BAB 17

Romance Completed 28831

DI HOSPITAL

Mentari pagi seringkali memberi sinar harapan bagi manusia dan segena makhluk di bumi untuk menjalani satu hari lagi yang lebih baik dari semalam namun adakalanya mendung menyapa menyelimuti angkasa seakan bersedih, mungkin kerana merasa kita melupakannya.

Meskipun akau disuruh untuk fokus peperiksaan akhir tapi aku akan pastikan untuk selalu berntanyakan khabar dari Kristal lewat oanggilan telefon. Tiga hari terakhir ini aku sering memeriksa kondisinya.

‘’Kamal call lagi ke?’’ Kristal meneka saat ibunya mahu menghulurkan hp kepadanya.

‘’Ya, kamu nak bercakap dengan Kamal ke?’’ Kristal hanya menggelengkan kepala.

‘’Bagitau yang Kristal baik-baik dan sedang tidur,’’ [inta Kristal.

‘’Tapi nak, kasihan Kamal dari semalam tak henti telefon mahu bercakap dengan kamu. Ibu pun dah mati alasan, asyik bagitau kamu tidur.’’luah ibu Kristal.

‘’Tak ada apa-apa tub u, Kristal tak nak.’’ Belum pun sempat ibunya menghabiska kata-kata Kristal sudah menggerakkan kerusi roda menjauhi ibunya. Sejak kebelakangan ini pergerakan Kristal terbatas dan dia hanya mampu menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Kudratnya lemah walau berdiri pun dia sudah tidak mampu.

Selama berada di hospital, Kristal asyik meminta ibunya membawakan buku dan pen. Entah kenapa keinginannya untuk menulis datang dan setiap kali dia mula menarikan pen ke atas kertas, airmatanya turut berlinang. Begitulah rutin sehariannya.

Pada kertas dan pen itu dicurahkan segala yang terbungkam, segala yang memeritkan dadanya. Wajahnya yang dulunya cantik jelita bagai bidadari kini seakan terbang dari dirinya, sudah tiada lagi kecantikan kerana yang ada sekarang adalah sosok wanita yang semakin dimamah kesakitan akibat dari sejarah hidupnya yang ‘terbang’ sebagai kupu-kupu malam. Sudah tiada ssenyuman manis dari bibirnya yang mungil itu.

***

Peperiksaan akhir akan berakhir dalam masa seminggu lagi. Rasa bimbang dan khuator pada Kristal semakin menggunung. Sejujurnya aku mahu menjenguk Kristal di hospital memberikan semangat, menemaninya dan mungkin juga memberikan diriku semangat dengan berada selalu di sisinya. Tapi aku terpaksa menurut permintaan Kristal. Aku mengalah.

Kuala Lumpur masih terang benderang dan aku pula baru sahaja selesai kertas kedua hari ini.

Di hadapan gerbang kampus, sebuah bazar amal untuk anak-anak yatim sedang berlangsung. Di luar kampus kelihatan ramai urusetia sedang melayani orang ramai yang ingin memasuki bazar itu.

Aku berjalan-jalan melihat gerai-gerai yang terdapat pada bazar itu, entah kenapa aku merasa sendirian walaupun dalam ramai ini.

Di kala fikiranku melayang entah ke mana, mataku terlihat akan gerai menjual aksesori unik dan vintaj berhampiran pintu keluar. Lama aku tercegat di situ memerhatikan deretan rantai, cincin dan kalung juga beberapa hiasan unik yang diletakkan di atas meja.

Mataku tertarik melihat sebentuk cincin dengan ukiran yang sangat unik Aku mengambilnya dan melihatnya dengan lebih dekat. Ya, ia memang cantiik.

‘’Belilah cincin ni bang, cantik.’’

‘’Oh, saya cuma nak tengok-tengok je,’’ jawabku kekok.

‘’Cincin ni design dia satu je, takde sama dengan yang lain dan agak unik. Tinggal sepasang memang dijadikan sebagai couple ring, dan design pun vintaj ala-ala Parisian style.’’terang penjual itu lagi.

‘’Ha’ah memang cantik dan saya agak tertarik.’’ Balasku lagi.

‘’Bukan sekdar cantik bahkan cincin ni kira lucky ring juga.’’

‘’Kenapa?’’

‘’Cincin ini dinamakan cincin pengikat. Sengaja dibuat sepasang agar kedua pasangan kekasih itu memakainya dengan harapan perasaan mereka akan saling terikat,’’ jelas penjual itu lagi membuatku terpegun.

‘’Betul ke ada cincin yang macam tu?’’

‘’Itu apa yang penciptanya kata. Tapi tujuannya juga mulia kan. Hasil jualan akan disumbangkan ke[ada anak-anak yatim, dan siapa tahu yang memakainya akan diberi doa mohon kesejahteraan dan kesihatan yang baik…’’

Aku terus dapat menangkap bahawa bertuah yang dimaksudkan adalah doa dari anak-anak yatim dan aku merasa apa yang diperlukan saat ini oleh Kristal adalah doa. Tanpa berfikir panjang aku terus membeli cincin tersebut.

‘’Baiklah saya beli kerana ia datang bersama doa anak-anak yatim,’’ujarku.

‘’Nak beri pada kekasih ke?’’ tanya penjual itu lagi.

‘’Ya kak, sekrang ini dia lagi sakit tenat, jadi saya minta agar tolong doakan dia agar segera sembuh.’’

‘’Insya-Allah dengan izin Tuhan dia akan sembuh. Sma-sama kita berdoa ya,’’balasnya lagi.

***

Senja mahu membuka tirainya dan lampu-lampu jalan sudah mulai menyala. Sebelum hari gelap, baiklah aku singgah ke hospital terlebih dahulu.

Aku menyusuri koridor hospital, hatiku sudah tidak tertahan mahu melihat Kristal. Apapun reaksi Kristal aku sudah tidak peduli kalau dimarah asalkan aku dapat melihat dan melepaskan kerinduan ku padanya. Sepasang cincin yang ku genggam dan letakkan semula di kocek seluar ku.

Aku menolak daun pintu dengan perasaan penuh debar.

Kristal nyata terkejut elihat kehadiranku.

‘’Kamal?’’ matanya yang bulat melihatku bagai melihat hantu.

Perlahan-lahan aku mendekati Kristal yan sedang baring dan menghempaskan punggung ku di hujung katil.

‘’Maafkan aku Kristal kerana datang tak bagitau kau terlebih dahulu. Esok aku cuti, tiada exam sehingga lusa, jadi aku putuskan untuk datang ke sini. Aku dah tak peduli kau nak marah tapi aku tak boleh berhenti dari fikirkan kau,’’aku meluah dan merintih dihadapan Kristal yang seakan tenang memandangku.

Kristal terdiam seketika, ‘’Kau ni memang degil orangnya,’’ujarnya tersenyum.

Sebuah senyuman yang dipaksa walhal dia sedang menahan sakit yang telah mencuri semua keindahan dirinya.

‘’Oh ya Kristal, ada sesuatu yang imgin ku berikan pada kau,’’ aku meraba-raba kocek seluarku dan mengelaurkan cincin dengan ukiran unik yang ku beli tadi.

‘’Apa ni Mal?’’tanyanya

‘’Oh tadi ada bazar kat kampus, jualan amal untuk anak-anak yatim dan kebetulan aku terjumpa cincin ini. Tengok ni, aku pun pakai. Katanya dibuat oleh anak-anak yatim,’’aku mengambil tangan Kristal dan memasangkan cincin ini ke jari manisnya.

Kristal membelek-belek jari jemarinya seketika lalu tersenyum lagi.

‘’Wah cantiknya cincin ni Mal, aku suka.’’ Jawabnya perlahan dengan mata yang mulai melayu.

‘’Ya cantik, sesuai dan cantik dipakai di jarimu. Dengan cincin ini smeoga saja perasaan kita berdua sentiasa terikat. Jadi kalau kau merindukan aku dan ingin sentiasa aku berada di sisimu, tataplah cincin ini untuk mengubat rindu,’’ ujarku malu-malu kucing.

‘’Ish kau ni bergurau je kau tahu,’’marah Kristal.

Kristal terdia seketika, Matanya memandang ‘ruang angkasa’ bilidk itu lalu menghela nafas lega.

‘’Mal,’’

‘’Ya Kristal, kenapa?’ AKu mendekatkan tubuhku ke arahnya.

‘’Aku nak minta tolong dari kau sesuatu”’ Aku tersenyum.

‘’Ada apa? Apa saja aku akan usaha lakukan untuk membantu kau Kristal.’’

‘’Sungguh?’’

‘’Ya serius ni Kristal, aku akan cuba usaha untuk membantu kau dengan ikhllas. Jangan teragak-agak, kau boleh bagitau aku apapun,’’laku bibirku memaculkankata-kata itu.

Mata Kristal dipejam perkahan lalu tangannya menyentuh ke tanganku seraya mengeluarkaan jari kelingkingnya.

‘’Janji pada aku yang kau akan tolong aku?’’ pintanya dan aku menuruti permintaanya.

‘’Nanti andai kata aku pergi dulu, aku mahu jenazahku dimakamkan di sebelah makan ayah kandungku di kampung halamannya, boleh?’’

Aku tersentak mendengar kata-kata Kristal itu. Darahku berderau dan jantungku berdegup kencang.

‘’Eh kenapa cakap macam ni Kristal. Kau tak boleh cakap amcam tu. AKu jadi takut mendengarnya.

‘’Mal, hanya ini sahaja permintaa terakhir ku. Kau kan dah janji untuk membantu aku. Tolong jamgan kecewakan aku,’’rayu Kristal sambil menggerakkan tubuhnya untuk bangun seakan mahu melutut memujuk aku. Aku menghalangnya dan meminta dia baring.

‘’Baiklah Kristal, aku akan berusaha untuk tunaikan permintaan kau ini,’’ jawabku gugup.

Aku termanggu bagai terperangkap dalam bait kata-kata Kristal ketika dia

menyebut 'Permintaan Terakhir' . Sungguh aku tidak berani menatap matanya.

‘’Janganlah banyak fikir sangat Mal, itukan kalau aku sudah tidak ada. Aku ni bukan orang kaya yang meninggalkan harta paling kurang cuma itu sahaja yang aku mahu dan kau anggaplah itu wasiat daripada aku,’’ ujarnya ddengan senyuman manja yang membuat aku terhibur. Bagaimana ni? Kata-katanya amat menikam jantungku tetapi wajahnya yang senyum tetap ayu memujuk hatiku sekaligus membuat aku tergoda. Kristal kau sememangnya istimewa.

‘’Chilllah Mal, itu satu je, ke kau nak aku minta kau tunaikan janji lain pula?’’

‘’Apa lagi Kristal, kau baik jangan minta yang bukan-bukan pelase!’’ biar aku saja yang gantikan tempat kau sekarang. Kristal hanya ketawa mendengar kata-kataku.

‘’ kau boleh berjanji dengan aku yang jika aku sembuh nanti, kau takkan bekorban terlalu banyak untuk aku seperti yang kau lakukan sekrang. Aku pasti

akan jadi lebih baik dari sebelum. Aku sudah merancang mahu menjalani hidup yang bagaimana setelah sembuh nanti. Yang pasti apa yang aku lakukan, akan buat kamu bangga.." Aku hanya tersenyum kata-katanya.

‘’ Kristal, aku mahu kau berjanji sesuatu dengan aku,’’ucapku pula.

‘’Apa dia Mal?’’

‘’Bertahan ya, untuk aku. Jangan pernah menyerah dan tinggalkan aku!’’

‘’Aku takkan pernah menyerah! Aku akan kuat! Aku janji Mal,’’jawabnya penuh semangat,’’ ada sinar harapan terbit di hatiku.

‘’terima kasih Kristal.’’

Genggaman tanganku dilepaskannya dan dia mula meraba-raba lehernya mencari sesuatu.

Tidak lama kemudia, dia menyerahkan seutas rantai dihadapanku.

‘’Nah pakai rantai ni Mal. Ini adalah rantai peninggalan ayahlu. Dulu ayahku berikan aku kaling ini sehari sebelum dia pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.

‘’Kenapa berikan pada aku Kristal, inikan peninggalan ayah kau.’’

‘’Aku tahu, tapi aku mahu berikan sesuatu kepada akmu. Selama ini cuma kau sahaj yang selalu memberi dan aku tidak henti menerima. Berilah aku peluang sekali ini memberi sesuatu yang amat ku sayang kepada kau, boleh kan?’’

Aku terdiam, mataku mulai berkaca.

‘’Ambillah kalau tak aku merajuk ni,’’

‘’Baiklah kalau itu yang kau minta. Aku terima rantai ini dan akan emnjaganya.’’

‘’Pakai please,’’ rayunya lagi dan aku menurut saja katanya.

‘’Mari aku bantu pakaikan.’’ Aku membelakangkan tubuhku dan menundukkan badan ku agar Kristal mudah untuk memaikan aku rantai itu tanpa perlu bangun.

‘’Tengok tu, sangat padan dengan kau Mal. AK uterus terkenangkan ayahku. Terima kasih Mal.’’ AKu angguk senyum seraya memegang erat kedua-dua tangannya.

Uhukk Uhukkk

Kristal terbaatuk beberapa kali dan aku mulai panik apatah lagi kelihatan lelah.

‘’Ada makan ubat ke?’’tanyaku risau.

‘’Sudah Mal, mungkin aku perlukan rehat sekarang ni. Janganlah risau sangat, aku tak suka.’’ Jawabnya lagi. Aku mendiamkan diri beberapa saat.

‘’Baiklah, kalau begirru aku balik dulu dan kau bawa berehat ya,’’aku bingkas bangun dari tempat duduk tetapi tanganku belum mahu melepaskkanya dari genggaman ku.

‘’Baiklah Mal, terima kasih datang melawatku. Jangan datang lagi selagi exam belum selesai, Ingat, kita kan sama-sama berjuang.’’ Kristal kembali mengingatkan aku tentang pernjanjian kami.

Aku meninggalkan wad Kristal. Kristal memalingkan kepalanya dariku. Aku tahu, seperti aku dia juga menyembunyikan airmata ketika melihat aku keluar. Sepanjang jalan menuju ke ruang parker, tanpa sedar airmataku mengali laju.

Ya Allah dugaan apa yang kau berikan pada hambamu bernama Kristal, ringanlah sakitnya Ya Allah. Tak sanggup aku melihat dia menderita.

Airmata jantanku bercucuran tatkala mengenang semula permintaan terakhir Kristal, sungguh aku tidak sanggup untuk mengenangnya.

Kristal aku selalu berdoa agar kau diberik kekuatan, kekal kuat menjadi seorang wanita yang cekal menghadapi kehidupan sebelum kita bertemu.

Aku pulang dengan membawa satu janji, iaitu akan menyemadikan Kristal bersebelahan makan ayah kandungnya. Ya, walaupun sukar, janji tetap janji dan aku akan tunaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience