BAB 9

Romance Completed 28831

AHAD, 9.00 PAGI

Aku merapikan kolar bajuku sekali lagi. Hari ni aku begitu bersemangat, berdandan rapi. Berkobar-kobar dan tak sabar nak bagitau Kristal yang aku sudah mendapatkan kerja untuk dia. Entah bagaimanalah agaknya reaksi dia nanti. Aku harap dia menerima.

Segera aku capai kunci kereta dan bergegas menuruuni tangga. Sempat Azwa menyindirku.

‘’Amboi wangi semerbak, nak jumpa makwe lah tu.’’perlinya sampil memeluk tubuh.

‘’hek’eleh takde kaitan langsung. Apasal pula cakap macam tu?’’

‘’yelah selalunya abang masih lagi dengan seluar tidur busuk abang tu, berbeza dengan sekarang dah mulai pakai minyak wangi bagai,’’ujar Azwa sambil menghidu bajuku.

‘’Hek eleh, abangkan model, lelaki tanpan kat Kuala Lumpur ni jadi kenalah jaga penampilan diri. Tiada kaitan langsung nak mengorat awek bagai ni.’’ Jawabku lalu bingkas meningglkan Azwa tercengang.

***

Setelah hampir 45 minit menempu perjalanan ke rumah Kristal, sekali lagi aku menapakkan diri ke gerbang rumah Kristal yang serba kekurangan ini.

Seperti biasa suasana seperti di sana, Sepi. Kemudian aku menyeret langkahku hampir ke pintu dengan perasaan sedikit cemas. Perasaan cemas aku hilang saat melihat kasut yang selalu dipakai Kristal terletak di rak kasut kayu di tepi pintu. Alhamdulillah, sepertinya pelan ku berjalan dengan lancer hari ini.

Aku mengetuk pintu dan selang beberapa detik orang yang aku ingin temui kini muncul di hadapanku.

‘’Kamal?’’

‘’Selamat pagi cewek cantik,’’ucapku mengusiknya.

‘’Ada apa kau datang ke sini Kamal?’’ tanyanya sambil mengerutkan dahi.

‘’Tak ada apa-apa aku cuma nak melawat ibu kau.’’ Jawabku, sedikit berbohong padahal aku ingin bertemu dengan dia saja sebenarnya.

‘’Eh, ada tetamu? Kenapa tak ajak masuk Kristal?’’ Tiba-tiba terdengar suara dari dalam. Muncul wanita separuh baya yang sangat cantik, aku yakin dia itu

adalah ibu Kristal, dan ternyata Kristal mewarisi kecantikannya daripada ibunya.

Kristal menjadi malu-malu di hadapanku. Aku terus menghulurkan tanganku pada perempuan tua itu lalu mencium tangannya.

‘’Assalammualaikum makcik, saya Kamal,’’ucapku.

‘’Oh jadi inilah Kamal? Eh masuk nak, minta maaf sangat sebab rumah kami ni kecil dan daif.

‘’’Kristal, kan kawan kau datang ni, apasal duduk tercengang pergilah buatkan minuman. Teh ada lagi kan?’’ arah ibu Kristal sambil menepuk bahu Kristal sedang menggelamun itu.

Aku hanya tersenyum melihat gelagat lucu dua beranak itu.

‘’terima kasih Kamal kerana telah banyak menolong kami. Berkat bantuan kamu, makcik sudah selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat,’’ luah ibunya memecahkan kesunyian ketika kami sudah berada di ruang tamu. Sesekali mataku curi-curi memandang sekeliling rumah mereka. Takut kalau ibu Kristal menyedari kelakuanku.

Tidak ada perabot istimewa, bahkan bilikku lebih besar jika dibandingkan dengan ruang tamu mereka. Hanya ada sebuah sofa dua tempat duduk dan meja dinding dan beberapa bingkai gambar yang tergantung di dinding. Pasu bunga seramik cuma ada sebatang dua bunga mawar putih plastic yang sudah mulai menguning warnanya juga ada sebuah foto budak perempuan terenyum manis berada dalam pelukan seorang perempuan. AKu menatap foto wanita itu dan entah mengapa tidak semena-mena seakan ada kedamaian dan sayu menjentik relung hati.

‘’Itu foto Kristal waktu kecil,’’ tiba-tiba ibunya bersuara memecahkan lamunanku.

‘’Perempuan cantik yang memeluk Kristal itu pastinya makcik kan?’’ ibu Kristal hanya tersenyum mengangguk perlahan.

Dari jauh aku melihat Kristal yang berjalan anggun. Walau penampilannya

hanya memakai baju-T lusuh dipadankan dengan seluar batik, namun bagiku dia nyata anggun persis bidadari. Betullah kata orang kalau sudah cantik, pakai apapun cantik.

Kristal berjalan menuju ke arah kami dengan membawa tiga gelas minuman yang diletakkan di atas talam.

‘’Jemput minum Mal.Maaflah cuma ada teh kosong. Banyak barang rumah yang habis.’’ Jawabnya jujur.

‘’Tak mengapa, ini pun dah cukup, terima kasih Kristal.’’

Banyak betul yang aku sembangkan dengan ibu Kristal, sementara Kristal pula lebih banyak mendiamkan diri.

Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan jam 2 petang. Sudah cukup lama aku berada di rumah ini. Aku meminta izin untuk pulag tetapi sebelum itu aku juga meminta kebenaran daripada ibu Kristal untuk membawanya keluar sebentar. Ibu Kristal memberi keizinan.

Selepas menunggu Kristal bersiap hampir 10 minit, kami akhirnya beredar keluar menaiki kereta menyusuri jalan kota. Kristal kulihat tenang sementara aku sedang fokus dengan pemanduan selain sedang menyusun kata untuk memberitahu Kristal khabar gembira.

‘’Kita nak ke mana ni Kamal?’’ Tanya Kristal dengan nada bingung.

‘’Kau relax je, aku nak bawa kau ke sebuah tempat special.

‘’Tak payahlah berahsia sangat, nak ke mana?’’

‘’Eh dah namanya pun rahsia kan. Nanti kau akan tahu juga.’’jawabku seraya memecut laju. Bukan apa, aku sudah tak sabar nak buat kejutan untuk Kristal.

Dua puluh lima minit kemudian, kereta berhenti betul-betul di hadapan gedung pakaian. Aku memegang tangan Kristal mengajaknya keluar dari kereta. Kristal hanya memandangku tanpa membantah bahkan dia tidak menolak genggaman tanganku cuma tercengang seketika mungkin merasa aneh melihat kelakuanku. Aku segera membawanya masuk.

‘’Selamat petang cik, saya datang ni.’’ Sapaku kepada wanita yang ku temui semalam sambil melemparkan senyuman.

‘’Hai selamat petang encik, oh jadi inilah teman wanita kamu ye?’’

Alamak! Mati kantoi! Apasallah cik manager ni cakap macam tu depan Kristal. Kristal pulak kehairanan mendengar kata-kata pengurus tersebut.

Tangannya masih berada kemas dalam genggamanku, rasanya tak ingin ke lepas walau sedetik. Entah kenapa aku merasa tenang merasa kehangatan tubuhnya. Dan yang membuat hatiku berdegup kencang saat aku merasa Kristal juga membalas genggaman tanganku lembut.

Mata melilau memandang gedung pakaian itu yang cukup besar.

‘’Silakan duduk encik, cik. Saya ambil fail saya sebentar ya,’’ujar pengurus itu.

AKu mengajak Kristal duduk di kerusi menunggu. Tiba-tiba Kristal menatapku curiga.

‘’Fail? Teman wanita? Apa maksudnya Mal?’’ Tanya Kristal sambil mencuit perutku dan aku hanya terkekeh ketawa.

‘’Kau jangan macam-macam Mal,’’marahnya sambil menjuihkan bibirnya cuba membuat muka garang namun aku sama sekali tak gentar pun.

Tiba-tiba pengurus gedung itu datang bersama beberapa borang kosong di tangannya dan menatap Kristal.

‘’Sila isi boring-borang ni dulu ya cik, esok atau lusa cik boleh terus mula bekerja.’’ Ucapnya.

Kristal tergamam saat mendengar kata-kata pengurus itu. Tapi dia tetap mengambil boring-borang tersebut dan memerhatikannya seketika lalu memandangku dengan alis yang bertaut dan bergantian memandang penjaga gedung itu.

‘’Semalam teman lelakicik datang ke sini. Katanya cik sedang perlukan pekerjaan dan ya, kebetulan kami sedang memerlukan pekerja. Dan benar seperti apa nyang diberitahu oleh teman lelaki cik, cik memang sesuai dengan posisi ini. Kami memerlukan orang yang mempunyai personality menarik memegang jawatan ini,’’ jelas pengurus itu menjawab persoalan yang bermain di minda Kristal.

Aku cuma memerhatikan wajah Kristal. Matanya bersinar dan senyuman manis menguntum di bibirnya. Seolah-olah Kristal gembira dengan kejutan yang diterimanya .

‘’Terima kasih ya cik,’’ jawab Kristal dan beberapa saat kemudia menatap ku dengan pandangan penuh makna. Aku cuma membalas senyumannya.

‘’Tahniah Kristal, akhirnya kau dah boleh ucap selamat tinggal pada pekerjaan lama kau dan mulakan lembaran hidup yang baru. Minta maaf kalau kau rasa aku crossed the line, tapi apa yang ku lakukan hanyalah demi yang terbaik untuk kau,’’ ucapku.

Kristal hanya diam namun senyuman girang tidak henti dari bibirnya.

Berulang kali aku diserang dengan pelbagai soalan dari Kristal yang ingin tahu bagaimana caraku mendapatkan pekerjaan untuknya dan berulang kali jugalah aku menjawab soalan yang sama.

AKu mengajaknya pergi ke sebuah supermarket selepas makan tengahari yang sudah agak lewat sebenarnya. Aku sempat membelikan beberapa makanan keperluan untuk Kristal dan ibunya. Mulanya ditolak Kristal tapi aku memaksa dengan alasan ibunya sakit dan sudah tentu memerlukan makanan berkhasiat. Selepas itu aku menghantarnya pulang lalu. AKu tidak sempat bertemu dengan ibu Kristal yang ketika itu sudah tidur.

‘’Terima kasih ya Mal, kau layan aku dengan sangat baik,’’tuturnya.

‘’Eh, janganlah cakap macam tu, tak perlu berterima kasih, kitakan kawan. Masuk kali ni dah lebih seratus kali kau cakap terima kasih, ada juga yang telinga naik bengkak karang,’’ujarku berseloroh.

‘’Aku masih tak menyangka Mal, ternyata di dunia ini masih ada lagi lelaki sebaik kamu. Cuma sayangnya masih budak,’’ usik Kristal pula sambil menjentik daguku lembut.

‘’Amboi, walaupun budak tapi memang sangat sesuai dengan kau,’’ aku pula cuba pickup line.

‘’Dah, mulai dah gurau dia ni, dah dah, baik kau balik sekarang, budak kecik macam kau nanti ibu cari.’’ Amboi main kasar Kristal nampaknya.

‘’Baiklah Kristal, kirim salam kat ibu kau ya.’’

Hari ini bagai berlaku begitu pantas namun cukup indah buat aku kerana dapat berada dengannya. Sepanjang perjalanan aku tidak henti-henti terenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience