BAB 14

Romance Completed 28831

Kristal memaksa dirinya yang belum sembuh untuk bekerja daripada cuma duduk diam di rumah. Ibunya telah melarang dia untuk tidak bekerja tetapi Kristal berkeras untuk bekerja. Kristal menaiki bas dan menuju ke gedung pakaian tempatnya bekerja dahulu. Alangkah terkejut bekas majikannya itu melihat Kristal . Kristal melemparkan senyuman dan memohon untuk bekerja semula. Pengurus tersebut memohon maaf dan menyatakan posisi yang ditinggalkan oleh Kristal itu sudah diganti dengan orang lain. Kristal mendapatkan bayaran gaji yang diterimanya selama bekerja tidak sampai dua bulan dan berlalu pergi dengan perasaan kecewa.

**

AKu baru sahaja keluar dari Café usai makan tengahari dengan Farah. Ketika aku mahu menuju ke tempat letak kereta aku melihat sosok tubuh yang telah lama tak kulihat. Kristal! Ya Kristal berada di seberang jalan sedang berjalan kaki seakan tiada arah. Aku yakin itu dia. Apalagi, aku trus berteriak memanggil namanya.

‘’ Kristal!’’

Kristal menoleh kaget melihat aku. Aku segera berlari melintas jalan untuk menyapanya.

‘’Kamal…’’

‘’Bila balik KL? Tak bagitau pun.’’ Tanyaku.

Kristal kelihatan gugup mungkin merasa bersalah kerana tidak menghubungiku.

‘’Oh, aku baru saja pulang ke KL beberapa hari yang lalu. Maaf sebab tak sempat nak inform, ada banyak benda nak setelkan,’’ jawab Kristal dengan padangan mata yang sayu, sesekali matanya mengelak memandang anak mataku dan dia hanya tertunduk.

Nun di seberang jalan, Farah kelihatan melambaikan tangan ke arahku dan berteriak-teriak memanggil namaku. Kristal memerhatikan Farah seketika lalu pandangannya beralih semula ke arahku. Kristal menguntumkan senyuman penuh makna dan aku pula tiba-tiba termanggu.

‘’itu rakan sekuliah, namanya Farah. Kami baru selesai makan tengahari sekaligus diskas tentang tugasan .’’ Jelasku.

‘’Tak mengapa, kau tak perlu nak explain. Dah pergilah. Dia dah panggil tu. AKu balik dulu ya,’’ ujar Kristal meminta diri.

‘’Jangan salah faham ya Kristal.’’

‘’Eh rilekslah, dah aku cau dulu.’’

Tiba-tiba sebuah bas berhenti. Kristal segea naik ke dalam bas dan melemparkan senyuman terakhir padaku.

Aku menarik nafas lega kerana akhirnya dapat bersua semula dengan Kristal setelah sekian lama.

‘’Siapa tu bang?’’Farah membuka mulut bertanya soalan sekembalinya aku ke tempat letak kereta.

‘’Kawan abang, dah jom balik,’’jawabku.

‘’Kawan apa kawan macamtu? Mesti lebih dari seorang kawan kan?’’

Ada bibit cemburu dalam kata-kata Farah oitu, ya dapat kulihat dari riak wajahnya yang mulai muram.

Akhirnya aku menghantar Farah pulang ke rumahnya dan aku terus balik ke rumah. Akhirnya dapat juga aku menghempaskan tubuku ke atas katil. Ku layangkan tubuhku dan diam menghayati nikmat ini.

Disebabkan tidak selesa dengan kejadian yang baru disaksikan Kristal , aku cuba menghubungi Kristal dan menghantar sms padanya tetapi malangnya tiada sebarang respon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience