BAB 2

Romance Completed 28831

Tepat pukul 7 malam deruman motosikal Ferhad kedengaran. Aku menyelak langsir tingkap bilik dan melihat Ferhad sudah menunggu di depan pagar rumah. Aku berlari laju menuruni anak tangga sambil menggalas backpack yang berisi buku dan tanganku pula lengkap membawa fail pelengkap lakonan ku. Harapnya menjadi.

Aku cium tangan ayah dan ibu dan meminta izin untuk keluar. Mereka angguk tanda memberi keizinan dan aku bingkas berlari menaiki motor.

Lebih kurang 10 minit perjalanan. Ferhad bersuara memecah kesunyian.

‘’Eh yang kau dari tadi diam membisu ni kenapa? Apa kau rasa dah buat dosa besar ke sampai masuk neraka jahanam sebab bohong ayah ibu kau sekali ni je? Buruk benar muka kau termenung jauh macam tu, dah macam cicak di dinding tunggu masa dilastik getah!’’

‘’Celaka betul! Kau samakan muka aku yang macam Justin Bieber ni dengan cicak? Aku takdelah bingung mana fikirkan bohong sunat dengan ayah ibu tapi kau ni ha, aku bingung ke mana je kau nak bawa aku ni. Kau kata nak bawa aku jumpa bidadari bagai ni jalan sunyi sepi dengan gelap lain macam lagi, aku dah tak sedap hati wey!’’

‘’Kau ni boleh tahan tak sabar juga orangnya. Relax dulu. Tempat tu memang sunyi sepi dan tiada orang tahu. Trust me!’’ balas Ferhad membuat daiku berkerut.

‘’Dah! Aku tak nak kau banyak cakap. Cepat bawa aku ke tempat tu sekarang!’’ arahku.

Kami meneruskan perjalanan melalui jalan-jalan kota yang bersilih ganti diterangi lampu neon beserta panorama laut yang tersergam indah disinari cahaya bulan yang masih malu bersinar.

Setelah hampir 25 minit, kami tiba di sebuah tempat aneh yang terletak di pinggir kota.

Mataku terkebil-kebil dan melilau melihat tempat yang ku pijak buat pertama kalinya. Di sepanjang jalan dipenuhi dengan kelam malam dan pusat karaoke, bar dan kelab malam.

Aku menepuk punggung Ferhad, sejujurnya aku bingung dan mulai gusar.

‘’Fer, dah kenapa kita ke tempat macam ni pula. Kau kan tahu aku tak berapa gemar bersosial. Ini tempat penuh dengan syaitan ni. Kau dah gila ke?’’ tanyaku.

‘’Hahaha kalau aku cakap awal-awal kau tak nak datang. Relax la Mal, marilah kita enjoy disko dansa ni. Bukan selalu. Please!’’ ajaknya penuh semangat! Sial betul!

‘’Aduh parah! Aku dah agak kau mesti kencing aku punya. Aku dah bagi warning kan? Adakah patut kau ajak aku ke tempat macam ni. Dah aku nak balik!’’ Aku menolak bahu Ferhad. Sumpah aku bagai rasa mahu muntah melihat kerenah orang ramai yang seakan berpesta dalam dunia penuh melalaikan ini.

‘’Hek eleh relax lah! Kita cuma haKristal fun bukannya nak buat dosa besar pun. Aku tak suruh kau minum arak kea pa. Aku memang nak bagi kau jumpa bidadari. Kau reti sabar tak?’’ ujar Ferhad penuh tenang. Eh mamat ni dah aku bengang macam ni masih boleh buat muka tenang pula.

‘’Bidadari kau kata? Takkan tempat macam ni ada Bidadari? Yang ada perempuan yang bergelumang dengan benda yang bukan-bukan. Tu ke maksud kau?’’

‘’Yes, yes itulah maksud aku. Kau nak bidadari macam di syurgawi aku tak dapat bagi tapi kalau kau nak bidadari dunia sini tempatnya dan biar aku tunjukkan. Jom ikut aku, murah je ada yang tak sampai seratus ringgit pun.’’

‘’Terima kasih sajalah bro. Kau pergilah sorang. Aku taknak dan aku menyesal ikut kau.’’ Luahku penuh kesal.

‘’Come on Mal, kita datang sini nak dekat sejam takkan kau nak sia-siakan macam tu je. Jomlah, belum cuba belum tahu.’’ Rintih Ferhad.

Kami terdiam seketika, saling memandang ke arah tempat yang Ferhad katakan. Lampu neon dengan tulisan ‘Your Angel Is Here’ bernyala-nyala. Bimbang dengan keselamatan Ferhad dan keselamatan aku juga, yelah memandangkan ini pertama kali aku datang ke sini akhirnya aku memutuskan untuk menemani Ferhad tetapi aku dah siap-siap bagitau dia yang aku tak ingin dia kenalkan aku dengan mana-mana ‘bidadari’ hatta berdisko meneguk air kencing syaitan.

‘’Betul ni yang kau nak tunggu aku di sini? Kau tak mahu masuk?’’ tanya Ferhad.

‘’Yelah, berapa kali aku nak cakap. Aku tengok belakang tu macam ada gerai nasi lemak ke mamak tak silap, jadi aku tunggu sana je.’’ Jawabku.

‘’Sure, kau tak takut menyesal?’’ Ferhad mengacah-acahku lagi.

‘’Sekarang ni kau nak masuk kea tau kau nak aku balik dengan motor kau? Kau pilih!’’ ugutku membuatkan Ferhad mengaku kalah lalu masuk ke pusat hiburan itu.

Aku duduk sambil meneguk teh botol yang aku order sebentar tadi. Di hadapanku silih ganti perempuan keluar masuk dan lalu lalang berpakaian seksi sambil menghisap rokok dan meneguk botol arak. Aku hanya menggeleng-geleng melihat kelakuan mereka.

Jadi inilah bidadari yang Ferhad maksudkan? Tipulah kalau aku cakap mereka tak cantik dan menggiurkan. Tapi pastinya bukan pilihan aku.

Mataku terus memerhatika mereka, seakan ia jadi hiburan mengisi kebosananku sehinggalah aku terlihat serorang wanita yang kelihatan seperti mengamuk sambil melempar sepuntung rokok ke lantai lalu menginjak ia dengan kasut tumit tinggi merahnya.

Entah kenapa mataku terus memandangnya dan wanita tersebut menyedari aku memerhatikannya.

Tiba-tiba aku gugup dan berpura-pura menghirup teh botol yang sudah kosong sebenarnya.

Wanita itu mendekatiku perlahan-lahan ke arah gerai ini. Aku yang duduk di kerusi panjang ini cuma tertunduk cuak.

Wanita itu mendekat dengan langkah sepatu haknya yang terdengar

Tiba-tiba dia berhenti lalu menghempaskan punggungnya duduk di sebelahku. Aku mencuri pandangnya dan perasan dia juga memerhatikanku sambil menguntuk senyum. Aduh manis sungguh senyumannya. Ya Tuhan kenapa jantung aku tiba-tiba berdetak kencang? Jantungku berpacu dengan cepat kala aku balik memandangnya sambil aku membalas senyumannya semula.

Wanita ini sungguh cantik dan begitu mempesonakan, serius ku begitu terpukau dengan kecantikannya. Rambutnya bewarna coklat dibiarkan terurai indah, kulitnya yang putih gebu membuatkan pemandangan malamku ini lebih berseri. Sungguh tidak pernah aku bayangkan akan duduk dengan wanita yang begitu cantik sekali, cantik, menggiurkan dan aku tahu dia penggoda.

Sebahagian dari diriku mengganas.

•••••••••••••••••••••••

Matanya masih lagi menatapku tanpa henti. Barangkali cuba untuk menggodaku.

Aku cuba mengalihkan perhatian dan menghilangkan kecanggungan itu dengan sekali lagi berpura-pura menghirup teh botol.

"Ada rokok?" dia mula bersuara.

"Maaf saya tak merokok,’’ jawabku sambil tersengih-sengih menggaru kepala yang tak gatal. Damn! Kenapalah aku berlagak macam kera dapat bunga ni. Cool Kamal, cuba cool!

"Wow, zaman moden macam ni masih ada lagi lelaki yang tak merokok? Apatah lagi berada di kawasan macam ni.." ujarnya yang tampak sedikit kagum.

"Habis tu datang sini tapi kenapa tak masuk ke dalam? Tak silap tadi datang berdua dengan member awak yang boleh tahan kacak tu kan?’’ tanyanya lagi. Perghh suaranya memang halus, merdu dan manja. Siapa yang dengar pasti akan terpukau.

Tapi yang menjadi persoalanku adalahm kenapa wanita secantik dia ini boleh jadi seperti ini. Mengikut pemerhatianku aku meneka dia tua dua, tiga tahun dari usiaku tapi dia ternyata tampak muda dan cantik persis bidadari. Ya benar apa yang Ferhad katakan, aku akan bertemu dengan bidadari di sini.

‘’Oh memang datang berdua tapi saya tak masuk,’’ jawabku gugup.

"Hmm, aneh juga. Biasanya orang lelaki takkan datang saja-saja datang sini kalau tiada apa yang dimahukannya. You know what I mean right? Jadi untuk apa awak datang ke sini?’’

"Oh, nothing, cuma temankan member je.’’ Balasku lagi. Dan wanita ini seakan kehabisan kata-kata mendengar jawapanku, mungkin juga menyampah dengan cara aku yang hanya menjawab sepatah-patah tanpa soal kepadanya.

Dia lalu mendekatkan tubuhnya kepadaku, dapat aku merasa hangat tubuh dan bunyi nafasnya.

‘’Apakata you dengan I je, nak tak?’’ tanyanya dengan nada menggoda membuat imanku sedikit gentar.

"Hah apa?!!!" tanyaku yang sangat kaget dengan pelawaannya itu.

"Iya, lebih baik you temankan I daripada duduk lepak di sini tak buat apa.’’ Dia menarik lenganku.

‘’Tapi cik, maaf saya memang tak boleh ikut cik,’’ jawabku menolak pelawaannya itu. Aku benar-benar gugup.

‘’Alah kenapa? Jangan risau. I bagi diskaun nak? Jomlah, okay? Pleasee..’’ pujuknya lagi sambil mendekatkan tubuh gebunya semakin hampir ke tubuhku. Malah jari jemarinya semakin meliar menyentuh tanganku dan membuatku semakin gugup lalu berdiri.

Wanita itu seakan tahu yang aku berusaha menghindar darinya. Wajahnya yang manis serta-merta bertukar jadi merah padam mungkin malu atau marah.

Seketika kemudian melepaskan keluhan sambil menggembungkan pipinya yang sedikit montel itu.

‘’Apalah malang betul hari ini. Takde sorang pun yang sangkut nakkan aku? Apa semua lelaki ni tiba-tiba jadi gay ke hari ni? Pelik betul!’’ luahnya dan akku mendengar saja sambil tertunduk.

‘’Aku cuba menenangkan suasana dan perlahan kembali duduk di sebelahnya tapi masih menjarakkan tempat duduk darinya.

‘’Eh takkanlah wanita secantik cik ni tiada siapa yang mahu,’’ ucapku jujur.

Dia menatapku dengan sorot mata tajam. Kemudian menghela nafas panjang

dan membuangnya.

"Yelah dah adat berniaga kan, ada masanya laris ada masanya tak laku langsung. Malang betul nasib, malam ni tak laku juga,’’ bentaknya sambil mengocakkan rambut ikalnya.

Melihat suasana hati dia yang begitu kesal. Akhirnya terlintas di

fikiranku untuk menawarkan sesuatu.

"Nak minum teh botol tak?" Tanya ku membuatkan dia sedikit kehairanan.

"Boleh." jawabnya pendek.

Akhirnya aku memesan satu teh botol dan menyerahkan padanya.

"Nah tehnya, silalah minum cik,’’pelawaku yang sudah mulai kurang gugup berhadapan dengan wanita ini.

"Thanks.." katanya sambil meminum teh botolnya kemudian berbicara

sendiri lagi.

"Dahlah banyak masalah, itu ini kena bayar. Stress betul hidup ni.’’ngomelnya.

"Ada masalah apa sih, cik?" Tanyaku berani.

Kemudian dia menatapku dari hujung kepala sampai hujung kaki.

"May I know how old are you?’’

"Baru masuk 19 tahun, cik."

"Really? Masih setahun jagung manalah boleh faham masalah dunia orang dewasa,’’ ucapnya sinis.

‘’Siapa cakap cik? Masalah itu datang tanpa kira umur, budak-budak sampai dewasa takkan terlepas dari masalah.’’ Aku mula berdebat dan sekali lagi dia memandangku kehairanan juga sedikit tercengang.

‘’Wow, kamu memang berbeza dengan leaki lain yang pernah datang ke sini. Selaunya mereka cuma mahu mencari keseronokan tanpa mahu peduli masalah orang lain apalagi golongan macam I ni.’’ Aku tersenyum lebar mendengar pujian dari dia.

‘’Tak semua lelaki macam itu cik. Dalam sejuta pasti ada yang baik. Itulah namanya kehidupan. Hidup ini tak semestinya semua indah sahaja,’’ jelasku dan dia seakan mengiyakan kata-kataku dengan menganggunk setuju.

"Ya mungkin. Macam I sekarang ni memang sempit dan terdesak perlukan duit,’’ luahnya sambil menunduk.

"Maaf. Kalau boleh, nak tahu perlu buat apa,cik?" Tanyaku penuh tahu.

Dan seperti kisah yang tak pernah berakhir wang selalu jadi masalah. Aku

mengerti bahawa itu adalah masalah klasik dan eKristalrgreen setiap orang. Siapa di dunia ini yang tak perlukan duit. Duit itu adalah masalah. Kalau dia tak perlukan duit, mana mungkin dia bekerja di sini.

"Ya, nasib I ni bagai dah jatuh ditimpa tangga. My mom kena penyakit, ada ketumbuhan dalam perut yang semakin membesar. Semalam dah bawa ke hospital, doktor kata ada tumor ringan tapi perlu segera buat pembedahan. Sebab tulah I kena cepat cari duit. Tapi tengoklah, dah hampir seminggu I tak dapat pelanggan,’’ jelasnya lagi panjang lebar. Sedangkan aku hanya mengangguk-anggukan saja kepalaku.

Mendengar nada bicaranya yang sayu mebuat aku sedikit hiba.

‘’Boleh tahu nama cik siapa?’’ Matanya yang sedikit kuyu memandangku lesu.

‘’Kristal, panggil saya saya Kristal, dan kamu?’’ Aku tergamam, namanya Kristal, indah dipandang namun bagiku sangat fragile. Itu adalah first impression ku.

‘’Nama saya Kamal,’’ jawabku ringkas.

Tiba-tiba dia terdiam setelah mengetahui namaku. Wajahnya tampak menahan

rada sedih seumur hidup. Jujur, sebelumnya aku belum pernah melihat

wanita menangis sehiba itu dan aku terus dihimpit rasa bersalah.

‘’Kalau benar cik Kristal perlukan wang, boleh tak saya tahu berapa agaknya jumlah yang cik perlukan untuk menampung pembedahan ibu cik?’’

Dia menatapku dengan tatapan yang tak yakin.

"Panggil Kristal saja. Aku tak suka dipanggil cik, miss segala bagai, umur kita cuma beza tiga tahun.." katanya sambil menghirup teh botol

yang dari tadi berada dalam genggamannya. Dia juga sudah mulai membahasakan dirinya ‘aku’ dan tidak lagi menggunakan ‘I’ seperti di awal perbualan. Mungkin dia juga sudah merasa selesa denganku. Benar tekaanku, dia tua tiga tahun dari aku.

"Baiklah Kristal.’’

"Hurm, kamu kan baru 19 tahun, dapat dari mana duit? Aku sekarang ni kurang RM3500. Dari mana kau nak dapat duit banyak macam tu?’’ AKu sedikit terkejut mendengar amaun tersebut.

"Oh, Jadi kurangnya RM3,5000? Relax Kristal. Kalau amaun banyak tu, duit saya cukup. Cuma masalahnya kalau nak malam ni memang tak dapat kena tunggu esok, boleh?’’ ucapku jujur dan bersungguh-sungguh. Tapi yang membuatku bingung, boleh pula dia ketawakan aku.

"Kau janganlah bergurau Kamal. Amaun tu bukan sedikit tau tak, please. AKu dalam kesusahan dan janganlah buat aku lagi bingung.’’ Balasnya sambil memandang hujung kasut tumit tinggi rona merahnya yang ku sedari ada sedikit koyak bahagian hujung tumit.

‘’Aku sudah banyak kali ditipu pelanggan tapi kalau kena kencing oleh budak baru belasan tahu, ni sah-sah yang pertama kali dalam hidup.’’

"Sumpah. Saya tak bergurau Kristal!" laju aku menjawab. Dan kerana tak mahu dlabel penipu, aku cepat-cepat memikirkan cara lain.

‘’Okay, apa kata beri saya nombor hp awak, nanti saya akan call untuk berikan kamu wang tu. Tapi kalau boleh bukan di sini, di tempat lain yang kurang menimbulkan syak. Boleh?’’

‘’Kamu serius?’’ Dia membulatkan kedua bola matanya. Yes! Akhirnya Kristal percaya juga dengan kesungguhan kata-kataku ini.

Aku mengangguk tiga kali.

"Terpulang dari kau nak jumpa di mana, kau set tempat dan I’ll be there. Aku ikut je asalkan kau tak kencing aku.’’ Jawabnya.

Aku mengeluarkan hp dari kocek dan memberi pada Kristal untuk dia memberi nombor telefonnya. Usai menyimpan namanya dalam contact list, dia terus menyerahkan semula hp ku.

‘’Tapi ingat ya Kamal, aku ni orangnya penuh dosa dan bukan perempuan yang baik, jadi aku beri kau masa sehingga untuk fikir kalau betul kau mahu membantuku. Aku tidak memaksa, asal jangan kau tipu aku. Tu je. And please jangan bersaya-saya dengan aku. AKu lebih selesa kita bahasakan diri aku –kau. Tak payah formal sangat.’ Pintanya lagi dan aku cuma mengangguk senyum.

"Aku juga bukan orang baik dan bukan juga orang yang jahat. Kita hanya

ditakdirkan di tempat yang salah dan ditakdirkan untuk mengenal dengan

baik atau buruknya kita." Jawabku selamba

Dia terdiam. Memikir semula kata-kata yang baru sahaja keluar dari bibirku.

Tiba-tiba Ferhad keluar dari kelab malam dan meluru laju ke arah kami. Matanya memandang aku dan Kristal.

Kristal bingkas meminta diri untuk berganjak pergi.

‘’Okay Kamal, aku cau dulu. Sampai jumpa lagi and terima kasih sudi berbual dan belanja minum teh.’’

" Sama-sama." jawabku melempar senyum.

Kristal pun membalas membalas senyuman terakhirnya malam ini dan dari senyum itu aku tahu, dia pasti berharap aku membantu dan kembali lagi untuk

menolong dia. Sedangkan mangkuk hayun depan aku ni sedang memandang aku dengan penuh rasa teruja dan tak sabar dah nak membahan aku.

"Pergh dashyat bro! Cantik! Berjaya juga kau tangkap bidadari. Dah test ke tadi?’’ tanyanya penuh tahu.

‘’Kau dah gila ke? Aku masih waras dan punya agama. Dah, ini kali terakhir aku temankan kau ke sini. Lain kali jangan pernah berani ajak aku ke tempat tak senonoh ni. Faham?’’

‘’Okay, okay, sorry beb. Takyah marah-marah, jam pun dah nak pukul 10 malam, apakata kita merempit balik sebelum mak bapak kau cari anak lelaki kesayangan mereka ni.’’

‘’Kau jangan nak dok perli-perli aku okay! Tunggu kejap, aku nak bayar minuman dulu.’’

Aku mengeluarkan not kerta RM20 lalu diberikan kepada makcik gerai itu.

‘’Nak, apa saja yang dibualkan dengan Kristal tadi?’’ Tiba-tiba makcik

Yang berniaga gerai itu bertanya. Membuatku bingung.

"Oh.. Tiada sembang apa sangat melainkan dia cuma mengadu ada masalah, itu sahaja.’’ Jawabku ringkas.

Makcik itu menghela nafas panjang.

"Iya, kasihan dia, nak . orang cantik macam tu tapi kerja di tempat macam ni. Dia tu makcik perhatikan dah lama tak dapat pelanggan. Makcik ni taklah sokong pekerjaan dia tu tapi sebagai manusia kasihan tengok perempuan muda macam dia, mana lagi terpaksa menjaga ibunya yang sakit.’’ Ujar makcik gerai tu.

"Jadi, betullah ibunya sedang sakit?’’

"Begitulah, nak ," ucap ibu itu sambil mengemas gelas dan botol minuman di atas meja.

Saat kakiku mahu melangkah pergi dari situ. Fikiranku sekali lagi membayangkan raut wajah Kristal. Kenapa perempuan secantik Kristal tidak ada yang tertarik pada kejelitaannya sama sekali? Aneh. Kakiku mahu melangkah pergi namun hatiku seakan memberat. Aku patah beberapa langkah dan menuju semula ke arah makcik tadi.

‘’Maaf bertanya ye makcik, saya agak musykil, kenapa perempuan secantik Kristal tidak ada pelanggan yang mahu? Padahal, kalau bukan memikirkan dosa pahala, orang seperti saya juga mahu berdampingan dengan perempuan secantik dia.’’ Tanyaku lagi.

Makcik itu mendekatkan bibirnya ke telingaku lalu berkata, "Dengar-dengar dia itu ada penyakit Siflis." Aku yang mendengarnya kaget seakan tidak percaya.

"Siflis? Penyakit jangkitan kelamin tu ke makcik?’’ makcik itu mengangguk.

‘’Sebab itulah ramai pelanggan yang lari takut terjangkit. Penyakit bahaya tu nak oi.’’

Setelah itu aku dan Ferhad pergi meninggalkan tempat itu.

Ferhad menghantar aku pulang sampai ke rumah. Sepanjang perjalanan fikiran ku tidak berhenti dari terus memikirkan Kristal. Tanpa sebab yang aku sendiri kurang jelas namuan bayangan wajahnya dan setiap bicaranya membuat aku tidak teragak-agak untuk membantunya.

Bagiku Kristal adalah perempuan yang cantik namun terperangkap dalam hal berat dalam dunia yang menuntutnya untuk memilih jalan hidup penuh dosa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience