BAB 8

Romance Completed 28831

Rasa bersalah semakin menghimpit diriku mesti pun sudah dua malam berlalu selepas kali terakhir bertemu Kristal.

Sekarang sedang cuti semester dan pagi ini aku bangun lebih awal dari biasa. Puas aku memikirkan pelan-pelan untuk membantu Kristal.

Pertama sekali aku perlu mencarikan kerja yang halal untuk Kristal. Dia perlu ada kerja lain untuk keluar dari lembah pelacuran itu.

Puas aku meronda-ronda kawasan sekitar dan ternyata mencari pekerjaan ini bukan mudah seperti yang ku fikirkan apalagi mencari pekerjaan untuk Kristal.

Banyak laman kerja kosong yang aku buka mengiklankan jawatan kosong untuk individu yang mempunyai kelayakan seperti Kristal.

Tapi aku takkan berputus asa. Aku akan terus mencari kerja yang sesuai dengan Kristal. Jurujual, pelayan Café atau bermacam-macam lagi yang sesuai dan halal asalkan dia tidak lagi menjadi kupu-kupu malam.

Saat aku mulai berputus asa, bayangan wajah Kristal muncul sekaligus memacu semangat ku semula untuk mendapatkan pekerjaan untuknya.

Lelah berputar-putar di tengah kota yang panas terik membahang ini membuat peluh jantanku mengalir laju. Aku lalu bergegas masuk ke sebuah mall untuk membasuh muka di tandas.

Sedang aku melewati koridor, mataku terlihatkan sebuah iklan hawatan kosong yang dilekatkan pada dinding.

JAWATAN KOSONG

WANITA

18 -27 TAHUN

KERJA SHIFT

Hatiku melonjak kegirangan seperti kanak-kanak yang baru mendapat lollipop.

Aku tak baca segala syarat-syarat yang diperlukan. Apa yang penting sekarang untuk mendapatkan pekerjaan itu untuk Kristal. Aku segera mencatat alamat yang tertera pada iklan tersebut lalu membatalkan niatku untuk ke toilet tadi.

Aku menghidupkan semula enjin keretaku untuk segera ke alamat tersebut. Aku meletakkan kereta di hadaan sebuah gedung pakaian wanita. Setelah memastikan alamat tadi betul aku terus masuk ke gedung tersebut dan mencari pemilik atau pengurus gedung tersebut.

‘’Selamat petang cik, tadi saya ada nampak iklan yang pusat ni tenga cari pekerja betul kan?’’

‘’Ya, betul tu encik tapi buat masa ini kami mencari pekerja perempuan,’ jawab perempuan yang menurutku berusia awal 30-an. Matanya memerhatikanku. Mungkin dia fikir aku yang sedang cari kerja.

‘’Macam ni cik, saya sedang mencari pekerjaan untuk seseorang, dan dia perempuan. Apa masih ada jawatan kosong cik?’’

‘’Masih ada encik. Kalau boleh nak tahu untuk siapa ye?’’

‘’Buat kekasih saya cik,’’jawabku selamba.

‘’Oh kalau macam tu apakata encik datang esok bawa sekali teman wanita encik,’’ terang perempuan itu dengan senyuman manis.

‘’Betul ke ni? Yes! Esok juga saya datang ya. Kalau boleh tunggu saya jangan bagi kerja tu kat orang lain dulu,’’pintaku bersemngat.

‘’Baiklah encik.’’

Aku meminta diri dan segera meninggalkan tempat itu dengan perasaan girang. Sudah tidak sabar rasa hati ini untuk memberi khabar gembira ini pada Kristal. Pasti dia juga gembira. Esok pasti menjadi titik permulaan baru kehidupan Kristal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience