BAB 13

Romance Completed 28831

Sudah dua minggu berlalu tanpa kehadiran Kristal. Dan selama dua minggu ini juga Ferhad cuba mengenenkan aku dengan Farah. Bermula dari mengatur pertemuan di café sehinggalah mengajak Farah menonton pertandingan futsal.

Tipulah kalau aku katakan Farah ini tidak menarik. Dia cantik orangnya malah pintar. Bahkan dia juga terkenal kerana menjadi idaman setiap lelaki di kampus ini, bukan seorang dua lelaki cuba mengejar cintanya, ramai tak terhitung. Dan aku yang mulai rapat dengannya pula hanya menganggap dia sepeeti adik.

Aku senang berkawan dengan Farah, selesa berbicara dengannya. Tapi perasaan aku cuma sekadar kawan walaupun percubaan agresif dari Ferhad yang beria menyatukan kami seperti yang berlaku hari ini ketika kami baru selesai futsal.

‘’Farah, awak pulang tumpeng Kamal boleh? Tayar motor aku amcam pancit ni jadi aku nak ke bengkel dulu,’’ Ferhad muncul dengan idea tayar pancitnya. AKu dah agak!

Farah menatapku menanti persetujuan dariku. Aku sepertinya tidak punya pilihan selain menerima cadangan ferhad. Yelah takkan nak kata NO dan biarkan Farah pulang bersendirian. Aku akur walaupun aku tahu ini adalah idea nakal Ferhad.

Akhirnya aku menumpangkan Farah. Kebetulan rumah kami satu jalan jadi secara harfiahnya aku memang tak punya alasan kukuh untuk tidak menumpangkannya.

Di dalam perjalanan aku memilih untuk berdiam. Aku memasang radio dan membiarkan diriku tenggelam dengan lagu-lagu yang diputarkan di radio. Aku terbuai dengan anganku hinggalah suara lembut Farah menyedarkan aku.

‘’Bang Kamal, terima kasih ya.’’

‘’Takde apalah Farah, tak payah berterim kasih. Perkara kecil saja ni.’’ Jawabku ringkas.

‘’Kalau bukan sebab abang, sudah pasti Farah balik sorang dan tak tahu nak naik apa?’’ jawabnya.

‘’Apa nak risau, train dan bas kan banyak,’’ laju mulutku menjawab.

‘’Alah abang Kamal ni, sampai hati,’’ rengek manja Farah sambil tangannya mencubit perutku.

‘’Eh apa ni cubit-cubit, abang kan sedang memandu, kanga da yang terbabas siapa yang susah,’’ jawabku sedikit bergurau.

‘’Farah tak kisah terbabas pun asalkan terbabas sekali dengan abang Kamal,’’ jawabnya bersahaja.

Parah! Aku dah dapat agak apa yang cuba disampaikan oleh Naomi dan aku tak mahu meleret perbualan kami jadi aku memilih untuk diam dan fokus pada pemanduan.

***

Ayah tiri Kristal kini hidup seorang diri di rumahnya. Segalanya diuruskan sendiri. Lelaki tua itu kini sudah mulai merasa kehilangan isterinya dan Kristal. Ternyata dia sangat memerlukan kehadiran mereka dan merasa sunyi tanpa kelibat isteri dan anaknya itu.

Berazam untuk menjernihkan hubungan yang keruh, dia datang ke kampung isterinya di Melaka untuk mengajak Kristal dan ibunya balik semula ke Kuala Lumpur.

Kristal melihat ada kesungguhan di mata ayah tirinya, selain mempertimbangkan kesihatan ibunya, akhirnya Kristal memutuskan untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.

Kali ini ayah tirinya menepati janji. Lelaki itu sudah membuang sifat kaki botol dan judinya. Malah ayah tirinya itu sanggup membeli mesin jahit secara ansuran dan membeli beberapa helai kain hasil dari wang pinjaman untuk membuka sebuah kedai jahit. Ibu Kristal memang mahir dalam kerja menjahit malah dia sebelum berkahwin dengan ibu Kristal, merupakan supervisor di salah sebuah kedai serbaneka. Jadi bermodalkan wang pinjaman dan mesin jahit dia akan bersama-sama menguruskan perniagaan keluarga mereka ini.

Kristal pula tidak menghubungi dan memaklumkan kepada Kamal bahawa dia kini sudah berada di Kuala Lumpur. Dia tidak punya sebarang alasan kukuh dan sementara itu di pihak Kamal pula, dia hanya menanti dan tak mahu menggangu Kristal.

***

Peperiksaan semester telah berlalu. Aku mulai terbiasa tanpa memikirkan Kristal. Seperti biasa masa terluang aku habiskan dengan membaca komik, bermain game. Akku menikmati kebebasan selepas exam dengan sebaiknya. Dalam masa yang sama aku masih menyiapkan beberapa tugasan sekdar mengisi waktu terluang.

Tiba-tiba hp ku berbunyi, aku melirikkan mata lalu mencapai hp ku.

Hai bang Kamal, buat apa tu?

Mesej Whatsapp daripada Farah ku terima.

Eh Farah, ada apa?

Beberapa minit kemudian..

Bang, minta maaf tapi Farah nak minta tolong. Selama cuti ni Farah sebenarnya banyak tugasan nak disiapkan terutama nak siapkan esei yang diberikan oleh Miss Rossa tempoh hari. Farah memang mati akal ni. Nk tak kalau abang temankan Farah study and cari references somewhere?

Wah cukup panjang mesej daripada farah ini. Sebagai orang yang pernah menjadi ketua dalam tugasan, dia tahu bagaimana cuaknya Farah ketika ini untuk menyiapkan tugasa itu kerana tidak semua bahan rujukan ada di perpustakaan.

Boleh, bila?

Aku membalas dengan singkat.

ASAP bang, kalau boleh esok?

Baiklah.

Akhirnya setelah mengatur plan, aku menenamni Farah ke beberapa kedai buku. Hanya Farah sahaja yang sibuk memilih buku yang diperlukannya dan aku pula singgah ke bahagian komik membelek-belek lambakan koleksi komik dari negara matahari terbit.

Tepat dua jam, Farah sudah mendapatkan buku rujukan yang diperlukannya dan aku akan menghantarnya pulang selepas ini.

‘’’Bang kamal, apakata kita singgah makan dulu boleh tak? Laparlah, tadi Farah takdemakan langsung,’’ ajak Farah.

Aku tidak sampai hati menolak pelawaannya. Kasihan pula memikirkan dia belumn makan dari siang tadi. Mesti terlalu nervous dengan tugasan sehingga lupa untuk makan menurutku.

‘’Okay, jom.’’ Jawabku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience