengenangkan rezeki yang Tuhan berikan aku.

Kristal, terima kasih kerana menjadi alasan untuk aku menjadi yang terbaik selama ini. Kini aku sudah menyelesaikan perjuangaku.

‘’Kamal,’terima kasih kerana bantu aku study selama ni, aku lulus bro!’’ ucapnya gembira!

‘’Tahniah Ferhad! Aku bangga dengan kau’’ ucapku lalu kami saling berpelukan. Siapa tahu ini adalah pertemuan terkahir kami kerana selepas ini pastinya kami sudah membawa haluan masing-masing.

Dari jauh, aku melihat Farah berjalan menuju ke arah kami. Aku membalas senyuman yang dihulurnya.

‘’Tahniah yang bang Kamal dan Farish,’’dia bersalam dengan kami.

‘’Terima kasih Farah.’’

Kepulanganku disambut dengan gembira oleh keluargaku. Kami merayakan kejayaanlu dengan makan malam di hotel dan setelah selesai, aku berbaring di atas katil.

Selepas menempuhi hari yang panjang, aku rasa ini adalah saat yang tepat untuk aku membca buku jurnal yang ditinggalkan Kristal kepadaku.

Fengan terketar-ketar, aku membuka halaman terakhir. Sekeping gambar dia sedang duduk tersenyum gembira diselitkan. Jelas sekali dia memberikan buku ini sebagai kenang-kenangan untukku.

Kehadapan Kamal Ozir,

Kamal kau adalah malaikat yang diutus ke dunia oleh Allah kepadaku.

Terima kash kerana menjadi teman yang baik, pendamping ku yang setia selama ini. Terima kasih juga kerana menjadi penyelamat ibuku. Sekiranya kau tahu tentang penyakitku aku pasti kau dah tinggalkan aku. Aku yakin.

Dan sebab itu aku rahsiakan semua ini Mal, maafkan aku.

Dan kau adalah lelaki yang terbaik pernah aku temui di dunia ini selepas ayahku. Kau menerima aku seadanya.sedangkan aku adalah perempuan kotor, miskin dan datang dari keluarga yang berantakan. Tapi kau tetap mahu mendekatiku.

Kamal, usah bersedih ya. Perjuanganmu takkan sia-sia buat aku. Aku bangga kerana bertemu kau di kehidupan ini. Di luar sana, masih ramai peremuan yang baik daripada aku. Jangan pilih aku. Kamu orang yang baik dan seharunya srikandi hidupmu juga seorang yang baik.

Ingat Kamal, jangan pernah sekali-kali datang ke tempat kotor itu. Setebal apapun iman, pasti runtuh juga akhirnya atas nama perempuan, kerana perempuan adalah hiasan dunia. Betul kan?’

Mal, walaupun kini kita berdua sudah di dua dunia yang berbeza aku tetap punya tempat yang istimewa di hatimu kan? Aku akan selalu berada di sisimu menjagamu. Maaf selama ini aku sekeluarga banyak menyusahkan kau.

Selamat tinggal Kamal. Andai takdir menemukan kita semula, aku harap biarla di tempat yang baik, aku sihat dan kisah kita bermula dengan indah.

Salam sayang dari insan yang banyak terhutang budi dan menyayangimu selalu,

Kristal

Beberapa tahun kemudian…

Pancaran matahari menghembus tingkap kaca tempat aku menatap ke halaman rumahku. Memerhatikan sang bidadari genit yang sedang asyik bermain dengan ibu yang sedang dipangkuannya.

‘’Mommy..Daddy,’’ tutur si ibu cuba mengajar anaknya yang baru belajar untuk bercakap. Lalu bidadari kecil itu mengulang semula apa yang diajar ibunya perlahan.

Aku mengalihkan perhatian ke meja kerjaku lalu bingkas bangun dan duduk di kerusi. Perlahan tanganku membuka laci dan mengeuarkan buku jurnal yang sudah lama ku simpan beserta rantai pemberian Kristal. Tapi kali ini aku menyelitkan sekali cincin yang pernah aku berikan pada Kristal dulu.

Cincin itu aku perolehi daripada ibu Kristal ketika aku melawat mereka untuk mengetahui perkembangan mereka tidak lama dahulu. Tidak aku sangka, ibu Kristal menyimpan cincin ini dan memulangkannya kepada aku sebagai kenang-kenangan.

Daun pintu pejabatku terbuka lalu muncul kelibat dua orang yang kuperhatikan sebentar tadi.

‘’Daddy nak lunch?’’

‘’Sekejap lagi my.’’ Jawabku membalas ajakan isteriku.

Ya aku sudah bernikah. Selepas tamat pengajian aku bekerja di beberapa pusat perusahaan dan bank sehinggalah aku memilih untuk meneruskan legasi pernigaan ayah.

Aku akhirnya mengambil keputusan berkahwin denngan seseorang yang benar-benar menerima aku seadanya, Farah. Setahun yang lalu, kami dikurnia seorang puteri yang ke berikan nama Anggun Kristal.

Kristal adalah bidadari yang muncul dalam hidupku yang lalu dan kini muncul sebagai bidadari kecil dalam hidupku.

Aku mendukung Kristal kecil. Farah tahu tentang kisah cintaku yang lalu dengan Kristal, tetapi dia tdak pernah memprotes. Dan itulah yang menbuatku yakin bahawa pilihan ku ini adalah tepat.

Aku menyimpan buku jurnal Kristal dan kini bersiap sedia menempuh kehidupan masa hadapan dan menjadikannya sebahagian daripada pelajaran kehidupan agar jangan sambil lewa dalam menghargai pasangan terutama sekali cinta. Tentang cinta tanpa syarat, tanpa penipuan dan cinta suci yang dimiliki melalui sosok bidadari pinjaman Illahi.

Terima kasih kekasihku Kristal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience